Monday, December 27, 2010

Kita Boleh!!!

Semalam, 26/12 telah berlangsungnya Final pertama Piala AFF Suzuki yang menyaksikan pertembungan kedua antara Malaysia dan Indonesia selepas Malaysia mengalami kekalahan teruk 5-1 pada perlawanan peringkat kumpulan.

Aku turut tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan yang mungkin akan menjadi sejarah bagi negara kita ni.macam biasa aku memilih untuk tengok kat kopitiam milik sepupu aku.Tengok ramai-ramai baru best nak bersorak (takde duit nak gi stadium...haha). Aku malas nak cite panjang sebab aku yakin ramai yang dah menonton sendiri dan dah sedia maklum pasukan kebangsaan kita berjaya mencalarkan ego Indonesia dengan membelasah mereka 3-0.Aku memang boleh agak malaysia boleh menang kat tempat sendiri..apatah lagi dengan adanya pemain Kelate yang hebat iaitu Norshahrul Idlan dan Khairul Fahmi (nak jugak promot...hahaha).Tapi yang agak mendukacitakan ada jugak penonton yang bangang gi main laser kat stadium yang menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan selama 5minit. ni semua perangai budak-budak la.Janganlah tunjuk yang kita ni tak berdisiplin, pasni kita akan ke Indonesia pulak.Nanti tak tau la ape pulak tindakan penyokong disana. Mungkinkah khairul Fahmi terpaksa pakai spek hitam pulak? huhu..

Apapun syabas diucapkan pada semua pemain Malaysia.Jangan terlalu overconfident sebab Final yang sebenar akan bermula di sana...

GOMO MALAYSIA GOMO!!!

4 comments:

Cik Ila said...

tahniah2..sy separa minat bola..hahaha

Azwan Aziz said...

Saya pun separa minat jgk... layan team kelate ngn malaysia je...huhu

diyana said...

ceh,smpt g promote klate =p

Azwan Aziz said...

memang patut promote pun.. 2 gol pertama hasil dari Norshahrul yang bukak ruang dan goalkeeper yang hebat tu dah sah2 org kelate...haha