Sunday, October 24, 2010

Road to Final...

23 oktober 2010 - Akhirnya misi membalas dendam bagi pasukan The Red Warriors atas kekalahan pada Kedah pada separuh akhir Piala Malaysia menentang Kedah pada 1993 terbalas jua atas sepakan cantik dari Norshahrul Idlan Tahala yang berjaya menembusi benteng kuat pasukan pada minit ke-80. Dengan keputusan 1-0, maka kelantan sekali lagi melayakkan pasukan mereka ke Final Piala Malaysia pada 30 oktober ini menentang pasukan Negeri Sembilan sekali lagi.

Sebagai penyokong the red warriors, aku berhajat nak gi sokong kat stadium, tapi sesuatu yang menyakitkan hati dan perut aku telah berlaku dimana pihak pengurusan stadium mula membuat onar dengan lambat membuka kaunter tiket yang menyebabkan hampir 400orang yang menunggu untuk membeli tiket menjadi panas hati.kata nak bukak pukul 9, tpai smpai pukul 11 belum dibukak lagi... aku yang mempunyai komitmen lain terpaksa meninggalkan kaunter tiket.bila aku datang balik, tiket dah habis.yang ada cuma ulat sial yang menunggu mangsa.dorang jual tiket yang berharga RM15 dengan harga RM25.memang celaka betul la.

Akhirnya aku terpaksa melayan game tersebut di kopitiam milik sepupu aku.Nasib baik dia sediakan skrin besar, serta sound system yang gempak.maka suasana dapat dirasai jugak sebab ramai jugak yang datang menonton kat situ termasuk awek2 KIST yang cun melecun..(sambil tgk bola, sambil cuci mata...hahahaha). Debaran memang sangat terasa apatah lagi banyak cubaan menarik, namun gagal menjaringkan gol...namun keresahan aku akhirnya tamat pada minit ke-80 dengan gol kemenangan norshahrul ( tak sia2 ko rehat 2game..haha)

saksikan la gol kemenangan ini...



Tahun ni penyokong The red warriors akan menggegarkan bukit jalil sekali lagi... harap pemain tidaklah menghampakan harapan penyokong yang menggunung....

*ade orang cakap kelantan menang atas kehebatan pemain luar... abis lu ingat yang main real madrid sume org sana ke? cisss

No comments: