Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, September 23, 2010

Blogger Boy?


Korang penah tengok tak cite ni? mesti ade yang cakap, cite ni dah lama beb, lu baru nak layan ke? Nak wat camne, dulu umah aku takde astro. kalau dok belah-belah kelantan ni, takde astro jangan harapla nak tengok 8tv. Tapi itu bukan isu yang aku nak cakap arini. Pada sabtu yang lepas, aku tertengok cite ni kat 8tv (ulangan punya season1) sebab dah takde rancangan lain. Mula-mula tengok agak best cite ni rupanya. siap ade komik-komik lagi.Jalan cite pun menarik. aku suka betul watak Budi tu. macam watak aku pun ade.( gile perasan.hahaha). lagi 1, ade awek cun-melecun Nina @ julie woon yang menguatkan lagi cite ni.hehe

Dulu aku penah bercita-cita nak buat novel grafik (bukan komik). Tapi apakan daya aku ni langsung takde
bakat bab-bab lukis-melukis. usahkan nak lukis org, lukis kerusi pun tak jadi... jadi aku pun meneruskan idea aku tu dalam bentuk penulisan sahaja sepertimana cerpen-cerpen aku yang ada kat sini.tapi ianya mesti lebih menarik kalau ade visual kan? penah gak aku try lukis guna komputer, dah sah la ia lebih buruk.haha

* ade sesape nak jd pelukis untuk aku tak? hehe*

No comments: