Wednesday, September 1, 2010

Rindu Menggamit Lagi (Chapter 10-11)

Chapter 10

    kenapa dengan Hani ni? Dari semalam aku call tak dapat. Mesej pun tak dibalas. Takkan dia merajuk pasal aku tak temankan dia lunch semalam? Tak mungkin. hani jenis yang memahami. Dia sentiasa faham dengan kerja aku. Mungkin dia sibuk kot? Tapi takkan pukul 11malam sibuk lagi kot.Kerja habis sampai pukul 5 petang je. Hanphone dia rosak kot? mungkin jugak.
    Tapi kenapa aku macam tak sedap hati je ni? Macam ada sesuatu yang berlaku. Hadoi pening kepala aku camni. Aku menoleh kearah jam tanganku. 11.05 malam. Sempat je kalau aku nak pergi rumah dia ni.Tapi apa pulak kata jiran-jirannya nanti? Lantak la,aku bukan nak masuk rumah pun,just nak jumpa depan rumah je.Yang penting aku kena jumpa dia jugak.Hati aku ni berdebar-debar macam orang baru lepas lari pecut 100meter. Hadoi sakitnya Tuhan ajelah yang tahu.
    Dalam pukul 11.45 aku tiba di rumahnya. Aku cuba call lagi, tapi tak dapat-dapat jugak.Hadoi ni yang malas ni.Lepas aku bagi salam 2,3 kali pintu pun terbuka. Ann yang keluar.Tapi aku perasan suatu yang aneh pada diri dia.Muka garang semacam je.Macam nak telan aku je.Ann ni kenapa pulak?Dah jadi zombie ke ape?
    'Hah kau nak ape datang malam-malam buta ni?' Amboi sedapnya bahasa.Ann ni tengah datang bulan ke baru lepas gaduh dengan si Razlan.
    'Aku datang nak jumpa Hani,dah banyak kali aku try call dia tapi tak dapat,'Aku masih lagi dapat bersabar.Biarlah dia, asalkan matlamat aku datang ke sini tercapai.
    'Hani takde, dia balik kampung,'Masih dengan nada yang agak kasar.
    'Balik kampung? Bila dia balik kampung? kenapa tak beritahu aku pun?' Aku agak terkejut mendengar berita ini.Kenapa dia tiba-tiba balik kampung.Ada ape-ape jadi ke dekat kampung dia?
    'Huh buat ape nak bagitau kau? Kau kan dah ada buah hati lain? Dasar lelaki curang. Tak pernah cukup dengan seorang,' Terkedu aku mendengar kata-kata Ann.
    'Apa kau cakap ni Ann? Aku tak faham lah,' Aku mula rasa semacam je.
    'Buat-buat tak faham konon? tanya la diri kau sendiri apa salah yang kau dah buat,' Ann terus bergegas masuk meninggalkan aku yang kelu tak mampu berkata-kata lagi.Suaraku seolah-olah tersekat di kerongkongku.
    Apa makna semua ni...???

Chapter 11

    'Betul ke apa yang kau cakap ni Lan?' Aku menjadi semakin bingung apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Razlan.
    'Betul la Wan,buat apa aku nak tipu kau? Diorang memang nampak kau hari tu.kau kantoi depan mata Hani Wan.' kata-kata dari Razlan membuatkan dunia kurasakan berputar tak ikut orbit yang betul.
    'Patutlah Ann marah sangat dengan aku,'kataku perlahan.
    'Memanglah dia marah sangat.Diorang kan bestfriend dari sekolah lagi.Yang kau ni pun satu. kenapa kau bawa balik perempuan tu ke Malaysia?kau memang saje cari nahas Wan.Dari dulu lagi aku dah cakap,jelaskan keadaan sebenar dekat Hani,tapi kau tak nak.Sekarang keadaan dah jadi macam ni,Aku pun dah tak mampu tolong kau lagi Wan,' panjang lebar pulak si Razlan ni bersyarah.Tapi betul jugak katanya.Semua ni takkan berlaku kalau aku berterus terang dari dulu lagi tantang status diriku yang sebenar.
    'Aku tahu ni memang salah aku Lan.habis tu apa yang aku perlu buat sekarang Lan?' Aku dah betul-betul buntu sekarang.Aku cuma mampu mengharapkan bantuan Razlan.
    'Aku rasa cuma ada satu cara je lagi,'kata Razlan dengan muka kontrol macho.
    'Apa dia?' aku tak sabar nak dengar plan dia.Harap-harap cadangannya bernas.
    'Kau kena pergi jumpa dia dan jelaskan segalanya padanya'tersengih-sengih Razlan memberi idea.Ceh yang tu aku pun tau.
    'Tapi aku takut dia tak nak jumpa aku la Lan.Lagipun dia kat kampung dia sekarang,segan la aku nak jumpa mak ayah dia nanti,'aku masih ragu-ragu dengan cadangan Lan.
    'Okey sekarang kau nak kahwin dengan dia ke tak nak? Razlan tiba-tiba menyoal.
    "Mestilah nak, 7tahun aku tunggu tau tak,' apa punya soalan la.
    'Haa kalau nak kawin kena jumpa mak ayah dia jugak kan? Masa ni lah kau kena pergi berbaik-baik dengan mak ayah dia.Bak kata orang tua-tua nak pikat anak kena pikat mak ayah dia dulu,' amboi siap dengan bidalan lagi.
    'Kepala otak kau ni kadang-kadang cerdas jugak ek.Okey aku sahut cabaran kau.Sekarang jugak aku bertolak ke kampung dia,'tiba-tiba bersemangat pulak aku bila dengar perkataan kahwin.hehe
    'Asal nak kawin je semangat ek? Macam ni lah.Aku akan mintak tolonh Ann untuk temukan korang berdua nanti.Aku dah cerita kat Ann.Rasanya dia dah faham situasi kau sekarang.,'jelas Lan.
    'Okey terima kasih Lan, kaulah sahabat aku dunia akhirat,'aku memeluk lan bersungguh-sungguh.
    Tiba-tiba pintu bilikku diketuk seseorang.
    "Masuk' rupanya secretary aku yang masuk rupanya.
    "Sorry mengganggu Bos,cuma saya nak ingatkan Bos ada temujanji dengan Datuk Khalid petang ni,' Ira setiausahaku memberitahu tentang jadualku hari ini.
    'Ira awak batalkan semua appointment saya untuk minggu ni.Saya ada kerja penting nak dibuat,'aku dah buat keputusan.Aku mesti mengejar cintaku.Aku tak akan biarkan ia berlalu buat kali kedua.
    'Tapi Bos...'
    'Takde tapi-tapi.Kalau diorang nak jumpa saya jugak, suruh diorang buat appointment lain minggu depan.'
    'Baik Bos...'
    'Hehe seronok jugak jadi CEO ni ek,' Razlan tersenyum sinis memandangku.
    'Tak semudah yang kau sangkakan Lan,' Aku membalas.Kemudian kami sama-sama keluar. Aku mesti mencari cintaku...
    Hani tunggu kedatanganku....

No comments: