Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Monday, October 11, 2010

Tiada Lagi Cinta ( Chapter 7 - 10)


Chapter 7

            Perhubungan aku dengan Ira berjalan lancar. Malah kami kerap berjumpa sejak akhir-akhir ini. Kadang-kadang aku rasa hubungan kami dah lebih dari hubungan antara kawan. kami makan bersama, study bersama, malah pergi ke kuliah pun sama-sama jugak. Rasa macam dah couple tapi aku belum menyatakan isi hatiku ini secara terus kepadanya.
            Kawan-kawannya sering mengusik kami sebagai pasangan yang tengah hangat bercinta.Tapi yang peliknya dia tak marah pulak.Dia senyum aje setiap kali menerima usikan dari teman-temannya.Adakah dia juga mempunyai perasaan yang sama macam aku?
            Tapi aku belum betul-betul dengar dari mulut dia.Aku kena pastikan dulu.Manalah tahu aku je yang perasan sorang-sorang.tak ke parah nanti.Tapi macamana aku nak beritahu dia? aku bukan tak berani, cuma aku sayangkan hubungan kami sekarang.Aku takut nanti dia menjauhkan diri dari aku pulak lepas ni. Tak sanggup aku kalau jadi macam tu.
            Tapi aku takde pilihan.Aku kena pastikan jugak status hubungan kami ni. Lebih baik aku dapatkan jawapan sebenar sebelum hati aku ni sayang gile kat dia.Aku tak sanggup nak tanggung risiko tu nanti.tapi macamana cara nak pastikan perasaannya terhadap aku? Parah...Parah... makin aku fikir, makin sesak fikiran aku ni. Alah apa yang
susah.kalu aku tak boleh nak fikir, tanya orang lain jela kan senang. Tapi nak tanya siapa? Banyak betul tapi dalam hidup aku ni....
'Ril apa yang kau fikirkan tu? Dari tadi aku tengok kau tak berkelip mata tu.Macam berat je.'Kemunculan Midi tepat pada masanya.tanya jela Midi ni kan.Walaupun dia tak betul sikit, tapi kadang-kadang otak dia ni boleh harap jugak.
            'Memang berat pun Di,dah tahap masalah negara ni,'aku memulakan bicara.harap-harap dia fahamlah.
            'Tak payah la kau sibuk nak fikirkan masalah negara,biar PM je uruskan.Tugas kita buat masa ni belajar sampai habis dulu.Lepas tu barulah kita berbakti untuk negara,'bersungguh-sungguh midi menerangkan padaku.Dah agak dah.Mangkuk ni memang lembap.
            'Aku bukan cakap pasal masalah negara la,aku cakap pasal masalah aku.'
            'La tadi cakap masalah negara, ni masalah kau pulak.yang mana satu betul ni Ril?' Dia dah buat muka confuse dia dah.Ni yang malas nak cerita kat Midi.
            'Senang cerita, ni masalah aku. Berat tau.sampai aku pun tak tahu macamana nak
selesaikan,'baik aku cakap terang-terang je.
            'Masalah ape ni Ril? Sampai kau pun tak boleh nak settle.Ni mesti tahap masalah negara kan?' yang tu la aku cakap tadi. Sabar ajelah kalau cakap dengan si Midi ni.
            'Segan la aku nak cerita. Masalah perempuan.' Balasku sambil tersengih-sengih.
            'La cakaplah siang-siang.Ingatkan apa sangatlah sampai kau tenung kipas tu macam kena pukau.Biar aku sebagai doktor cinta ni bantu kau.Apa masalahnya?' lebih-lebih la pulak mamat ni.
            'Camni, kau kenal Ira kan? Budak yang aku selalu jumpa tu.'
            'Ya, kenapa dengan dia? kau syok kat dia ek?' Kata Midi dengan senyuman yang agak menyakitkan hati.
            'Lebih kurang camtu la.Masalahnya sekarang macamana aku nak tahu dia suka aku ke tak,' Harap-harap mamat ni ada la penyelesaian.
            'La benda senang macam tu pun kau tak boleh fikir ke Ril? Budak sekolah rendah pun tau la. Kau tanya jela dia.Habis cerita.'
            'Yang tu aku pun tahu,aku nak tahu kalau ada cara lain selain dari tanya terus kat
dia,'tension betul aku dengan budak Midi ni.
            'Haa apakata kau uji dia,'dari raut wajah dia tu macam ada sesuatu yang menakutkan je.
            'Uji macamana? Ujian bertulis ke lisan? hehe,' tiba--tiba aku pulak buat lawak bodoh.
            'Tu ujian final exam. meh sini aku bagitau plan yang baik punya'
            'Oooo camtu, tapi boleh pakai ke plan kau ni? aku sedikit curiga.
            'Alah try la dulu. tak cuba mana nak tahu jadi ke tak....


Chapter 8

            ‘Emm ada apa Abang Aril nak jumpa pagi-pagi jumaat ni? Selalu Abang cakap hari jumaat hari untuk rehat-rehat,’ Adoi segannya. Jumpa je dah kena. Hari ni aku dah fikir masak-masak. Aku kena pastikan perasaannya terhadap. Jadi nak taknak aku kena pakai jugak plan Midi tu sebab aku dah tak mampu nak fikir cara lain.
            `Err sebenarnya Abang ada hal penting nak bagitau Ira.’ Macam tak confident je aku ni. Tapi lantaklah.
            ‘Ni mesti sangat-sangat penting kan? Kalau tak, tak mungkin Abang sanggup korbankan masa tidur Abang ni kan,’ Tak habis-habis dia nak kenakan aku. Dahla gelak lama pulak tu. Tensen gak aku camni.
            ’Ira,  Abang serius ni.’ Aku buat muka serius. Macam tak jadi je plan Midi ni.
            ’Okey-okey Ira minta maaf ek, janganla buat muka macam tu, takut Ira tau,’ Alahai manjanya. Ni yang payah nak marah dia.
            `Tapi Abang harap Ira tak terkejut dengan apa yang Abang bakal bagitau Ira ni. Lagi satu Abang nak Ira janji takkan menangis,’ Cool la pulak aku hari ni. Tiba-tiba aku tengok muka dia terus berubah. Dah takde senyum-senyum macam tadi.
            `Hal apa ni Abang? Kenapa Abang cakap Ira tak boleh menangis?,’ Ada nada kerisauan pada suaranya.
            `Ira janji dulu dengan Abang baru Abang bagitau,’ Aku semakin menambah suspen dihatinya.
            `Okey-okey Ira janji, sekarang Abang bagitau Ira apa sebenarnya yang Abang nak cakap dengan Ira hari ni,’ Ai tak sabar-sabar pulak dia ni.
            `Ira percaya dengan takdir tak?,’ Aku menyoalnya. Mukaku masih lagi serius. Agak susah jugak nak maintain muka camni. Dia nampak macam keliru je.
            `Abang nak cakap apa sebenarnya ni? Ira tak fahamlah,’ dia nampak macam bingung je.
            `Ira tahu kan kita semua akan mati suatu hari nanti? Dan kita jugak tak tahu bila kita akan mati,’ Aku pakai dialog yang Midi buat semalam.
            `Kenapa Abang tiba-tiba cakap pasal mati ni? Abang janganlah nak takutkan Ira macam ni,’ Muka dia memang dah nampak macam nak menangis. Aku belum cakap isi penting lagi ni. Tu baru intro.
            `Sebenarnya hidup Abang dah tak lama. Abang ada penyakit barah otak.Paling lama Abang boleh hidup mungkin tinggal 3 bulan je lagi,’ Aku memberanikan diri untuk menyebut ayat yang amat payah ini.
            Dan jawapan yang aku terima ialah titisan airmatanya. Apa lagi yang aku mampu ucapkan? Apa makna titisan airmata yang mengalir di pipinya itu? Adakah ini bermaksud dia turut menyayangi aku seperti mana aku menyayanginya?
            `Kenapa baru sekarang Abang nak bagitau Ira? Abang tau tak Ira sayang sangat-sangat kat Abang?’ Dalam esakan tangisnya aku dapat mendengar bait-bait tuturnya perlahan. Terkelu lidahku seketika. Tak kusangka kesannya sampai macam ni sekali. Tapi betul ke dia sayangkan aku?
            `Sayang ke cinta?’ Aku tak pasti samada aku patut tanya dia macam tu dalam keadaan sekarang.
            Perlahan-lahan dia mengangkat mukanya yang sedari tadi tertunduk. `Kalau Abang nak tahu, sejak pertama kali kita jumpa dulu, hati Ira dah terpaut pada Abang. Sebab tu Ira bagi nombor telefon Ira kat Abang. Tapi takkan lah Ira nak bagitau Abang? Nanti orang cakap Ira ni macam perigi cari timba pulak,’ dia masih lagi menangis. Namun aku tetap dapat merasakan isi hatinya. Dia memang cintakan aku, bukan simpati.
            `Abang minta maaf banyak-banyak Ira. Abang tak patut buat Ira macam ni,’ Apa lagi nak dikata. Semuanya sudah jelas.
            `Kenapa Abang minta maaf? Abang tak buat salah apa-apa pun,’ Agak susah untuk aku menerangkan. Kalau aku berterus terang, nanti dia marah aku pulak. Silap-silap dia tak nak jumpa aku lagi.
            `Biarlah Abang berterus-terang dengan Ira. Sememangnya Abang pun mempunyai perasaan yang sama macam Ira sejak pertama kali kita bersua. Tapi Abang tak tahu macamana nak bagitau Ira. Abang takut Abang Cuma bertepuk sebelah tangan. Jadi Abang guna cara ni untuk mengetahui perasaan Ira terhadap Abang. Semua yang Abang cakap tadi tak betul. Abang takde pun penyakit barah tu,’ Aku dah bersedia nak menerima apa jua hukuman darinya.
            `Abang ni memang jahat tau,’ Satu tamparan hinggap dibahuku. Agak sakit jugak la. Ganas gak budak ni.
            `Ira ingatkan betul-betul tadi. Ira macam dah nak pitam tadi tau tak?’ Adoi kena marah pulak. Terima ajelah. Sape suruh aku layan plan yang Midi bagi tu.
            `Abang dah tak tahu macamana nak bagitau Ira. Abang takut Ira jauhkan diri dari Abang kalau Abang berterus terang dengan Ira. Abang tak nak kehilangan Ira,’ Macam merayu pulak aku.
            `Betul ke Abang sayangkan Ira?’ Tanyanya padaku. Tapi riak wajahnya macam lain sikit. Tak sedap hati la pulak aku rasa.
            `Betul, Abang memang sayangkan Ira,’ Dah sampai tahap ni, aku kenala hadapi semuanya.
            `Kalau macam tu, Abang kena ukir `ARIL LOVE IRA FOREVER’ kat pokok tu,’ Senyuman kat muka dia nampak menakutkan je. Patut la aku tak sedap hati tadi.
            `Ish mana boleh Ira, tu hak Universiti. Kena saman Abang nanti kalau kantoi dengan Unit Keselamatan. Ni dah kes vandalisme,’ Ada ke patut dia suruh ukir nama? Malu la aku kalau classmate aku nampak.
            `Nampak sangat Abang tak sayang Ira, suruh buat benda simple pun Abang tak sanggup,’ dia dah buat muka sedih pulak. Ni yang lemah.
            `Yelah-yelah Abang buat. Tapi esoklah sebab hari ni Abang tak bawa pisau, macamana nak ukir kalau takde pisau kan?’ berjaya jugak aku dapat alasan untuk mengelak. Dia macam tak puas hati je.
            `Okey, esok pagi-pagi lagi Ira nak Abang datang ukir,’ macam bos pulak dah. Baru beberapa minit couple. Eh dah couple ke aku ni?
            `Ira, kita ni dah kira couple ke? ’ Walaupun nampak cam soalan bodoh, tapi aku terpaksa gak tanya.
            `Abang fikirlah sendiri,’ Tu je jawapan nya beserta senyuman manis. Bagi aku senyuman tu dah cukup sebagai jawapan soalan aku tadi. Terasa dunia seakan diawang-awangan. Patutlah orang cakap couple ni best. Memang best pun. Aku dapat bayangkan hari-hariku yang mendatang diterangi sinar dari bidadariku tersayang...

