Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Tuesday, September 28, 2010

Pada Debar Yang Sembunyikan Rahsia Hati...

Pada debar yang sembunyikan rahsia hati
hanya kornea bicara
hanya kanta menepis
tempias rindu ini
...kerana bibir bak tebing
menepis liur yang hilang
kemana?entah hilang dalam diam

pada debar yang sembunyikan rahsia hati
getaran jantung saat itu bagai mati
masih bernafaskah aku?
hanyut aku tanpa dibasahi
lemas aku tanpa sesak
debar aku tanpa degup
gugup aku tanpa mu

pada debar yang sembunyikan rahsia hati
pandanglah fahamilah
aku tidak mampu
aku hampir kalah
bukan hari ini
tapi aku nanti
menanti
fahamkah aku?
fahamkah mereka?
fahamkah dia...?

pada debar yang sembunyikan rahsia hati
walau ia kini semalam
walau kini aku masih kelmarin
aku tersenyum kerana semalam
aku menangis kerana hari ini
aku masih sendiri

pada debar yang sembunyikan rahsia hati
terima kasih pada jiwa yang memahami
kerana aku tak mampu meluahkan
kerana kau mewakiliku
terima kasih Tuhan 

ada yang memahami ku...


credit to Noorafzan Nik Sham Faisa








Puisi ni ditulis oleh isteri sahabat baik aku... hebat kan? setiap bait kata-kata yang mengandungi pelbagai makna tersirat.. kalau ia difahami betul-betul, memang sangat touching.. (kena dengan jiwa la..hehe). Sebenarnya ade cerita sebalik puisi ni, tapi biarlah ia jadi rahsia..hehe... 


P/s Sham, wife ko ni sgt talented.. kalah gue...huhu

No comments: