Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Tuesday, September 7, 2010

Rindu Menggamit Lagi (Chapter 16 Season Finale)

Season Finale....

Apa yang telah terjadi
Dengan hatiku?
Kumasih disini
Menunggu pagi
Seakan Letih
Tak menggangguku
Kumasih terjaga
Menunggu pagi...

    Sekali lagi aku datang kesini. Dah 7 tahun lamanya aku tinggalkan tempat ni. Suasananya masih seperti dulu. Tak banyak perubahan yang berlaku. Aku ingatkan aku tak akan lagi kesini, tapi akhirnya aku tiba jua di tempat ni. Tempat yang dah merubah seluruh kehidupanku. Perlahan-lahan kulihat ombak yang setia memukul pantai. Walau ia pergi, ia tetap akan kembali semula.
    Teringat aku saat pertama kali aku tiba disini.. ketenangan yang kurasakan membuatkan diriku seolah berterbangan di awangan. Mulai saat itu, disinilah tempat aku mengubati segala duka lara dan mencipta impian. Impian yang kuharapkan dapat membawa aku ke alam kebahagiaan.
    Namun aku kemari sekali lagi. Bukan kerana telah mencapai impian, tetapi kerana merasakan impian hanya tinggal impian. Mengapa aku sentiasa diuji sebegini? Salahkah diriku mencipta impian? Aku cuma manusia biasa yang ingin mencapai impian yang didamba. Mengapa aku tak mampu mengecapi nikmat kebahagiaan seperti orang lain?
    Hani, aku tak tahu lagi macamana nak aku terangkan perkara sebenar. Memang aku akui semua ni salah aku kerana merahsiakan segalanya darimu. Tapi takkan kau tak mampu untuk memberikan peluang bagi diriku memperbetulkan semua salah faham ini? Adakah cintamu padaku sekadar itu sahaja. Tidakkah kau sedar bahawa aku telah menunggumu selama 7 tahun hanya untuk bersamamu. Mengapa keras benar hatiku?
    Huh! Aku mengeluh lagi. Masuk ni dah berapa kali aku mengeluh. Bayu angin yang menyapa membuatkan aku terasa sejuk sampai ke tulang, tapi ianya menyamankan. Hatiku tenang. Pagi-pagi lagi aku dah keluar. rasanya best pulak tunggu matahari terbit ni. Harap-harap sinaran matahari yang bakal menyinar akan memberikan harapan baru untukku.
    'Ehem... Boleh tumpang tanya tak?' Siapa la pulak kacau aku pagi-pagi ni. Dah takde orang lain ke dia nak tanya. Ingatkan pagi-pagi takde orang, ada jugak rupanya. Tak boleh tengok orang senang betul la. Aku kemudiannya menoleh untuk melihat siapalah yang mengganggu au pagi-pagi buta ni.Suara macam familiar, tapi takkan dia kot....
    'Err... Ha... Hani...?' Macam nampak hantu pulak ekspresi aku ketika ini. Betul ke apa yang aku nampak ni. Ke aku tengah mimpi? Takkan aku boleh tertidur kot? Untuk memastikan aku tak bermimpi, aku cuba mencubit pipi sendiri. Eh sakit jugak rasanya. Aku tak mimpi ke? Aku cuba gosok-gosok mata pulak. Bila aku bukak balik dia masih ada. Masih lagi tersenyum memandangku.
    'Tak payah nak gosok-gosok mata la Wan, ni memang Hani la. Mana ada hantu pagi-pagi macam ni,' Macam tau je apa yang bermain di kepalaku ini. Sekali dia gelak pulak.
    'Taknak ajak Hani duduk sekali ke? Memang sah dia Hani. Tapi apa yang dia buat kat sini? Macamana dia boleh tahu aku ada kat sini.
    'Err duduklah,' Apasal aku gugup pulak ni? Mana hilangnya sifat cool aku selama ni. Wei Azwan wake up man!
    'Hani dah tahu segalanya Wan, Hani datang ni nak mintak maaf dengan Wan dan bawa Wan balik KL semula,' Dia terus berbicara sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelahku.
    Aku masih diam membisu. Fikiran aku agak terganggu jugak. Macamana dia boleh tahu aku kat sini? Siapa yang beritahu dia hal sebenar?
    'Wan, Hani tahu Hani yang bersalah dalam hal ni. As dah ceritakan segalanya pada Hani. Hani dah sedar yang semua tu hanya salah faham,' lembut aje tutur katanya.
    'Macamana Hani tahu Wan ada kat sini?' Aku masih lagi bersuara agak dingin. Mana boleh maafkan macam tu je beb. Kena merajuk sikit,hehe.
    'Hani terjumpa kad ni. Bila Hani fikir-fikir balik, Wan pernah cakap tempat ni lah yang Wan selalu pergi kalau Wan nak tenangkan fikiran,' Aku membelek kad yang diberi oleh Hani. Kad ni aku pernah bagi semasa hari lahirnya yang ke-17 dulu. Tak sangka dia masih lagi menyimpannya.
    'Wan maafkan Hani ek?' Manja pulak dia time mintak maaf. Hari tu time marah macam singa hilang anak je.
    'Nanti Wan fikir dulu la,' Aku tersenyum nakal.
    'Ala Wan, maafkan la Hani. Hani janji akan jaga hati Wan betul-betul lepas ni. Hani takkan ulangi perangai macam dulu tu,' bersungguh-sungguh dia mintak maaf. Akhirnya aku tak mampu nak tahan lagi, lalu terburailah ketawa.
