Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Sunday, October 3, 2010

Tiada Lagi Cinta ( Chapter 3 & 4)


Chapter 3

            'Ai bosan betullah kelas ekonomi ni.Dahla kelas petang macam ni,mestilah aku mengantuk.Tak pasal-pasal aku kena tegur dengan lecturer' Aku membebel sorang-sorang sebaik sahaja kelas ekonomi tamat.Aku tertidur dalam kelas tadi.Maunya lecturer aku tu tak bengang.Dahla soalan yang dia tanya tadi aku tak dapat jawab.Huh!!!
            'Abang Aril membebel apa tu sorang-sorang' Tiba-tiba ada satu suara perempuan menegurku dari belakang.Aik sape pulak yang tegur aku ni.Suara macam pernah dengar,tapi dimana ya?Dah jadi mamat Indon pulak aku ni.Lantas aku berpaling ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang menegurku tadi.dan alangkah terkejutnya aku bila melihat tuan punya suara tu.
            'Err...aa..aawak...bida..' Suaraku tiba-tiba tersekat kat kerongkongku.
            'Saya Ira,Abang Aril ingat saya lagi tak?' gadis itu bertanya padaku.Maunya aku tak ingat.Inilah gadis bidadari yang aku dok mimpikan dua tiga hari ni.
            'kenapa ni bang?kenapa terkejut sangat tengok saya ni?Alamak apasal la aku buat muka kaku ni.Malu siot.
            'Err takde apa-apa lah.Abang terkejut tadi awak tiba-tiba tegur dari belakang.'Fuh nasib baik sempat cover line.Tiba-tiba dia tersenyum.Aduhai cairnya aku tengok senyuman tu.jangan la senyum lama-lama sangat dik,karang pengsan plak abang kat sini.
            'Abang ingat saya lagi tak?'Dia kembali menanyakan soalan yang sama setelah soalannya tadi kubiarkan tidak berjawab.'Err ingat-ingat'Cepat aje aku menganggukkan kepala.'Awak budak BBA yang sesat masa minggu orientasi dulu kan?'soalku kembali.
            "A'ah,saya la tu.Nasib baik saya jumpa Abang hari tu.kalau tak,tak tahulah la saya
macamana jadinya.'Dia senyum lagi.Alahai budak ni murah betul dengan senyuman.'Anyway,saya Shahira Zulaikha.Kawan-kawan panggil Ira je.Hari tu kita tak sempat berkenalan kan?'Ooo Ira rupanya nama bidadari aku ni.
            "Emm boleh saya tahu nama penuh Abang Aril tak?"Aik nak tahu nama penuh ni nak buat apa?nak ajak kawin ke?Amboi jauh betul aku berangan.
            "Nama penuh Abang Khairil Aizat.Orang panggil Aril je.Nombor IC taknak tahu ke?" Aku cuba membuat lawak.Dia tergelak kecil.Nasib baik dia gelak,kalau tak malu je aku.Alahai comelnya dia gelak.Dah angau agaknya aku ni.Apa aje yang dia buat nampak comel.hehe
            "Abang ni kesitu pulak.Nak buat apa nombor IC abang?Soalnya kembali.
            "Manalah tahu kot-kot Ira nak tahu.hehe"bestnya dapat borak dengan dia ni.
            "Abang ni ada-ada aje tau.Abang,Ira ada kelas sekarang ni.Boleh Ira pinjam Handset abang kejap tak?" Aku menjadi hairan.Apasal tiba-tiba nak pinjam handset aku ni?Nak call member dia suruh tolong sign attandance kot?Ishk takkanlah dia macam
tu.Lantak la.Perlahan-lahan aku menyeluk poket mengambil handsetku lalu meletakkan diatas tapak tangannya.Aku dia dok tekan-tekan handset aku tu.Dalam hati rasa curiga jugak.Dia baca message aku ke?Iskh berdebar-debar la pulak.
            "Nah handset abang.Ira dah save nombor telefon Ira dalam handset abang tu.Jangan lupa call Ira tau" Dia terus berlalu sambil tersenyum.Aku tak faham apa maksud semua ni.Tapi bukankah ini satu peluang untuk aku lebih mendekati dia.
            Yahoo!!! Tunggulah bidadariku. Abang mesti call punya....

Chapter 4

            "Imagine me and you, I do, I think about you day and night, it's only right
To think about the girl you love and hold her tight So happy together"
Adoi siapalah yang pasang radio kuat-kuat kat telinga aku pagi-pagi buta ni? Ni mesti kerja si Midi.Jealous la tu tengok aku tengah sedap-sedap tidur ni.
            'Wei Midi! Tutup la radio tu.Mengganggu aku tidur jela' Kataku pada Midi walaupun mata masih terpejam. 'Cuba kau buka mata kau tu luas-luas,lepas tu tengok apa yang berbunyi'balas Midi.
            Buka mata? La handset aku yang berbunyi rupanya.Macamana la aku boleh tak cam ringtone handset sendiri.kan dah malu.Apa-apa pun jawab dulu la.
            "Helo siapa ni?"Macam biasala orang jawab panggilan kena cakap helo kan.
            'Hai tak kenal kita ke?' kedengaran suara perempuan.Macam pernah dengar.Tapi dimana ek?
            'Mintak maaf la saudari, saya tak kenal la saudari ni siapa.'Aku masih dalam mamai-mamai lagi.
            'Ni Ira la.Abang ni kan Ira dah save nombor telefon Ira dalam handset Abang.Ni mesti Abang baru bangun kan?' Serta merta aku bingkas bangun.Alamak kenapalah aku tak tengok nama siapa yang call tadi? Kan dah kantoi aku baru bangun.Malu,malu...
            'Err sorry la Ira Abang tak tengok nama pemanggil tadi.Ada apa Ira call Abang pagi-pagi ni?' Aku cuba betulkan suara agar tak nampak macam orang yang baru bangun.     'Dah pukul 11.30 pun pagi lagi ke bang?' Tiba-tiba dia tergelak.La dah pukul 11.30 rupanya.Apasal la si Midi ni tak kejut aku awal sikit hari ni.
            '11.30 pagi lagi la Ira, pukul 12.00 baru tengahari.hehe.'Aku cuba membuat lawak untuk menutup malu.
            'Yela tu.Macam ni bang,Abang free tak tengahari ni?Kalau free Ira nak ajak Abang lunch dengan Ira.Ada sesuatu yang Ira nak tanya Abang.' Lunch? Wah ni dah cukup bagus.Bak kata orang-orang tua, pucuk dicita ulam mendatang.
            'Emm pukul berapa Ira nak jumpa Abang? Abang free sampai pukul 3.30petang ni.'kenala jual mahal sikit.Barulah nampak macho.hehe..
            'Kita jumpa pukul 1.30 boleh?' Kita makan kat Mall boleh?'Cantik sangat la tu.Lagipun dah lama aku tak makan dekat Mall.
            'Ok,Abang setuju.Tapi kita lunch dua orang je ke?'Harap-harap makan berdua je.Barulah feeling sikit.
            'Lupa nak cakap tadi.A'ah kita makan berdua je.Boleh tak bang?'Berdua?bestnya.mestilah boleh.
            'Abang tak kisah pun.Lagipun kita nak pergi lunch je kan?'Tak dapat aku bayangkan perasaan aku sekarang.Gembira macam menang loteri je rasanya.
            'Ok kita jumpa kat Mall nanti ek.Jangan lupa mandi dulu tau.'Adoi sempat lagi dia kenakan aku.
            'Amboi-amboi senyum memanjang je aku tengok.Awek mana yang call kau tadi?Terus segar je aku tengok?' Cepat aje Midi ni datang menemuramah aku.
            'Ni bukan awek, ni bidadari.Bidadari ajak aku lunch hari ni tau.'Lalu aku segera mencapai tuala meninggalkan Midi yang masih tercengang...



Keayuanmu mengundang rindu
Kewanitaanmu menawan
Keikhlasanmu seputih salju
Adakah dikau puteri kayangan

Ku sangkakan segala keperluan
Kehidupan ku miliki
Sehingga suatu hari kau hadir
Betapa banyak masa ku bazir
Kau mengajarku mengenali aku
Kau memberi inspirasi baru
Dan membawa cinta hebat padaku
Tak mungkin ku hidup tanpamu


Aku pasti kaulah yang ku cari
Sepasti terbitnya mentari
Wahai puteri cintaku suci
Jangan sesekali kau ragui
Bisikan suaramu
Bermain di mindaku
Aku rindu sesaat tanpamu

KRU-Puteri Kayangan 



No comments: