Sunday, December 26, 2010

Dia dah, aku bila lagi...?

Note: Entri kali ni agak luar alam sket sebab aku jarang buat entri macam ni...huu

Tadi time aku tengah bosan gile tak tau nak buat ape sebab perut dah kenyang, movie dah tengok. facebook dah check, email dah check dan sebagainya, aku pun tiba-tiba teringat kat dia.. macamana la agaknya hidup dia sekarang..dulu ade gak mesej-mesej tanya kabar, tapi sejak dua, tiga tahun ni semuanya macam menyepi je. Dulu time zaman friendster boleh jugak tengok dia update (walaupun hakikatnya dia jarang update).

Lepas aku beralih ke facebook, memang aku tak pernah tau kabar berita dia lagi. Dulu ade gak dia wish birthday aku setahun skali (memang birthday setahun sekali je kan? haha), tapi sekarang dah tak lagi.aku pun tak harapkan sangat sebab last time aku kontek dia pun aku tau dia dah ade yang lain. Tapi tadi entah kenapa aku teringatkan dia. lalu aku cuba-cuba search kat fb (sekarang kan semua orang ade fb). tak susah mana pun nak cari dia sebab nama dia agak unik. (bagi aku la). Tengok profile pic, aku tak terkejut sangat..Biasala orang bercinta ni suka letak profile pic berdua..yang buat aku terkejut tahap jatuh rahang bila tengok status update dia married to ***** pastu diikuti ucapan tahniah dari kawan-kawan dia...nampaknya dia baru je kawen... asal tak jemput aku weh? (macamla aku nak pegi kalau dia jemput aku sekalipun...haha)... Apapun aku harap dia jumpa la kebahagiaan yang dia cari tu...

Bila tengok fb dia, aku termenung seketika.. dia dan mereka (kawan-kawan aku) dah melangkah ke arah itu.. lalu aku terfikir, aku bila lagi...???



mode: sesuatu antara suka dan duka..

4 comments:

cg_mila said...

bila da smpai seru nanti kawen jugak kan.tunggggu je.hahaha;D

Azwan Aziz said...

Tgh tunggu la dik... xde pun yg kunjung tiba...haha

cg_mila said...

knalah praktikkan lg surat cinta wangi tue.biar melekat smpai tak leh buang!hahaaha;p

Azwan Aziz said...

hehe dah lama xbuat surat wangi tu... segan dah nk wat skrg ni... zaman2 skolah dulu boleh la..haha