Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010 yang Gelap

Dah menjadi kebiasaan setiap hujung tahun pasti ramai yang buat review aktiviti sepanjang tahun yang telah mereka lakukan. Dan pasti juga ramai yang tidak ketinggalan untuk merakamkan detik suka-duka hidup mereka sepanjang tahun ni.

Bagi aku sememangnya 2010 ni amatkah suram. Bukan tiada langsung berita gembira, namun berita yang pahit lebih banyak dan telah menenggelamkan berita-berita gembira itu. Kadang-kadang aku mengeluh, kadang-kadang aku termenung. Bukan aku tak mencuba, bukan jua aku tak berusaha. Namun segalanya serba tak kena. Mungkin inilah dugaan namanya.

2010 juga membuatkan aku seolah-olah ditinggalkan waktu, terperangkap dalam suatu dimensi yang statik tanpa sebarang perubahan. Hidup dengan suatu harapan atau angan-angan, namn hasilnya sebuah kekecewaan. Mereka bersimpati, namun ianya tidak melegakan aku.

Aku juga mula kenal kawan atau lawan. Kawan yang setia dan juga kawan yang hanya datang ketika susah. Aku tau sukar menjadi ikhlas kerana ia suatu yang payah. Namun aku tetap cuba mengikhlaskan diri dalam berkawan. Biar apa kata mereka, janji aku tahu apa yang aku lakukan. Sekali terluka, aku ingat sampai bila-bila.

Disebalik kedukaan, kesuraman dan kegelapan, terselit jua memori indah. Beberapa orang kawan baik aku mula mendirikan rumah tangga, tahniah aku ucapkan. Beberapa orang kawan aku mula bekerja, selamat bekerja aku ucapkan. Beberapa orang kawan aku menimang cahaya mata, tahniah jua aku ucapkan, peliharalah anugerah Allah itu sebaiknya. Pasukan bolasepak Kelate dan Malaysia menjulang kejuaraan masing-masing buat kali pertama, tahniah jua aku ucapkan. 

Walau sepahit manapun ia, ia tetap telah berlaku dan bakal berlalu. Aku berharap diri ini akan terus tabah untuk menghadapi segala cabaran yang bakal mendatang kerana yang hidup perlu terus hidup. Yang berlalu biarlah ia pergi. Moga yang mendatang senyum menanti...






Azwan: aku adalah aku!

x


2 comments:

dyah pinky! said...

selamat menyambut tahun baru.

:)

Azwan Aziz said...

Selamat tahun baru dyah pinky!