Sunday, September 5, 2010

Whats next?

Akhirnya cinta Bazar Ramadhan dah tamat. Perit gak aku nak menamatkan siri tu. Tak sangka dapat sambutan yang luar jangkaan sampai aku takut nak buat ending.Takut tak menepati citarasa orang-orang yang follow cite tu dari siri 1 sampai la 6. Tapi Alhamdulillah feedback yang aku dapat kebanyakan suka ending tu.Demam aku 2hari nak pikir ending camne.haha.

So lepas ni ape plak? Itula soalan yang ditanya oleh orang yang baca ending cite tu..Aku terpikir satu idea. nak buat special chapter: Dari sudut hati Ika. Tapi tak tau la jadi ke tak.aku dah jadi semakin malas nak menaip walaupun idea datang mencurah-curah. Ade gak yang bagi idea suruh wat cite pasal brader murtabak 8 tu.Memang aku tak sangka langsung watak tu jadi kegemaran ramai.mula-mula aku saje2 je letak watak tu.spontan je aku letak.xde niat pun sebenarnya.tapi bila dah ramai yang suka, aku masukkan la dalam setiap siri kecuali siri5 sebab aku lupa.haha.

Akhir sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada warga Syok.org, Ehoza, dan kawan2 FB aku yang banyak memberi support dan idea dalam pembikinan mini series Cinta Bazar Ramadhan.. kalau aku rajin nak menulis lagi, aku akan share dengan semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan batin...

2 comments:

MY SouL My HeArt said...

wah...nak wat smbgn ek..bgs2..tak pun kan awk wat cita 'dari hati brader murtabak'..mst rating tinggi punyer.. =)

Azwan Aziz said...

hehe mmg ramai yg suruh wat cite pasal brader tu... xtau la dari mana dtg aura dia sampai ramai yg suke...huhu