    'Yelah-yelah Wan maafkan. lain kali dengar dulu penjelasan orang tau,' dia mengangguk-angguk sambil tersenyum.
    'Hani nak tahu tak, kat sinila Wan jumpa dengan Papa As dulu,' Rasanya sekarang adalah masa yang sesuai untuk aku menceritakan segalanya pada Hani.
    'Yeke? Macamana Wan boleh kenal dia? Hani bertanya.
    'Waktu tu, hari terakhir kita SPM, walaupun semua orang dah balik, Wan tak balik lagi. Wan termenung kat sini dulu. Masa tu Wan fikir kita tak akan berjumpa lagi,' Aku kembali mengimbau kenangan yang berlaku 7 tahun lalu.
    'Masa yang tengah termenung melihat ombak, ada seorang pak cik datang tegur Wan. Dia tanya kenapa tengok ombak? Wan jawab sebab ombak tu setia pada pantai. deruan ombak cukup mempesonakan dan mampu menenangkan hati kita. Tapi dia tanya balik kenapa raut wajah Wan tak menunjukkan muka yang tenang. Wan pun menceritakan segalanya kepadanya. Wan pun tak tahu kenapa Wan macam rasa lega lepas menceritakan segalanya pada dia. Masa tu jugaklah dia memberi tawaran kepada Wan untuk mengikutnya balik ke Australia. Wan memang tak fikir panjang masa tu. Terus je terima tawarannya. Wan rasa dah tiba masanya untuk Wan berubah.'
    'Wan sedih sebab Hani ke?' Soalan yang cukup payah untuk kujawab.   
    'Wan pergi sebab Wan nak lupakan segala yang berlaku di sini, tapi Wan tetap tak mampu melupakannya.' Aku dapat melihat ada air yang bergenang di mata Hani. Bukan niatku untuk membuatnya merasa bersalah.
    'Wan, maafkan Hani atas apa yang Hani dah lakukan pada Wan dulu,' dia dah mula menangis. Adoi ni yang malas nak cerita ni.
    'Dah-dah, jangan nangis ek. Semuanya dah ditakdirkan. Bukan salah sesipapun dalam hal ni,' Aku cuba memujuknya. Nasib baik makan pujuk jugak.
    'Eh kertas apa yang Wan pegang tu?' Alamak dia nampak pulak. Lupa pulak aku nak sorok.
    'Eh takde apela. Kertas buat lapik duduk je ni,' Apa punya alasan la. Aku dah tak mampu nak fikir alasan lain lagi.
    'Wan tipu, mana ada orang buat lapik dengan kertas kecik macam tu,' Ala degil pulak dia ni. Nasib baik awek sendiri.
    'Abang, bagila Ayang tengok,' Tiba-tiba dia bersuara manja menggoda pulak.
    'Abang...?' Rasa macam dah kawin pulak.
    'Tak boleh ke Hani panggil Abang?' Mukanya nampak macam kecewa je.
    'Err boleh je...hehe' Apa dah jadi dengan aku ni?
    'Haa dapat pun,' Licik betullah awek aku ni. Sanggup dia goda aku macam tu semata-mata nak ambik kertas tu dari tangan aku.
    'Abang apa maksud puisi yang Abang tulis ni? Apa maksud Menunggu Pagi?' dapat jugak dia baca akhirnya.
    'Emm menunggu pagi tu bermaksud menunggu sinar kebahagiaan selepas kegelapan malam berakhir. Abang masih lagi menunggu kebahagiaan tu tiba....'
    Tiba-tiba dia senyum lagi. Entah apa lagi dia nak buat kali ni. 'Abang tak perlu lagi menunggu sinar pagi sebab sinaran tu dah muncul kat sebelah Abang ni...' betul jugak katanya. Sinar kebahagiaan tu dah muncul.
    'Hani tengok tu, matahari dah terbit. Cantik kan? Aku menunjukkan ke arah sinar matahari yang kian memancar. Aku harapkan sinaran kali ini tidak akan terpadam lagi. Semoga cinta kami terus bersemi seperti mana terangnya sinar matahari.
    Siapa kata kita tak boleh membina impian? Sebenarnya impian itulah yang membawa erti dalam kehidupan kita kerana impian memberi kita arah dan tujuan dalam menuju kemasa hadapan.
    Rindu itu sekali lagi menggamit dua insan yang bercinta.....

-TAMAT-


(Nyanyian Rindu Buat Kekasih - Data)

Tiada yang lain yang ku cinta
Hanyalah padamu
Tiada yang lain yang ku rindu
Hanyalah dirimu
Dikaulah permata yang bersinar
Di kala ku kesepian

Tiada yang lain yang kumahu
Hanyalah kasihmu
Tiada yang lain yang kupuja
Hanyalah dirimu
Tak mungkin aku berpaling
Berpaling mencari yang lain
Tak mungkin aku biarkan kau merana

Aku cinta kepadamu sepenuh hati
Janganlah kau ragu kasih
Ragu padaku
Sejujur niatku niat bersama
Selama-lamanya
Janganlah kau pergi kasih
Pergi dariku

Kunyanyikan lagu rindu
Buatmu kekasih
Ku baca puisi syahdu
Puisi kita...
Ku ingin kau di sampingku
Untuk sama-sama
Melayarkan bahtera cinta yang terbina
Oh! Kekasih... dengarkanlah
Bila aku tersiksa kaulah penawarnya
Bila kau terluka akulah penyembuhnya
Kita sama-sama sudah jatuh hati jatuh cinta...









   

No comments: