Friday, December 17, 2010

Penah dengar nama Hlovate tak...?

Pagi-pagi Jumaat ni (pagi ke?haha) aku tiba-tiba teringin nak share pasal sorang penulis novel Melayu yang aku minat gila sampai dah tak lalu nak baca novel orang lain..haha.. Penah dengar tak nama Hlovate.. nama yang agak pelik dan agak sukar disebut ni la penulis novel yang aku cakap tu. Mula-mula jumpa karya dia masa tengah online cari novel online ataupun dengan bahasa it e-novel.. Karya yang mula-mula aku baca 5 Tahun 5 Bulan.. memang sangat-sangat best sampai aku tak bleh tido sebab nak habiskan baca malam tu jugak..tapi aku rasa pelik sebab endingnya macam tergantung je..

Then, pada suatu hari time tengah ronda-ronda Popular (kedai yang wajib singgah walaupun tengah pokai), nampak novel ni..Rupanya dah publish..bukan 1, malah ade banyak lagi novel dia yang dah publish..Argghhh duit plak takde...nasib baik masa tu kuar dengan Along, maka secara otomatik dia kena belanja..haha..

Ni la rupa paras novel tu   

Bila dah baca yang ni, barula tau ending sbenanya.. memang buat aku senyum sorang-sorang je bila baca novel ni... dahla bahasa moden je (takdela skema tahap sasterawan negara.huuu). Bila dah abis, terus nak baca yang lain... maka aku pun bodek Along, suruh beli yang lain...

Aku dah beli sume ni...

Kepada kawan-kawan yang minat novel, memang aku sangat recommend la baca karya Hlovate ni... bukan je ade unsur-unsur mooden, malah unsur-unsur Islamik pun banyak..memang tak rugi beli... kalo tanya aku yang mana paling best, cite Tunas dengan aA+bB paling best sebab bersambung 2 novel tu...

kalau ade yang nak usha preview novel ni, bolehla melawat blog beliau kat SINI

2 comments:

Najihah Shukri said...

aa+bb mmg best. dah khatam bnyk kali.tak pernah boring.

Azwan Aziz said...

Btol2.. sweet je kan dorang... sama2 ego,tapi last2 baik jugak..