Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, September 30, 2010

Tiada Lagi Cinta ( Chapter 1 & 2)


PROLOGUE

DIA masih terpaku disitu. Walaupun sudah hampir 2jam, namun hatinya masih lagi tidak mahu berganjak. Sesungguhnya dia mula merasai sebuah kehilangan. Tanpa disedari, dia mula merindu. Namun apa gunanya merindui seseorang yang sudah pergi buat selamanya. Walau seribu kekesalan melanda, ia tetap tidak dapat merubah apa yang telah berlaku.DIA masih lagi merenung pusara yang masih merah itu. Kembali mengimbas segala kenangan bersamanya...


Chapter 1

            "Bang, boleh saya tanya sikit tak?"Terkejut aku kerana tiba-tiba seorang gadis tiba-tiba muncul entah dari mana.Dia tersenyum padaku.Senyuman itu menambah kekerutan di wajahku.
            "Abang ni salah seorang Fasi kat sini kan?Saya nampak abang pakai nametag Fasi tu.Boleh saya tanya sikit tak?Tersedar aku dari lamunan tadi.Rupanya aku belum menjawab pertanyaannya tadi."Err boleh je.Ada ape-apa yang boleh abang bantu?' Aku kembali menatap gadis manis yang betul-betul berdiri dihadapanku.Aku terpaku melihat
matanya yang berwarna coklat kehitaman itu.Nampak sungguh menawan sekali.
            'Macam ni bang.Tadi saya terlewat turun sikit tadi,jadi saya dah terpisah dari kumpulan saya.Boleh tak abang tunjukkan tempat budak-budak BBA berkumpul?'Dia masih tersenyum.Aduhai cair la pulak. 'Ooo awak budak BBA ek? kebetulan abang ditugaskan untuk bawa student BBA.Jom ikut abang'.Untung betul aku hari ni.Nasib baik aku lewat bangun tadi,kalau tak, melepasla aku.Hehe...
            'Kenapa abang senyum-senyum tu?'Eh budak ni pandang aku ke?Malu la pulak rasanya.'Takde ape-apelah.Saja je,kita ni kena senyum selalu.Barulah ceria sikit hidup ni'.Pandai plak aku cover line.'Bang, best tak study kat UUM ni? Apa aku nak jawab ek?Walaupun dah hampir setahun lebih aku study at sini,tapi rasanya tak semua tempat lagi aku jelajah.'Emm mestilah best.Tempat ni sesuai tau untuk study.Jauh dari bandar,dikelilingi pemandangan yang indah dan udara yang bersih'.Jawabku dengan penuh bangga.Harap-harap dia puas hati.
'Tapi abang tak rasa bosan ke?Asyik study je pun tak boleh jugak kan? Kadang-kadang kita kena jugak jalan-jalan,nk release tension belajar'balasnya pula.Adoi apasal la budak ni aktif sangat bertanya.
            Tanpa disedari,kami dah tiba di Dewan Muadzam Shah,tempat dimana semua student baru Fakulti Pengurusan Perniagaan berkumpul.'Haa kita dah sampai pun,baik awak masuk cepat.Nanti terlepas pulak sessi ceramah tu'kataku kepadanya sambil menunjukkan kearah pintu masuk dewan.'Thanks abang sebab bawak saya.Lain kali kalau kita jumpa lagi,Abang Aril kena jawab soalan saya tadi tau'.dia berlalu sambil menghadiahkan senyuman manis buatku.Aik mana dia tahu nama aku ni?Tiba-tiba baru aku teringat kan aku pakai nametag.Aku pun berlalu sambil memikirkan kata-kata terakhirnya tadi.Mungkinkah ada pertemuan kedua buat kami?Harap-harap aku dapat menatap sepasang mata tu lagi.hehe....

Chapter 2

            'Ril apasal aku tengok kau happy semacam je hari ni? Mimpi jumpa puteri raja ke malam tadi?'Tanya Midi kepadaku.Mungkin dia berasa hairan melihat aku asyik tersenyum dari pagi tadi lagi.
            'Tak main la puteri raja ni Midi,aku jumpa something yang lagi best dari tu tau' jawabku dengan nada sedikit riak.
'Lagi best? Apa dia Ril?boleh makan tak?bagitau la aku cepat' Midi tiba-tiba menjadi excited untuk mendengar cerita aku.Mamat ni takde benda lain ke yang dia fikir selain dari makan? 'Kau ni asyik fikir nak makan je.Badan kau tu dah nak sama macam tong gas tau tak?balasku kembali.
            'Yela-yela.Cepatla cerita Ril.Macam best je cerita kau ni' Dia masih tak berputus asa.'Ok-ok aku cerita la.Pagi aku jumpa Bidadari...'
            'Bidadari? Kau ni biar betul Ril? Kau ni tengah mimpi ke dah kena sampuk' Tanya Midi kehairanan sambil meletakkan tangannya kedahiku.'Ish kau ni merepek jela Midi.Ada ke patut kau cakap aku kena sampuk.Bidadari yang aku maksudkan tu student baru la,Freshie.Giler cun wa cakap lu.' jawabku bersungguh-sungguh.     
'Biar betul Ril? First day kau dah dapat awek.Ni yang buat aku jealous ni' Midi membalas sambil memuncungkan hidungnya. 'La kau ni cepat sangat jump to conclusion.nama dia pun aku tak tahulagi.hehehe
            "La cakap macam dah dapat je"Sekali lagi Midi memuncungkan mulutnya.'Ala esok-esok mesti dapat punyala.'Jawabku penuh keyakinan.'Ok we wait and see.Aku pun nak tengok sejauh mana cantiknya bidadari kau" Midi masih tak mahu mengaku kalah.
            'Ok kau tunggu dan lihat....'

Exists (Along / Loloq)

Cinta Memang Indah

Sebelum kau kira bintang di langit
Cubalah kau kira pasir di bumi

Sebelum kau teka siapa diriku
Bacalah dirimu lebih dulu

Sandiwara hidup
Bukan kepalang
Tersalah tafsir kau menyimpang
Halus rambut halus
Titian ini

Sebelum kau selam lautan dalam
Cubalah kau selam kedalam diri

Sebelum kau teka rahsia hatiku
Bacalah hatimu terdahulu

Sandiwara hidup
Bukan kepalang
Tersalah tafsir kau menyimpang
Halus rambut halus
Jalan yang lurus

Awal cinta, akhir pun cinta
Kita cari cinta
Awal cinta, akhir pun cinta
Biarlah jumpa cinta
Awal indah, akhir pun indah
Cinta milik kita
Awal indah, akhir pun indah
Bila kau jumpa cinta


No comments: