Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Sunday, September 19, 2010

"...Seminggu Berhari Raya..."

"... seminggu berhari raya, kunjung-mengunjung rumah terbuka, jalinkan kasih sesama kita, lupakan sengketa lama..."

1 Syawal
Pagi raya mestilah bangun awal. Kepala masih rasa berdenyut-denyut sebab tak cukup tido (malam tadi merayau ke wakaf che yeh sampai pukul 3.30pagi..haha).. Aku gagahi jua ke masjid untuk sembahyang raya.. bukan selalu dapat sembahyang raya kan... setahun 2kali je..  Lepas tu balik umah dan makan-makan serta bermaafan sesama family.. tahun ni dapat lagi duit raya dari Abah..huhu.. pastu balik kampung..

Berposing sebelum balik kampung...hahaha

Dah sampai kampung, ramai la sanak saudara, sepupu-sepapat dan sebagai. Suasana agak meriah dan disertai bunyi mercun sedas dua oleh budak-budak yang baru nak up... aku rilek je sambil ketupat, lemang dan macam-macam jenis kuih raya.Disebabkan hari ni hari Jumaat, maka tengahari kitorang pakat ramai-ramai gi sembahyang jumaat.aku rasa dah 10tahun aku tak sembahyang Jumaat kat masjid kampung ni.syahdu gak la rasanya. Lepas sembahyang, kami meneruskan perjalanan lagi. Gi umah sedara belah mak pulak.. kebetulan dah time lunch, maka kami sekeluarga menjamu selera dengan nasi dagang.memang terbaik. bak kata orang kelate, sedap sengoti.haha Petangnya aku tido je walaupun masih ramai sedara yang datang beraya...haha

2 Syawal
Aku pun tak tahula ape masalah aku hari ni. rasa teramat malas nak keluar beraya. lalu aku dok umah sorang sambil layan tv + makan kuih raya 2,3 balang dan ditemani seekor kucing hitam...haha

3 Syawal
Hari ni aku ada mood raya balik... yatie (Kawan aku masa form4, 5 kat kopu dulu) buat open house dan reunion kecil-kecilan sebab yg datang pun 6orang je.haha.. tapi majlis tetap meriah sebab dah setahun tak jumpa, so semua cerita yang dikumpul sejak tahun lepas diceritakan tahun ni. dalam 3jam gak lepak umah yatie. Yang datang tahun ni Abqari, eyie, Bibi (lama gile tak jmpa), Liza dan wawa.. pastu gi melawat Irfan yang demam dihari raya... kesian betol.. mukri pun datang... borak-borak dah maghrib... pastu balik la...

4 Syawal
Hari ni aku tak keluar. penat ah keluar..jalan jam je memanjang.. naik lenguh kaki aku.. maklumla drive keta manual je... ada jugak la tetamu yang datang.. layan je..

5 Syawal
Hari ni pun tak keluar jugak... takde jemputan + malas...huhu

6 Syawal

Hari ni Naima (kawan dari form2 sampai matrik) buat open house untuk ex- 3 Amanah SMIP 2001... macam biasa la.. yang datang 7 orang je... aku, Mesol, Shiah, Aina, Diela, Ira, Ilah + Naima sebagai tuan umah... menu mavam biasa jugak.. mee kari yang memang sedap... aku ingt nak tambah, tapi pagi-pagi aku takleh makan banyak.. kang sakit perut leceh plak...huhu... seperti biasa jugak cerita-cerita sepanjang tahun akan dibentangkan... ni la yang best kalau gi reunion.. memang tak sedar masa berlalu dengan pantas...huhu...
Ceria semuanya..hee

Lepas umah naima, aku ,Mesol, dan Diela gi anta Shiah... maka naik beraya sekali lagi la... topik perbincangan disambung lagi... ada jugak yang mnyentuh hati dan perasaaan... jiwang la pulak...haha.. Lepas umah shiah, Gi anta Diela pulak... Mesol juga ikut serta... beraya lagi... sakan betul arini... pastu balik la...

7 Syawal
Hari ni hari 1 Malaysia... disebabkan semua orang cuti, maka aku kompom jalan mesti sesak. maka aku pon mengambil keputusan lepak umah je sambil layan Fb..haha

FAQ tahun ni
1. Buat ape sekarang ?
2. Keje ape sekarang ?
3. Dah ade awek ke?

ketiga-tiga soalan ni buat aku rasa malas nak beraya....haha

.:. kepada semua sahabat2 dan sanak saudara, maaf dipinta andai terkasar bahasa sepanjang berhari raya tahun ni... Selamat Hari Raya...

No comments: