Kau yang teristimewa,
Hadir dalam hidupku,
menyinari hariku,
membawa sinar untukku
Kau yang teristimewa,
senyummu penawar duka,
tawamu pembawa ceria,
usikanmu pembalut luka
Kau yang teristimewa,
sentiasa di sisi,
dikala susah dan senang,
di waktu gembira atau kecewa
Kau yang teristimewa,
Ya, kau yang sedang membaca,
nukilan ikhlas dariku,
diharap dikau tersenyum,
KERANA KAU YANG TERISTIMEWA DIHATIKU...
.: nota ini ditujukan kepada sesiapa yang sudi membaca nota ini :.
No comments:
Post a Comment