Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, October 28, 2010

How I Met Ehoza

Ogos 2008
Dalam bilik kuliah

"Wan aku nak balik kampung la hujung minggu ni" Ah apasal pulak mamat ni tiba-tiba nak balik kampung time-time assignment melambak camni? Namun masih cool dan bersangka baik.Mungkin beliau ada hal yang sangat mustahak.lalu aku bertanya dengan nada yang serius.

"Asal ko tiba-tiba nak balik? Ada orang nak datang pinang ke?" Tadi aku macam serius, tapi tiba-tiba terbuat lawak pulak.haha

"Aku ada family day la," Ooo family day, maknanya hari bersama keluarga la kan? Tapi belum sempat aku bertanya lebih lanjut, dia menambah dengan ayat yang buat aku kompius.

"Tapi ni bukan family day biasa, ni family day forum" wah ada pulak acara begini ek.Forum ape yang dia masuk ni? aku mula masuk mode polis soal-siasat.

"Forum ape ni bro? cambest je bunyinya" dia cuma tersenyum sinis lalu menjawab dengan ayat yang membuatkan aku terus kompius.

"Nantila aku cite ek, dah lewat ni.pasal assignment jangan risau la.aku siapkan sebelum balik.jangan nak buat muka kelat camtu lagi.hahaha" lalu dia beredar.ade dua,tiga awek memandang beliau kerana mungkin merasa pelik melihat beliau ketawa terbahak-bahak.

Minggu seterusnya.
Juga di bilik kuliah yang sama dan pada waktu yang sama

"Bro tengok la pic family day aku ni, gerenti ko berasap punya," tak sabar-sabar dia menunjukkan gambar yang dirakam dalam henpon beliau.aku agak nerves jugak kerana bimbang dia menunjukkan gambar yang bukan-bukan..(maklumla aku ni inesen orangnya..haha). Sekali gambar beliau beserta awek-awek cun di tepi pantai.memang berasap aku tengok.jeles pun ade.dia cuma tersenyum bangga dengan pencapaian beliau berjaya bergambar bersama awek cun.Lalu tanpa berlengah lagi, aku pun bertanya, forum apakah yang dia join. dia cuma jawab sepatah "Ehoza". dalam kepala aku dok bayangkan nama bunga je.Mungkinkah mamat ni join forum untuk mat-mat bunga?

Disebabkan sibuk (dan buat-buat sibuk) di semester akhir, maka aku masih tidak berpeluang men-join forum ehoza itu sehinggalah pada suatu hari dibulan 10 2008 (15hb), aku mendaftar masuk ke ehoza. tapi sebelum aku masuk mamat yang mengesyorkan ehoza kepada aku ni suruh letak nama dia kat referral.Amende pulak ni? Forum MLM ke? aku makin kompius.lalu aku pun cepat-cepat mengusha website ehoza. Ternyata tanggapan aku silap.Rupanya ia bukanla forum bunga-bungaan seperti yang aku bayangkan.Aku jadi termalu sendiri.haha

Disebabkan aku ni berjiwa sentimental (lepas layan lagu Nafisa-XPDC) maka aku pun memutuskan untuk masuk section Love is Cinta. Agak jiwang jugak mereka-mereka yang lepak di section ni. Terasa berbunga-bunga jugak apabila membaca artikel-artikel disitu. Aku mula berkenalan dengan beberapa user yang aktif berforum ketika itu seperti Euronymous, Nurhafiz, Isleyia (dia awek paling glamer masa tu kat ehoza), Mini (pakgad), tuntejasydney dan beberapa user lain.Aku tiba-tiba jadi addicted pulak. Thread pertama yang aku bukak, Surat cinta mendapat sambutan hangat daripada mereka-mereka diatas.Tapi mengesan ade suata term yang selalu digunakan oleh user-user lama iaitu VNS. lalu aku bertanya pada referall aku apekejadahnya VNS sebab aku tak jumpa pun kat forum tu. Sekali lagi beliau tersenyum sinis lalu menjawab, ko kena ade 500post baru leh view section tu. aku yang sangat teruja ketika itu (walaupun tidak tahu apakah yang terkandung disitu) terus menge-post sbanyak mungkin dan kebanyakannya adalah off topic bersama user-user yang suka off topic.Bila aku cukup 500 post, maka dapatlah aku melihat section yang hangat diperkatakan itu.Rupa-rupanya......

aku rasa Apa yang membezakan Ehoza dengan forum-forum lain ialah banyak aktiviti yang dijalankan secara offline iaitu bertemu di dunia nyata dan bukannya dunia maya dengan avatar yang bermacam2 rupabentuk. Secara tidak langsung, ia dapat mengeratkan hubungan sesama user disamping dapat bergambar untuk ditunjukkan kepada kawan-kawan seperti yang dilakukan oleh mamat referall aku tu.haha...Tapi malangnya sehingga hari ini aku masih tidak berpeluang mengikuti program2 offline ni.Mungkin dimasa akan datang aku akan cuba sedaya upaya untuk men-join-kan diri agar aku juga punya gambar untuk ditunjukkan pada kawan2.haha

Sekian saja siri "How I Met Ehoza"

Agak-agak korang siapakah mamat referall aku tu? hahaha

No comments: