Monday, October 11, 2010

Ada apa dengan The Red Warrior...?

Di kesempatan aku jalan-jalan cari pasal kat shah alam minggu lepas, sempat jugak aku gi stadium kelana jaya untuk menonton perlawanan bola sepak antara pasukan kelate vs KL plus.. (kalau negeri lain main, jangan harapla aku nak gi tengok...haha). aku sampai awal lagi... 7.30pm dah terpacak depan stadium dengan adik aku, Asrizal, cousin aku se'in dan 2 orang member beliau... agak teruja gak aku melihat lautan manusia berwarna merah... Tapi yang plg penting, sume gi solat maghrib dulu...

Dalam pukul 8, kitorang dah mendapat seat yang agak ok, sebab boleh nampak clear game malam tu.. Sebelum game start, macam2 ragam boleh tengok... memang meriah la. Boleh nampak pemuda2 yang membawa awek2 datang (kalau aku memang takkan bawak awek datang tgk bola...haha), ade gak yang datang 1family dengan anak1 skali... memang sangat mengharukan semangat penyokong2 kelate... apalagi diiringi bunyi2 gendang yang boleh menaikkan adrenalin penyokong2..haha..

Tepat jam 8.45, pemain masuk padang diiringi sorakan hampir kira-kira 7,000 penyokong...(tak sempat pulak aku nak kira betul2 berapa orang yang datang..haha). Bila game start je, penonton mula bersorak. sayangnya tiada penyokong dari pihak lawan, maka kurang meriah la jadinya. Namun apabila gol pertama diperolehi oleh pasukan kelate, seluruh penyokong bangun dan bersorak. malam tu aku hampir kehilangan suara akibat terlalu banyak bersorak... 4 gol berbalas 0... maka 4 kali la kami bersorak macam nak pecah stadium...hahaha. Puas hati betul aku malam tu... harap2 kelate dapat mengekalkan corak permainan ini untuk menentang Selangor yang sememangnya tak leh nak diragui kehebatannya...



* apasal aku rasa macam sentimental je bila tulis entri ni? sebab aku tak jiwang, aku sentimental jek....hahaha

No comments: