Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Saturday, September 4, 2010

Rindu Menggamit Lagi (Chapter 12-13)

Chapter 12

    ‘Hani, Wan nak jumpa kau. Dia tunggu kau kat luar tu’ kata-katanya ibunya membuatkan dirinya terkejut. Apa yang dia nak lagi? Tak puas ke dia sakitkan hati aku ni.
    ‘Suruh dia balik jela mak, Hani taknak jumpa dia’ Suaraku bagaikan tersekat-sekat. Walaupan mulut berkata tidak, tapi hatiku ini ingin sangat bertemu dengan. Aku inginkan penjelasannya. Tapi sakit hati yang masih terasa ini membuatkan aku tidak mahu lagi terluka lagi. Aku takut untuk mengetahui hakikat sebenarnya.
    ‘Tak baik kau buat dia macam tu Hani. Dia datang dari jauh semata-mata untuk berjumpa kau.,’ lembut saja kata-kata dari ibuku. ‘Mak tak tahu apa masalah kamu berdua, tapi cubalah bincang elok-elok kalau ada masalah. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Kalau kau terus begini, sampai bila pun masalah tak akan selesai,’ Memang aku tak mampu untuk berdebat dengan mak. Nasihatnya sering membuatku tenang. Baiklah aku akan berdepan dengannya…

***
    ‘Wan nak apa lagi ni? Tak puas lagi ke sakitkan hati Hani? Keras saja suaraku. Biar dia tahu betapa pedihnya hati ini.
    ‘Hani, maafkan Wan. Wan tak bermaksud untuk tipu Hani Cuma belum tiba masanya untuk Wan beritahu Hani. Wan memang bercadang nak beritahu Hani secepat mungkin,’ bersungguh-sungguh dia meminta maaf.
    ‘Dah terlambat Wan, Hani dah tengok semuanya dengan mata kepala Hani sendiri. Sakit hati ni tau,’ terhambur segala kemarahan yang aku simpan sejak dua hari yang lalu.
    ‘Hani please dengar penjelasan dari Wan dulu’
    ‘Tak ada apa lagi yang perlu dijelaskan Wan, semuanya dah jelas. Hani dah nampak semuanya.’ Aku segera memintas katanya.
    ‘Tapi apa yang Hani nampak tak semestinya sama dengan apa yang Hani sangka. Please Hani bagi Wan peluang untuk explain,’ dia masih lagi berusaha untuk memujukku. Tapi aku dah nekad. Aku dah buat keputusan hubungan aku dengannya hanya setakat ini saja.
    ‘Hani dah buat keputusan Wan, birlah hubungan kita berakhir disini saja. Anggaplah kita sememangnya tiada jodoh, semoga Wan bahagia dengan dia,’ aku tak mampu lagi untuk menahan airmata ini. Aku tak mahu dia nampak kelemahan aku ini. Lalu aku segera beredar meninggalkannya termangu sendirian. Aku tak menghiraukan lagi panggilannya. Bagiku semuanya sudah berakhir. Biarlah aku megubati lukaku sendiri…

Chapter 13

    Parah, pening aku macam ni. Masalah diorang, tapi aku yang pening. Nasib baik la aku ni jenis suka tolong kawan. Perasan la pulak. Hehe. Mana la si Azwan ni dah hilang. Pagi tadi cemas je bunyi As call aku cakap Wan tak balik rumah. Mangkuk ni betul – betul dah parah. Jangan dia buat kerja bodoh dahla. Sebentar tadi, secretary dia pulak yang call aku Tanya kat mana Bos dia. Ish diorang ingat aku ni bodyguard dia ke? Frust bercinta punya pasal sampai menghilangkan diri pulak. Ingat ni filem Hindustan ke main lari-lari dari rumah ni.
    Hani tu pun satu. Orang nak explain dia tak nak dengar. Sekarang dua-dua dah frust. Aku pulak yang terbabit sekali. Kalau aku yang tolong expain kang dia tak percaya pulak. Mati akal aku macam ni. Apa aku nak buat ni…?
    ‘Hai sayang, kenapa muka macam orang tak mampu nak bayar hutang Along ni? Ann tiba tepat pada masanya.
    ‘Ni lagi parah daripada tak boleh bayar hutang, Wan dah hilang,’ terangku perlahan. Ann nampak terkejut, baru dia tahu kenapa muka aku macam ni.
    ‘La macamana boleh hilang-hilang pulak ni? Tak baik lagi ke diorang tu?’ malas betul aku nak menjawab solan time-time macam ni.
    ‘Nak baik macamana, Hani tu tak nak dengar pun penjelasan Wan’ susah betul la kalau orang perempuan ni bila dah merajuk.
    ‘habis tu kita nak buat macamana sekarang?’ Adoi boleh pulak dia Tanya aku. Kalau aku tahu apa nak buat, tak payah la aku panggil dia datang.
    ‘Tak tahu la Ann, kepala Land ah buntu ni’ kami sama-sama mengeluh.
    Tiba-tiba hanphoneku berbunyi. As rupanya yang call.
    ‘Haa kenapa As? Wan dah balik ke?’ Amboi tak menyempat-nyempat aku ni. Salam pun tak sempat nak bagi.
    ‘Belum lagi, tapi As ada satu permintaan nak mintak tolong dengan Abang Lan’
    ‘Apa dia As, kalau Abang boleh tolong, Abang tolong’ lembut je suaraku. Mentang-mentangla cakap ngan awek cun. Hehe.
    ‘Macam ni, As nak Abang bawak As jumpa dengan Kak Hani. As rasa semua ni berpunca daripada As. Biar As yang jelaskan semuanya kat dia.’ Bernas jugak idea ni. Apasal la aku tak terfikir dari tadi lagi.
    ‘ Okey, As bersiap sekarang, nanti Abang pergi jemput As pukul 3. kita bertolak hari ni jugak,’ bersemangat la pulak aku tiba-tiba.
    ‘Okey, terima kasih ye bang,’ klik…



Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Mencintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…

(terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya)

-Tak Bisa Memilihmu 6ixth Sense-

2 comments:

Unknown said...

salam...best lah citer ni..ada smbungan lagi tak?

Azwan Aziz said...

ade... setiap cite akan ade endingnya...hehe