Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Tuesday, October 5, 2010

Tiada Lagi Cinta ( Chapter 5 & 6)


Chapter 5

            Aku masih merenung gelas yang dah tinggal separuh isinya.Sambil tu jugak aku membelek-belek jamtanganku. Jam ni terlebih cepat ke aku yang dah terlambat? Dah dekat sejam aku menunggu Ira.Hadoi bencinya menunggu. Dia tak tahu ke aku ni lelaki paling benci menunggu. Tapi awek punya pasal, aku terus jugak setia menanti.Macam tajuk novel pulak.Orang yang lalu-lalang dekat kafe ni mula pandang aku semacam je.Ni yang buat aku makin rimas.
            'Assalamualaikum,'tiba-tiba kedengaran suara dari belakang.Lantas pantas aku menoleh.'Sorry sangat bang, kawan Ira mintak tolong sikit tadi,'.Senyumannya yang ala-ala Sari Yanti tu buat aku lupa yang aku dah menunggu sejam.
            'Eh takpe-takpe, Abang Faham,'Aku membalas dengan senyuman meleret.'Bidadari..Eh,Ira punya pasal seribu tahun pun abang boleh tunggu,'tambahku
lagi.
            'Abang ni ada-ada je tau.Abang dah pesan makanan ke belum? Hari ni biar Ira belanja Abang,'tuturnya pantas.
            'Eh tak payahlah.Lagipun Abang kan lelaki, biar Abang yang belanja Ira,'Lelaki kena tunjuk gentleman beb masa first date.Aku baca tips dalam majalah REMAJA.hehe.
            'Takpelah,biar Ira yang belanja.Lagipun Ira yang ajak Abang makan.Abang anggap la ni balasan sebab Ira datang lambat tadi,'Dia masih lagi tersenyum.Hadui budak ni tak penat ke asyik senyum je memanjang.Tapi aku suka.Sweet je.Tak makan pun dah kenyang.
            'Okeylah kalau Ira dah cakap macam tu,'Aku akhirnya mengalah.Kalau asyik gaduh sape nak belanja sampai esok pun tak boleh makan lagi.
            Sejurus kemudian makanan pun sampai.Aku makan slow-slow je.Takut dia kata aku ni gelojoh pulak.Jatuh saham nanti.
            'Haa tadi Ira kata ada hal penting nak beritahu Abang,'Aku memulakan bicara setelah agak selesa dengan makanan yang aku telan ni.
            'Macam ni,Sabtu ni roommate Ira yang tinggal kat Perlis tu ajak pergi rumah dia.Ada kenduri kesyukuran.Tapi masalahnya sekarang kami semua ni tak pandai drive,lagipun kami tak tahu nak sewa kereta dengan siapa.Kalau boleh Ira nak ajak Abang skali.Tolong jadi driver kami boleh tak?' Driver je?Ingatkan nak ajak aku keluar dating.Macam tak best je.Tapi bila aku fikirkan balik, ini mungkin permulaan untuk aku lebih rapat dengan dia.Mula-mula keluar ramai-ramai,nanti boleh keluar berdua je.Aku mula berangan.
            'Emm Abang rasa Abang free Sabtu ni.Berapa orang nak pergi ni?'Aku kenalah tanya detail-detail dulu.Baru boleh buat plan.hehe.
            'Yang pergi nanti Ira,Roomate Ira dengan  sorang kawan lelaki.Masuk Abang jadi 4 orang lah.'
            'Okey, nanti kalau ada apa-apa hal Ira beritahu Abang ye.Pasal kereta tu nanti Abang uruskan,'Aku memberi jaminan.
           




Chapter 6

            Hari yang ditunggu dah tiba akhirnya.Kini aku dalam perjalanan ke rumah Ana, roomate Ira. Disebelahku Ira yang dari tadi dok bercakap tak berhenti-henti.Aktif betul la budak ni. Dia dengan roomate dia tu memang padan sangat.Sama-sama banyak cakap.Aku sesekali je mencelah.Maklumla segan dengan Ana dan pakwe dia tu.Baik aku fokus untuk drive je.
            Setelah satu jam perjalanan, kami pun sampai kat rumah Ana. Tetiba pulak aku jadi segan tahap maksimum.Yang ada kat situ semuanya orang kampung dan family dia je.Aku tersengih-sengih jela dengan zul,pakwe si Ana tu.Yang si Ira dengan Ana tu terus hilang kedapur. Aku duduk kat ruang tamu dengan Zul. Ayah dengan abang Ana ada jugak la datang tegur kami.Aku layan jela.Nasib baik ada jugak pengalaman sembang-sembang dengan orang tua.Si Zul tu asyik tersengih-sengih je.Macamana la nak jadi menantu.Setelah selesai makan-makan, kami pun mula beransur pulang.Tiba-tiba As bagi cadangan yang aku rasa paling bernas.
            'Apa kata kita lepak kat Kuala Perlis dulu? Best tau suasana petang kat situ.'As memberi cadangan selaku tuan rumah.Maklumla Perlis ni kan negeri dia.
            'Ok jugak tu,'Aku terus aje setuju sebab aku dah pernah sampai kat Kuala Perlis dulu dengan kawan-kawan aku.Agak best la sebab tepi pantai walaupun pada aku tak nampak macam pantai pun.hehe.
            'Abang Aril pernah pergi ke kat sana?' tiba-tiba Ira bertanya.
            'A'ah,tu antara tempat yang glamour bagi student UUM, especially couple la.'Bersahaja aku cakap.Tapi tiba-tiba Ira pandang aku semacam je.
            'Mesti Abang pergi dengan awek Abang kan?'Dia bertanya dengan senyum yang tak mampu aku nak tafsirkan.
            'Eh takdelah.Abang ni mana ada awek,siapalah yang nak dekat abang ni,'Aku
buat-buat muka kesian.
            Lepas tu diorang bantai gelak pulak.Hampeh betul la.Ingatkan nak kesian.
            Lebih kurang 20minit kemudian,kami tiba kat Kuala Perlis.Agak ramai jugak la orang sebab hari ni kan hari sabtu.Kami tak makan pun cuma jalan-jalan dan tangkap gambar.Aku banyak jugak tangkap gambar berdua dengan Ira.rasa macam dah couple pulak.Bahagianya tak payah cakap la.Hehe.
            Tanpa disedari matahari dah hampir terbenam.Masa tu pulak aku dengan Ira je sebab Ana dan Zul dah hilang entah kemana.Diorang tu macam bagi peluang kat aku je.
            'Emm Ira, boleh Abang tanya soalan yang agak peribadi sikit tak,'Aku cuba menyusun ayat sebaik mungkin.Gugup pun ada jugak.Tapi sebagai lelaki sejati aku kena berani.hehe.
            'Kalau Ira mampu jawab, Ira jawablah.Apa dia bang?' lembut betul tutur katanya.Manala aku tak cair.
            'Emm... err... Ira... Ira dah ada boyfriend tak?'habis jugak ayat tu akhirnya.Payah betul nak keluar.
            Tapi jawapan yang aku dapat ialah gelak ketawa dari dia.Aku rasa aku tak buat lawak tadi.
            "Kenapa Ira gelak pulak ni?'Aku jadi pelik pulak tengok budak ni.
            'Ira ingatkan nak tanya apala tadi sampai susah sangat nak sebut'Dia sambung gelak lagi.adoi malu sendiri aku.
            'So apa jawapannya?'untuk mengelakkan dia terus gelak aku terpaksalah tanya sekali lagi.
            'Emm Abang rasa macamana?'Dia bertanya dengan senyuman.Inilah dialog yang paling aku malas nak dengar.kalau orang lain aku dah lempang je.Nasib baik yang bertanya ni bidadari...
            'Manalah Abang tahu.Sebab tu abang tanya tadi.Lagipun Abang tak pandai la main teka-teka ni,'Lagi baik aku cakap macam ni daripada aku salah teka.
            'Okey-okey, Ira jawab. Ira tak ada Boyfriend lagi.Kenapa tanya soalan ni? Abang nak jadi boyfriend Ira ke? Adoi straight forward betul soalan.rasa macam anak panah menusuk jantung pulak.Dia pulak tersenyum manis sangat.Terkelu lidah aku ni nak menjawab.Tiba-tiba terdengar laungan Ana.
            'Oi mai la balik,dah nak malam ni.'
            'Yelah kami nak balik la ni,'Ira tolong jawab bagi pihak aku dan dia.Kemudian dia
berlari-lari anak kearah Ana dan Zul.Tapi sempat dia menoleh dan mengenyitkan matanya padaku.Apa makna semua ni? Adakah dia pun rasa macam yang aku rasa? Who knows...

YUSRY - DEKAT PADAMU

Dekat padamu... arah ingin ku tuju
Walaupun jauh akan ku tempuh
Kerana hanya sunyi yang menemani hari
Semenjak kau pergi membawa diri

Dekat padamu... di sana kau bersatu
Dua jiwa yang telah terpisah
Kesetiaan yang telah kita sama ikrarkan
ku pegang teguh... janji ku kotakan

Andai tersalah arah
Berikan ku tanda
Agar kau terima yang sebaiknya
Jika cinta kita hanya sejarah lama
Sudilah ku cuba kali kedua

Walau jauh akan ku gegas berlari
Walau tinggi bisa ku terbang di langit
Walau sedalam mana akan ku selami
Kerana cinta sedalam itu mekar bila ku dekat padamu

Dekat padamu... itu destinasiku
Tak kira apa jua kan ku terima
Harapanku kan terbuka pintu di hatimu
Dengan rela menunggu kehadiranku

Andai tersalah arah
Berikan ku tanda
Agar kau terima yang sebaiknya
Harapan mendorong ku mengusung cinta kita
Janganlah dibalas rasa kecewa


No comments: