Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, October 14, 2010

Tiada Lagi Cinta ( Chapter 11 - 14)


Chapter 11

            Segalanya berjalan dengan lancar. Hari yang ditunggu-tunggu dah pun tiba. Hari ni aku akan bertolak ke Penang dengan Ira. Semuanya akan ditentukan hari ini. Rasa berdebar-debar pun ada jugak. Lantakla. Apa nak jadi, jadilah. Dah seminggu aku tak tidur lena sampai kena sound dengan lecturer sebab tidur dalam kelas. Buat malu je. Okey, masanya dah tiba. You can do it Aril! Action!
            ‘Erm Ira kenapa termenung je ni?’ Pelik aku tengok dia ni. Dari mula bas bertolak dia asyik pandang luar je.
            `Takde apelah Bang. Saja je Ira nak tengok pemandangan kat luar. Cantik kan sawah padi kat Kedah ni,’ jawabnya ringkas. Adoi tengok sawah la pulak. Habis aku kat sebelah ni nak buat ape?
            `Ira suka tengok pemandangan ek? Abang pun suka jugak,’. Itu je yang aku balas sebab lepas tu aku tertidur dalam bas....
            Bila aku sedar je, kitorang dah sampai Penang pun. Alamak aku nak tengok jambatan Pulau Pinang. Dah lama tak tengok. Kenapala Ira tak kejut aku tadi. Eh, bukan ke aku ada misi penting hari ni? Jambatan tu bila-bila masa boleh tengok, bukan dia boleh lari pun. Trip hari ni memang seronok. Pertama kali aku tengok Ira happy semacam je. Tak macam pagi tadi. Penat jugak la aku nak melayan kerenah dia. Semua tempat dia nak tengok. Akhirnya kami tiba di destinasi yang aku tunggu-tunggu, Bukit Bendera. Puncak bukit ni memang best. Boleh tengok seluruh Penang. Tapi yang lecehnya naik kereta kabel. Slow mengalahkan kura-kura. Aku bukannya nak tengok pun hutan belantara ni. Aku nak cepat-cepat menuju puncak. Dah macam lagu AF pulak.hehe.
            `Wah cantiknya pemandangan kat sini Bang,’ Ira tiba-tiba berteriak macam budak kecik. Nasib baik tak kuat sangat. Tapi yang tu la membuatkan dia lebih cute. Alangkah bertuahnya aku. Jangan leka Aril, ko ada misi nak diselesaikan. Kalau tak sia-sia je aku merancang semua ni.
            `Mestilah cantik. Sebab tu Abang bawak Ira datang sini.’
            `Thanks Abang sebab bawak Ira datang sini. Kalau tak, entah bila la Ira boleh sampai sini,’ senyuman tak lekang dari bibirnya sejak dari tadi lagi. Senyuman tu membuatkan aku lebih nervous. Takut pun ada jugak.
            `Alah Ira kan kekasih hati Abang, kalau Ira nak pergi Bulan pun Abang boleh bawa,’ dia tergelak mendengar lawak dariku. Senang betul nak buat dia gelak.
            `Ada-ada je Abang ni. Buat apa Ira nak ke bulan?,’ soalnya kembali.
            `Manalah tahu kot-kot Ira berminat nak ke sana. Emm, Abang nak tanya sikit boleh tak?,’ tiba-tiba dia terdiam.
            `Abang ni macam baru kenal Ira je, tanya ajelah,’ Aku memang boleh tanya macam tu je, tapi dalam hati ni rasa macam nak meletup.
            `Ira pernah bayangkan tak suatu hari nanti Abang akan tiba-tiba hilang dalam hidup Ira? Serta merta riak wajahnya berubah. Dia memandang tepat kearah mukaku. Aku pulak yang cuak tiba-tiba.
            `Abang, boleh tak jangan buat lawak macam dulu lagi? Lawak macam tu sekali je berkesan tau,’ dia nampak macam marah je.
            `Abang saja je nak tau jawapan Ira. Kita semua tak tahu bila kita akan mati kan?’
            `Memanglah. Tapi tolonglah jangan cakap perkara macam tu. Abang pun tahu kan Ira sayang sangat kat Abang. Hati Ira dah mula rasa sayang yang mendalam terhadap Abang. Abanglah pengubat hati Ira, Abang juga yang telah menceriakan hidup Ira sekarang. Ira tak sanggup untuk kehilangan Abang.’ Sayu hati aku mendengar luahan Ira. Malah aku dapat melihat ada titisan airmata bergenang di kelopak matanya. Maafkan Abang sayang,kerana meragui kejujuranmu.
            `Abang minta maaf Ira, Abang tak bermaksud untuk buat Ira sedih.’ Rasa bersalah pulak aku sebab tanya soalan tu.
            `Tak apelah bang. Abang jom tangkap gambar kat sini,’ dia dah kembali ceria.
            `Okey...’

            Perjalanan diteruskan lagi. Banyak jugak tempat yang kami lawati. Penat tak payah cerita la. Nasib baik ada bidadari kat sebelah. Akhirnya malam menjelma. Kami akan berangkat pulang. Tapi pihak penganjur kata kitorang akan balik ke sana dengan feri. Ni peluang yang aku tak duga langsung. Romantik betul naik feri waktu malam. Aku dapat tengok lampu-lampu berkelipan di serata Penang.
            `Abang tengok tu, cantik kan? Katanya sambil menuding ke arah suatu tempat yang dipenuhi lampu berwarna-warni. Aku pun tak pasti kat mana tempat tu sebab nampak lampu je.
            `A’ah memang cantik, tapi Ira lagi cantik,’ Alamak bila masa aku jadi mat bunga ni?
            `Abang ni nakal tau. Sejak bila Abang belajar bodek-bodek orang ni?’ katanya sambil tersenyum malu.
            `Mana ada belajar, ni bakat semulajadi. Saje je tak nak tunjuk kat Ira,’ Balasku sambil buat muka perasan bagus.
            `Oooo mesti Abang ni Playboy dulu kan?’ Kan dah kena. Ira ni memang tak boleh buat main-main. Aku ni dia kata playboy? Awek pun baru dapat tahun ni.
            `Ish tak baik tuduh Abang macam tu. Abang ni dalam kategori lelaki setia tau. Kalau tak caye tanya Abang.hehe,’ dia turut sama gelak. Gembira betul rasanya.
            `Abang cantik kan bulan malam ni, bulan mengambang penuh,’ Aku memandang bulan di atas. Memang cantik sampai bayangnya boleh tengok dalam air.
            `Tadi abang nak bawa Ira ke Bulan, Ira cakap tak nak,’ Aku cuba menyakatnya lagi.
            `Abang ni, kat bulan tu tak cantik. Tengok dari jauh je cantik,’ tiba-tiba satu cubitan manja hinggap di lenganku. Aku yang terkejut tiba-tiba menjerit sampai menarik perhatian penumpang lain. Malu siot...
            `Sakit la Ira,’ aku buat-buat muka sedih sambil membelek-belek bekas cubitan Ira kat lengan aku.
            `Haa padan muka. Lain kali buat la lagi,’ balasnya kembali dengan senyuman.
            `Yela-yela. Ira pandang sini jap,’ Inilah masanya.
            `Kenapa?’ Ira memandangku dengan penuh kehairanan.
            `Sudi tak Ira jadi permaisuri hidup Abang untuk selama-lamanya....? Dia kelihatan terkejut. Agak ternganga mulutnya. Mungkin dia tak menyangka aku akan tiba-tiba melamarnya malam ni. Aku berdebar-debar menanti jawapan darinya. Macam budak sekolah tunggu result SPM keluar je rasanya.
            `Emm..’ dia mengangguk sambil tersenyum lebar. Aku rasa ni senyuman dia yang paling manis pernah aku tengok. Gembira bukan kepalang rasanya. Lega macam dapat langsaikan hutang sejuta. Rasanya nak aje aku peluk dia waktu tu. Tapi agak-agak la kan,ni tempat public.
            Dan dengan itu termeterailah sebuah janji bersaksikan bulan purnama....

Chapter 12

            Episod drama sedih pilu dah habis. Sekarang hati aku lega-seleganya. Aku tak perlu tanya Ira lagi tentang apa yang Yani cakap Hari tu. Dah memang terbukti Ira betul-betul cintakan aku. Kenangan di Penang terpahat kukuh dihatiku. Bila aku tegok balik gambar-gambar yang kami tangkap hari tu, aku rasa macam nak ulang sekali lagi je. Ingat lepas ni nak ajak Ira melancong kat Langkawi pulak. Tapi bajet tak cukup la. Tangguh untuk semester depan la.
            Plan aku berjalan lancar. Aku sebenarnya ajak Ira pergi trip sehari ke Penang untuk memastikan dia ada boyfriend lain ke tak. Kalau ada mestilah dia akan hubungi Ira pada hari tu. Paling kurang pun sekali sehari. Tapi hari tu  tak sekali tu handphone Ira berbunyi. Aku bersama dengan dia dari pukul 7pagi sampai 12malam. Jadi aku anggap dia memang tak ada orang lain selain aku.
            Lagi satu, layanannya hari tu cukup memuaskan hati. Rasa macam putera raja pun ada. Aku dapat rasakan rasa cintanya padaku. Lebih-lebih lagi time kat bukit bendera. Dia hampir menangis apabila aku sebut tentang mati dan perpisahan. Tu tandanya dia sayangkan aku.
            Dan akhir sekali jawapannya ketika aku melamarnya di atas feri. Semua ni cukup membuktikan yang dia memang cintakan aku. Sekarang aku dapat menepis segala tanggapan-tanggapan buruk aku selama ni. Hari ni aku keluar makan tengahari dengan Ira seperti biasa.
            `Abang, tolong tengokkan beg Ira kejap. Ira nak ke toilet jap.’
            `Okey, take your time my dear.’ Biasalah perempuan. Kejap-kejap mesti nak pergi toilet. Tiba-tiba handphone Ira berbunyi. Bila aku fikir-fikir balik, aku tak pernah pun explore handphone dia. Gerak hati aku tiba-tiba membuak-buak untuk tengok dan explore handphone dia. Tengok ajelah. Lagipun aku bukannya orang lain. Aku ada hak untuk tengok handphone dia. Manalah tahu ada hal penting. Boleh aku inform dia cepat-cepat.
            Dengan penuh debar aku membuka begnya dan mengambil handphone miliknya. Ada 1 mesej baru. From....

  `What the......?’  

Irwansyah&Acha - My Heart

Di sini kau dan aku
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia ku denganmu

Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Disini surga kita

Bila kita mencintai yang lain
Mungkin kah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayang ku akan hilang

If u love somebody
Could we be this strong?
I will fight to win
Our love will conquer all
Wouldn't risk my love
Even just one night
Our love will stay in my heart
My heart
           

Chapter 13

            Peristiwa petang semalam masih segar di ingatanku. Peristiwa yang agak menyesakkan dada dan kepala otak aku ni. Rasanya sukar untuk aku mempercayai apa yang telah berlaku. Namun realiti tak seindah impian. Aku hanya mampu bermimpi, namun realtinya cukup pedih. Dan sekali lagi peristiwa itu menerjah ke fikiranku...

From: AbAnG sAyAnG

-Ira sory sgt2..Abg busy sket mggu lps smpai xsmpt lgsg nk call syg.... nnt mlm ni Abg call,k. Luv u....-

            Apa makna semua ni? Nak kata salah send, dah sah-sah ada nama pengirim. Rasa panik aku seketika. Nak pitam pun ade gak. Apa yang sebenarnya sedang berlaku ni? Nak kata aku tengah bermimpi, rasa sakit pulak bila aku mencubit pipiku ni. Tiba-tiba...
            `Abang buat apa tu,’ rupanya Ira dah ada dibelakangku. Tanpa aku sedari, handphone Ira terlepas dari genggamanku. Tapi nasib baik jatuh atas meja je, jadi tak lah rosak. Ira segera mencapai handphonenya. Aku tengok mukanya mula berubah. Dah tak ada senyuman manis lagi. Yang ada Cuma wajah yang aku tak mampu aku tafsirkan.
            `Apa makna semua ni Ira? Siapa yang hantar mesej tu?’ mana mungkin aku berlagak cool dalam situasi seperti ini lagi? Aku perlu mengetahui jawapannya sekarang jugak untuk mengurangkan debar di dada yang kian membuak-buak.
            Namun jawapan yang aku terima ialah renungan darinya tepat ke arah mukaku. Aku tak mampu meneka apa yang tersirat di hatinya ketika itu. Aku tak pernah lihat ekspresi wajah Ira seperti ini.
            `Maafkan Ira Abang,’ Cuma tiga patah perkataan yang terbit dari mulutnya. Namun jawapan itu dah cukup untuk membuatkan hatiku remuk. Punah segala impian yang aku cipta selama ni. Mengapa semua ni harus berlaku? Namun aku teruskan jugak untuk mendengar penjelasan sepenuhnya darinya.
            `Bagitau Abang apa maksud semua ni Ira,’ aku cuba menahan getar di jiwa. Tatkala ini hanya Tuhan yang tahu betapa hancurnya hatiku.
            `Sebenarnya Ira dah sambung balik dengan ex-boyfriend Ira dulu...’ mudahnya dia berkata-kata. Apakah cintaku ini tiada nilai dimatanya?
            `Habis tu kenapa Ira masih teruskan hubungan kita? Kenapa Ira tak berterus terang dengan Abang dari awal-awal lagi?’ nadaku sedikit meninggi. Namun aku masih cuba untuk menahan segala kemarahanku.
            `Maafkan Ira Abang, Ira tak mampu buat keputusan. Ira sayangkan Abang dan dia. Ira tak tahu mana satu yang harus Ira pilih. Maafkan Ira bang,’ katanya dalam nada sayu. Ada titisan air mata di kelopak matanya. Namun mampukah aku mempercayai air mata itu lagi sedangkan lakonannya sebelum ini sangat hebat sehingga aku tidak mampu melihat rupa sebenarnya. Ikhlaskah dia menyintai ku? Bertubi-tubi soalan menyerang benak fikiranku yang menyebabkan aku hampir tak mampu untuk berfikir lagi. Lalu aku mengambil keputusan yang aku rasa paling wajar iaitu meninggalkan dia tanpa sebarang kata penyudah. Aku tak tahu apa akan terjadi sekiranya aku mendengar keseluruhan ceritanya nanti.
            Kini aku masih termenung sendirinya melihat kipas di bilikku. Inilah kerja yang aku lalukan sejak balik petang semalam. Penat jugak berfikir. Ira berkali-kali cuba menghubungiku. Namun aku tak mampu untuk menjawabnya. Hatiku terasa amat pedih. Kerongkong terasa kering untuk bersuara. Alih-alih aku suruh Midi je jawabkan untuk aku.
            Setelah puas berfikir dan bertanya pendapat Midi, aku kemudiannya membuat satu keputusan yang aku rasakan paling wajar sebagai seorang lelaki sejati....

Chapter 14

            Akhirnya aku mendapat jugak kekuatan untuk bersemuka dengan Ira. Biarlah aku leraikan segala kekusutan yang menghantuiku hari ini juga. Aku sudah penat berfikir, sudah penat termenung dan sudah puas mengeluh. Biarlah aku tamatkan segalanya hari ni. Ira nampaknya tiba lebih awal daripada aku. Mungkin dia juga merasakan tekanan yang aku rasakan sekarang. Dia memakai baju kurung yang pernah dipakainya sewaktu kali pertama aku bertemu dengannya pada minggu orientasi pelajar baru. Pakaian itu membuatku teringat kembali kisahku bertemu seorang bidadari yang kufikir mampu membuatkan hidupku kembali ceria. Namun itu semua kisah lama. Ira yang berdiri di hadapanku sekarang bukanlah bidadari yang pernah kupuja suatu ketika dahulu.
            `Assalamualaikum,’ aku menyapanya. Namun nadaku tidak lagi seperti dulu.
            `Wa’alaikummusalam,’ lemah jugak jawapannya.
            `Ira ape khabar,’ Aku benci betul dengan perasaan ni. Seakan ada suatu penghalang antara aku dengannya.
            `Ira sihat. Abang macamana? Ira nampak Abang macam tak cukup tidur je,’ memang aku tak cukup tidur pun. Bak kata zamani dalam lagunya malamku kesiangan. Macamana nak tidur?
            `Abang tak ade ape-ape lah. Emm tujuan Abang ajak Ira jumpa hari ni untuk jelaskan status hubungan kita,’ aku boleh tengok ada perubahan pada riak wajahnya. Seaakan-akan dia tak sanggup untuk mendengar apa yang aku katakan nanti.
            `Abang dah fikir masak-masak. Abang rasa Abang tak mampu lagi untuk teruskan hubungan yang tak tahu kemana arahnya ni,’ dia masih lagi membisu. Setelah beberapa ketika, dia mula bersuara.
            `Abang dah benci Ira ke?’ soalan yang ringkas. Namun aku tak mampu untuk menjawabnya. Bencikah aku padanya.
            `Ira ambil surat ni. Dalam ni Abang dah jelaskan segalanya,’ aku menyerahkan sekeping surat yang aku karang dari malam hingga ke pagi. Tak tahulah kenapa aku tiba-tiba rajin. Sebab tu jugaklah aku tak tidur semalaman.
            `Abang dah tak nak jumpa Ira lagi ke lepas ni?’ kenapa dia masih terus bermain drama dengan aku? Belum puaskah dia sakitkan hati aku?
            `Abang rasa baik kita jangan jumpa lagi selepas ni, untuk kebaikan kita berdua jugak,’ sebaik sahaja aku menghabiskan ayat itu, aku terus berpaling dan meninggalkannya. Aku tak mampu lagi menahan sebak di dada. Peritnya sebuah perpisahan...
            Ketika aku sedang melintas jalan, tiba-tiba aku terdengar laungan Ira yang memanggil namaku berkali-kali. Ketika aku menoleh, aku ternampak sebuah kereta sedang meluncur laju. Namun Ira tetap berlari ke arahku tanpa menyedari kehadiran kereta itu. Tiba-tiba.... BAM!
            Sekujur tubuh terbaring di atas jalan. Mengapa begini kesudahannya...?

6ixth Sense - Tanpa

Resah yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski pagi itu indah
Tapi akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa...
Cintamu aku resah
Tanpa...
Kasihmu aku hampa
Tanpa....
Dirimu aku mati

Kini berat benar kurasakan
Dalam relung hatiku tanpamu
Aku tak mengerti

Takut aku jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpa menunggu mati
            

No comments: