Monday, September 6, 2010

Rindu Menggamit Lagi (Chapter 14-15)

Chapter 14

    Baru 2 hari lepas dia bawa Azwan datang sini, hari ni dia bawa perempuan ni pulak datang rumah aku ni. Agaknya si Razlan ni dah takde kerja lain. Ataupun dia dah kerja bawak teksi sekarang ni tak?
    'Lan aku tahu kau nak tolong kawan baik kau tu, tapi apa tujuan kau bawak perempuan ni jumpa aku? Nak suruh kami wrestling berebut si Azwan tu ke?' Terhambur segala kemarahan aku. Dahla hati aku ni tak pernah tenang sejak kali terakhir jumpa Azwan, sekarang dia bawa pulak perempuan ni. Bertambah serabut kepala aku ni.
    'Hani, Lan tak berniat nak sakitkan hati kau. Tapi kau perlu tahu sesuatu sebelum kau betul-betul buat keputusan,' Ann pulak datang back-up Lan.
    'Nak dengar apa lagi Ann? Semuanya dah jelas. Kau sendiri pun dah tengok dengan mata kau sendiri kan?' Apalah alasan yang si Razlan tu cakap sampai Ann pun dah lembut hati.
    'Bertenang Hani, aku rasa baik kau sendiri dengar penjelasan dari dia. Ni Asiah, adik angkat Wan,' Gadis yang sedari tadi diam membisu mengangkat mukanya sedikit. Ada riak ketakutan terpapar di wajahnya.
    'What? A... Adik angkat? Apa makna semua ni Lan? Terpinga aku seketika. Drama apa pulak yang berlaku depan aku ni? Bila masa pulak Wan ada adik angkat? Dia tak pernah cerita dekat aku pun.
    'Ya kak, saya ni adik angkat Abang Wan. Saya mintak maaf banyak-banyak sebab kehadiran saya dah buat Kak Hani menderita.' Lembut saja tuturnya. Aku boleh nampak kejujuran diwajahnya.
    'Tapi Wan tak pernah beritahu pun dia ada adik angkat?' Aku masih memerlukan kepastian.
    'Mungkin sebab saya bukan menetap di Malaysia. Untuk pengetahuan Akak, saya sebenarnya menetap di Australia dengan Papa saya. Saya cuma datang sini semasa Abang Wan pergi Australia 2 minggu lepas,' Rupanya inilah urusan yang dia maksudkan. Tapi kenapa dia harus menipu aku?
    'Macamana As boleh jadi adik angkat dia? As jumpa dia masa dia study kat sana dulu ke? Hanya itu saja sebab yang mampu aku fikirkan.
    'Taklah, 7tahun yang lepas, Papa As bawa dia balik dari Malaysia. As tak tahu macamana mereka boleh bertemu. Papa As mengambil Abang Wan sebagai anak angkatnya sebab As cuma anak tunggal. Disana, Abang Wan belajar sambil menolong Papa menguruskan syarikatnya disana.' Rupanya inilah rahsia yang disimpannya dariku selama ini.
    'Jadi Solid One Corps. tu kepunyaan Papa As lah ye?' Walaupun aku dah boleh mengagak jawapannya, tapi aku perlukan kepastian. Segalanya akan terungkap hari ni.
    'Ya. Sebenarnya  sebab utama Abang Wan rahsiakan identitinya sebagai CEO kerana jawatan tu untuk As. Dia hanyalah Pemangku CEO sementara As bersedia untuk mengambil alih jawatan tu,' Banyak betul rahsianya. lepas satu, satu fakta yang mampu membuatkan aku ternganga.
    'Tapi As tetap akan beri jawatan tu kepadanya kerana dia lebih layak. As tak mampu untuk menguruskan syarikat tu,' sambung As lagi.
    'Rugilah As, bukan senang nak jadi CEO tu. Kenapa lepaskan je?' Tiba-tiba Ann menyampuk.
    'Ish awak ni, boleh tak duduk diam-diam? Jangan menyampuk orang tengah serius ni,' tempelak Lan pula.
    'Yelah-yelah,' Ann menarik muncung sedepa.
    'Kak, saya harap Akak dapat memaafkan Abang Wan. Dia buat semua ni sebab As. kalau As tahu akan jadi macam ni, As takkan ikut dia balik Malaysia,' bersungguh-sungguh As merayuku. kesian la pulak aku tengok.
    'As mengaku, dulu As pernah jatuh cinta kat Abang Wan. Tapi As sedar, hatinya telah dimiliki oleh seseorang. Setiap kali matahari terbenam, pasti dia akan termenung sendirian. Bila As tanya kenapa, dia cuma kata dia rindukan Malaysia. Tapi dari matanya, As dapat tahu dia rindukan seseorang. Bukan main gembira lagi dia bila Papa bagi kebenaran untuk dia uruskan syarikat di Malaysia. Bila dia balik melawat kami 2 minggu lepas, As pun buat keputusan untuk ikut dia balik. As nak tengok sendiri siapa gadis yang telah menambat hatinya,' Penjelasan dari As membuatkan hatiku berdegup kencang. Rasa bersalah menyelinap di seluruh tubuhku.
    'Macamana As tahu dia rindukan seorang gadis?' Mungkin dia cuma rindukan family dia.
    'As pernah terbaca diarinya. As tahu perbuatan As ni salah, tapi As tak dapat menahan diri daripada membacanya sebab Abang Wan banyak berahsia dengan As. Dalam biliknya tergantung satu potret gadis. Dan kini As yakin potret tu adalah potret Kak Hani,' Makin haru jadinya. Kenapa mesti dia menyimpan semua rahsia ni seorang diri? Kenapa dia tak nak kongsi dengan aku?
    'As terima kasih sebab sudi beritahu semua ni pada Akak. Akak mintak maaf sebab dah salah sangka terhadap As,' Aku terpaksa mengakui bahawa ini memang salahku. 'Lan, mana Wan sekarang?'
    'Alamak lupa pulak aku nak beritahu kau. Buat masa sekarang Wan dah hilang,'
    'Hilang....?'

Chapter 15

    Hilang.... hanya itu yang mampu si Razlan tu katakan. kata best friend, tapi kawan ada kat mana pun tak tahu. Manalah pulak dia dah hilang. Takkan sampai macam ni sekali dia merajuk dengan aku? Teruk sangat ke apa yang dah aku katakan kat dia tempoh hari?
    Tapi slah dia jugak. Sape suruh dia banyak sangat rahsia? Bukan aku nak marah pun kalau dia cakap dia ada adik angkat perempuan. Mungkin aku akan jealous sikit. Tapi dia tak sepatutnya rahsiakan dariku. Sekarang dah tak pasal-pasal aku salah sangka.
    Aku betul-betul tak sangka sejarah hidupnya begitu. Yang lebih menghairankan, macamana dia boleh kenal dengan Papa As? Takkan jumpa tepi jalan boleh ikut sampai ke Australia kot? Ish dah jauh sangat aku merepek ni. Agaknya mesti ada banyak lagi rahsia dia. Bila aku fikir-fikir balik, aku macam dah tak kenal siapa Azwan lagi. Terlalu banyak perkara tentangnya yang masih lagi menjadi misteri. Dah jadi macam detektif pulak aku ni nak menyelesaikan misteri boyfriend sendiri.
    Boyfriend? Masihkah dia anggap aku ni kekasih hatinya. Setelah apa yang telah aku katakan padanya tempoh hari? Hadui kusut betul fikiran aku. Ah pedulikan semua tu. sekarang aku kena fikirkan dimana dia sekarang. Fikir fikir fikir Hani.... kat mana tempat favourite dia ek?
    Buntu betul macam ni. Tiba-tiba aku terlihat sekeping kad yang pernah Wan hadiahkan kepadaku dulu.
    "Perjuangan bermula dari suatu titik. Janganlah berputus asa seandainya perjuangan itu menemui kegagalan. Berpatahlah semula ke titik asal dan mulakan semula perjuanganmu dengan suatu idea baru...."
    'Berpatah balik ke titik asal? Yes aku dah tahu kat mana dia sekarang......'
   

*Exists - Seperti Dulu*

Selalu ku mengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu
Menghapuskan rindu
Yang sering menghantuiku

Semenjak kau datang
Di hatiku sayang
Semua resahku hilang
Diriku bukanlah
Seorang yang mudah
Menyerahkan cinta semudah kata

Kudambakan cinta
Indah seperti dulu
Kerna cintaku tak pernah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Benar ku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

Di hari yang datang
Janganlah kau ulang
Lukai hatiku sayang
Aku pun bukanlah
Seorang yang bisa
Menggantikan cinta sekelip mata

Aku inginkan cinta
Kita seperti dulu
Kerna cintaku tak mudah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Dan aku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

2 comments:

Mr. Simple said...

"Perjuangan bermula dari suatu titik. Janganlah berputus asa seandainya perjuangan itu menemui kegagalan. Berpatahlah semula ke titik asal dan mulakan semula perjuanganmu dengan suatu idea baru...."

Assalamu'alaikum...saya nk guna pepatah kt atas bleh x????

Azwan Aziz said...

Waalaikumusalam... tu bukan pepatah mr.simple.. just kata2 motivasi je.. ok saya izinkan...