Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Sunday, October 17, 2010

Tiada Lagi Cinta ( Chapter 15 & 16 Final)



Chapter 15


Kepadamu kekasih hati,
           
            Berat rasa hati Abang semasa menulis surat ini. Seribu satu perasaan yang menyesakkan dada dan fikiran ini. Namun setelah difikir dengan sematangnya, Abang telah membuat satu keputusan yang Abang rasa paling wajar dalam keadaan ini.

Ira,
            Pertama sekali ingin Abang ucapkan jutaan terima kasih kerana Ira pernah hadir dan membahagiakan hidup Abang walaupun untuk sekejap cuma. Jujur Abang katakan waktu itu adalah waktu yang sangat menggembirkan dalam hidup Abang. Setiap hari, Abang bangun dengan azam baru, dengan semangat baru. Semuanya kerana Ira. Senyuman Ira yang pernah Abang gelarkan sebagai `senyuman bidadari’ membuatkan hati Abang sentiasa berbunga-bunga indah. Hidup Abang terasa telah lengkap. Segalanya seakan mimpi.

Kekasihku,

            Setiap manusia hanya mampu merancang, namun Tuhan yang menentukan segalanya. Jodoh , maut, Dia yang tentukan. Walaupun agak terkejut dan sangat-sangat kecewa, namun Abang cuba sedaya upaya untuk menerima takdir yang telah ditentukan. Abang juga faham soal cinta bukanlah suatu yang boleh dipaksa. Segalanya bermula dari hati. Sekiranya hati mula sangsi, maka tiada guna kita teruskan hubungan ini. Ianya hanya merugikan kita berdua.

Sayangku,

            Abang relakan perpisahan ini seadanya. Abang sanggup undurkan demi kebahagiaan Ira. Dan Abang juga tahu cinta pertama sukar dilupakan. Bukan niat Abang untuk lukakan hati Ira, namun inilah keputusan yang terbaik. Ternyata Ira memanag tercipta untuknya, bukan untuk Abang. Abang harap Ira terimalah keputusan ini sepenuh hati. Biarlah Abang korbankan cinta ini untuk kebahagiaan Ira.

Bidadariku,

            Abang harap Ira tidak menyalahkan Abang kerana membuat keputusan ini secara tiba-tiba. Sesungguhnya berat hati ini untuk melepaskan Ira setelah nama Ira terpahat kukuh di hati ini. Namun fikiran yang waras menyatakan bahawa ini adalah apa yang sepatutnya Abang lakukan. Cuma satu yang Abang ingin nyatakan, Abang tidak pernah membenci Ira. Tapi Abang tidak mampu lagi untuk bredepan dengan Ira. Abang takut Abang tidak mampu menbendung perasaan cinta yang masih membara di hati ini. Akhir kata, Abang mendoakan kebahagiaan Ira walau dimana Ira berada. Semoga Ira akan memperolah apa yang Ira impikan. Ah air mata ini menitis lagi. Entah mengapa air mata ini sukar untuk berhenti. Cuma satu permintaan Abang, simpanlah segala kenangan kita. Selalulah jenguk `pokok kita’ sebab selepas ini Abang akan pergi jauh. Terima kasih untuk segalanya....



With love
Aril....


            Sudah kali keberapa dia membaca isi kandungan surat itu. Namun air mata tetap menitis. Entah mengapa hiba di hatinya masih terasa. Penyesalan tak mampu lagi diluahkan dengan kata-kata. Segalanya berlaku dengan pantas. Mengapa Aril harus menyelamatkannya? Kan lebih kalau dia yang `pergi’. Kenapa dia harus berada di sini untuk meratapi pemergiannya? Dan sekali lagi peristiwa pagi tadi kembali menerjah di fikirannnya...

            `Ira awas kereta!!!’ sewaktu dia mendengar amaran dari Aril, dirinya sudah terkaku di tengah jalan. Tiada apa yang mampu difikirkan kecuali maut yang semakin menghampiri. Namun tiba-tiba dirinya terasa ditolak sehingga terjatuh di bahu jalan. Tetapi tubuh Aril terpelanting akibat dilanggar kereta tersebut. Lalu dia segera mendapatkan Aril yang kelihatan nyawa-nyawa ikan. Malangnya nyawa Aril telah sampai ke penghujungnya. Tapi dia sempat menghadiahkan satu senyuman buatnya walaupun dalam keadaan nazak. Tiada apa yang mapu dilakukan selain meraung memanggil nama seseorang yang telah pergi buat selamanya....

Chapter 16 (Final - Epilog)

            Entah mengapa hatinya amat berat untuk meninggalkan pusara ini. Masih terasa kewujudan dirinya dimana-mana. Segalanya gurau sendanya terngiang-ngiang di telinga. Sesungguhnya dia mula merasa rindu yang semakin menyeksa.
            `Abang maafkan Ira. Ira telah mengkhianati cinta suci Abang. Kenapa Abang selamatkan Ira? Sepatutnya Ira yang patut menerima hukuman ini. Ira yang bersalah, Ira yang telah melukakan hati Abang. Kenapa Abang terlalu baik?’ dirinya tidak mampu lagi menahan sebak. Perasaan bersalah seperti terasa membunuh jiwanya. Namun apakan daya. Seseorang yang telah mati tidak mungkin dapat dihidupkan kembali. Biar seribu kekesalan tak mungkin akan mengubah realiti, realiti yang Abang Aril telah pergi buat selamanya. Sesungguhnya dia amat merasakan kehilangannya. Betullah kata pepatah, kita akan menghargai seseorang apabila dia sudah tiada lagi dalam hidup kita. Dan itulah juga yang disebut sebagi rindu....
            `Abang, Ira rindukan Abang... Ira berdoa semoga Abang tenang berada disana. Ira tidak akan melupakan Abang buat selamanya.... biarlah pokok kita ini mengukir sejarah cinta kita buat selamanya......’


Amy search - Tiada Lagi...

Sia-sia sudah
Kita jalin cinta
andai hati
Selalu berbeda...

Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa
Didalam dada...

Sedaya kita masih bersatu
Tak mungkin kan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai disini...

Tiada lagi yang kuharapkan
Tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri
Tanpa dirimu...

Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi kubersamamu
Biarku simpan semua
Kenanganku bersamamu...



.:. diharap korang dapat memberi sedikit komen mengenai keseluruhan cite ni... tq...

No comments: