Wednesday, December 29, 2010

Mark Zuckerberg - Person of the Year 2010

Aku sebenanya baru lepas layan movie The Social Network yang mengisahkan pasal bagaimana terciptanya fenomena yang melanda masyarakat seluruh dunia sekarang - FACEBOOK. Cite ni memang sangat best. Teruja jugak tengok bagaimana pengasasnya Mark Zuckerberg (nak taip pun susah ni..huhu) dapat idea nak cipta Fb ni.

Lepas je habis tengok cite tu, aku terus google sebab nak tau betul ke facebook ni tercipta macam dalam cite tu. Kalau ikut wikipedia, memang sebijik la ngan cite tu. Maknanya mark ni curi idea orang lain untuk hasilkan fb ni. tapi pihak Fb menafikan cite tersebut. Tak tau la mana satu yang betul. Dalam banyak-banyak kontroversi, terselit jugak penghargaan buat si Mark ni... Time Magazine (yang sangat feymes tu) dah anugerahkan Mark sebagainya Person of the Year 2010. Bagi aku, dia memang layak dapat sebab bagi aku Fb ni dah macam fenomena.Sekarang ni semua orang dah ade akaun Fb (walaupun tak semua, tapi mostly la). dari budak kecik sampaila warga emas.dan sekarang ni pun semua orang macam dah berhubung guna fb je sampai nak ajak makan pun main post kat wall fb je (bukan aku la..haha).

Mengikut statistik semasa, seramai 500 juta orang dah ada akaun FB ni di seluruh dunia dan dianggarkan separuh daripadanya bukak FB ni setiap hari (termasuk aku..huu). bagi aku pulak, FB ni dah masuk dalam senarai website yang wajib bukak selain email, blog dan website download movie..hehe.

Rupa paras mark telah dijadikan cover untuk Time magazine terbaru

Azwan: sangat jeles dengan orang yang hebat-hebat macam ni..huhu


Like itu Suka

2 comments:

Na Ima Aim said...

jangan jeles dgn org yg hebat. sbb kita pon boleh jd hebat. insyaAllah

Azwan Aziz said...

Insya Allah... :)