Data (LY / Baiduri)

Permaisuri

Aku rela hidup dengan mu
Demi bahagia...
Hanya Tuhan bisa memisahkan kita

Di jaga dan lena kukuntum kerinduanku
Untuk mempersembah sayang padamu
Keharuman bunga tak seharumnya cintaku
Istimewa untuk sunting jiwamu

Bermula pandang pertama
Kau utuskan senyum mesra
Aku ingin seribu tahun lagi
Bersamamu...

Kubinakan mu istana
Aku rendakan bahagia
Dengan niat suci
Kaulah permaisuri

Sambutlah cinta abadi
Genggam dan semat di hati
Manisnya asmara
Kekal selamanya
Chapter 9

            Panggilan telefon dari Yani pagi tadi menyebabkan aku dalam keadaan keliru. Penting sangat katanya. Tapi bila aku tanya apa yang penting, dia kata tak boleh cakap pulak. Misteri betul la. Dahla aku tak pernah bagi nombor telefon aku kat dia. Mana dia dapat? Takkan semua budak junior ada nombor aku kot? Kalau betul la, maknanya aku dah popular la sekarang. Tak sia-sia aku korbankan masa cuti untuk jadi fasi dulu. Hehe perasan la pulak.
            Berbalik pada cerita budak Yani tadi, katanya nak jumpa aku hari ni jugak. Ni yang buat aku suspen ni. Kang Ira nampak, cemburu pulak dia nanti. Faham-faham jela orang perempuan kan. Tapi dia tak mungkin nampak sebab dia balik kampung. Emergency case katanya. Aku malas nak tanya lebih-lebih. Kang orang cakap aku kongkong dia pulak.
            Dah dekat 15 minit aku dok menunggu budak Yani tu. Tak muncul-muncul jugak. Ni yang buat aku malas. Asyik aku je yang kena menunggu. Dahla aku paling benci menunggu. Takkan dia bersolek tebal-tebal semata-mata nak jumpa aku kot? Mungkin jugak. Hehe. Tiba-tiba terdengar suaranya menyapa aku dari belakang.
            `Sorry bang, saya ada hal sikit tadi, dah lama ke tunggu,’ dia kelihatan tercungap-cungap. Mungkin dia berlari kot tadi.
            `Eh takdela lama mana, ada la dekat 3hari,’ aku cuba membuat lawak. Ternyata lawak aku menjadi sebab aku tengok dia ketawa.
            `Abang Aril ni mengarut je, baru pagi tadi Yani call Abang kan?’ dia masih lagi tersenyum.
            `Yela. Emm ada hal apa yang penting sangat Yani nak jumpa Abang ni? Aku dah malas nak berlengah-lengah sebab dari tadi hati aku asyik berdebar-debar je. Tak tahu la kenapa.
            `Hal ni memang penting. Mula-mula Yani malas nak campur hal Abang dengan Ira, tapi bila Yani fikir-fikir balik, Yani mesti beritahu Abang jugak,’ tiba-tiba nadanya menjadi serius. Hal aku dan Ira? Apa sebenarnya ni? Macam nak meletup rasanya jantung aku ni.
            `Hal apa ni Yani? Macam serius je,’ aku cuba kontrol suaraku yang dah semakin bergetar.
            `Sebelum tu Yani nak tanya, Abang serius ke dengan Ira?’ Apa punya soalan ni? Kenapa dia tiba-tiba tanya macam ni? Salah ke ank bercinta dengan Ira.
            `Yani, Abang betul-betul sayangkan Ira. Abang ikhlas cintakan dia. Kenapa Yani tanya macam ni? Boleh jelaskan biar terang tak? Abang dah confuse ni,’ aku sudah semakin tidak sabar.
            `Abang yakin ke Ira betul-betul sayangkan Abang? Soalan maut lagi. Yani ni nak bunuh aku ke? Kenapa dia nak buat aku macam ni.
            `Yani, boleh tak jangan berbelit-belit macam ni? Cakap je apa yang Yani nak cakap,’ aku sudah tak dapat menahan sabar.
            `Baiklah. Biar Yani terus terang. Abang tahu kan Yani kawan dengan Ira sejak sekolah lagi kan? Banyak betul la soalan budak ni. Cakap jela terus. Disebabkan malas nak menjawab aku mengangguk je.
            `kami memang rapat sejak dulu lagi. Segala rahsia dia, ada pada Yani. Tak ada apa yang kami selindungkan. Abang tahu tak Ira ada boyfriend sebelum dia masuk U ni? Terasa semacam panah menusuk jantungku. Biar betul?
            `Sebulan sebelum dia masuk U, diorang dah clash. Tapi yang Yani bimbangkan ialah sebab diorang dah couple lama. Dekat 3tahun jugak la. Diorang clash pun sebab lelaki tu yang curang. Walaupun Ira cakap dia dah lupakan lelaki tu, tapi Yani yakin dia masih sayangkan lelaki tu. Baru-baru ni Ira cakap lelaki tu cuba hubungi dia. Dia nak sambung balik,’ panjang lebar penerangan yani. Namun aku dah terkaku. Seakan dunia esok telah tiada.
            `Yani bukan nak susahkan Abang. Yani pun serba-salah sebab Abang dengan Ira, dua-dua pun kawan Yani. Yani sebenarnya gembira bila Abang cople dengan Ira sebab Yani dapat rasa Abang ni baik dan takkan curang seperti bekas kekasihnya. Tapi hati manusia tak siapa boleh duga bang. Yani Cuma harap Abang dapat fikir masak-masak. Pastikan Ira betul-betul cintakan Abang. Kalau tidak Abang jugak yang akan terluka nanti...
            Aku cuma mampu mengangguk lemah. Tiada sepatah kata mampu aku keluarkan. Yani pun faham dengan keadaanku. Dia banyak memberi kata-kata semangat buatku.
            Malam itu sekali lagi  aku merenung kipas yang berpusing. Fikiranku melayang entah kemana. Resahku tidak jua hilang. Puas sudah aku cuba melelapkan mata. Namun mata ini tetap segar. Bermacam-macam perkara buruk aku fikirkan. Bagaimana kalau apa yang Yani cakap tadi betul? Lagipun tak ada sebab dia nak tipu aku. Tak ada faedahnya. Adakah Ira balik kampung untu berjumpa semula dengan bekas kekasihnya. Adoi kust aku dibuatnya. Kenapalah susah sangat nak dapat kebahagiaan? Baru je aku bermimpikan pelangi indah, mengapa tiba-tiba ribut melanda? Huh......

Chapter 10

            Sekali lagi masalah melanda. Betullah kata orang, kalau bercinta ni tak sah kalau tak ada masalah. Resah betul aku. Kalau betul apa yang Yani cakap tu macamana? Takkan aku nak diamkan je masalah ni? Sampai bila-bila pun tak akan settle. Aku kena fikir kan jugak macamana nak buktikan yang Ira betul-betul sayangkan aku. Nak tanya direct, aku tak berani pulak. Takut tersalah cakap, cinta entah kemana, Ira  entah kemana. Pening aku dibuatnya. Nak tanya Midi, aku segan pulak. Asyik susahkan dia je. Nak tanya nabil, kang dia cakap lu pikir la sendiri pulak. Huh....
            Dan hari ni aku dah jumpa cara penyelesaiannya. Aku dah fikir masak-masak. Apa nak jadi, jadilah. Asalkan aku dapat tidur lena lepas ni.
            `Eh Ira cuba tengok iklan ni,’ aku berlakon je. Padahal dua hari lepas aku dah perasan iklan ni.
            `Iklan apa Bang, menarik ke? Selalu Abang buat tak nampak je iklan-iklan ni,’ amboi-amboi sempat lagi ngata aku tu.
            `Ni iklan trip sehari ke Penang. Jom kita pergi sana, nak?’ mintak-mintak la dia setuju. Ni je plan yang aku dapat fikirkan.
            `Ai kenapa Abang tiba-tiba minat nak jalan-jalan kat penang ni?’ banyak soal pulak dia ni.
            `Ala apa salahnya. Lagipun kita tak pernah pergi jalan-jalan jauh sikit. Asyik lepak kat Alor Setar je bosan jugak. Murah je ni.Jom la sayang,’ Ayat kena power beb.
            `Yela-yela. Sehari je kan?’ macam tak sudi je.
            `A’ah sehari je. Bertolak pagi, malam balik la. Ira ada hal ke sabtu ni? Tiba-tiba aku rasa cemas pulak. Selalu rilek je. Ni Yani punya pasal la.
            `Tak de apa la. Ira setuju je. Ira pun dah lama tak jalan-jalan kat Penang,’ jawapan beserta senyuman. Kalau dulu mungkin aku dah melompat kegembiraan, tapi sekarang aku tak dapat nak tafsirkan senyuman itu. Ikhlas ke dia? Sukar bak digambarkan perasaan aku sekarang. Gembira pun ada, takut pun ada jugak. Semuanya bercampur baur menjadi suatu perasaan yang menyesakkan dada. Tapi aku tabahkan hati jugak. Sabtu ni akan menentukan segalanya. Aku hanya mampu berserah. Andai tiada jodoh antara aku dengannya, apa yang boleh aku buat. Tuhan dah tentukan segalanya. Aku sebagai hamba hanya mampu berdoa agar dikurniakan kekuatan untuk aku menghadapi segala dugaan dari-Nya.
            Berbalik pada plan aku tadi, step pertama dah beres. Dia dah setuju. Tunggu step kedua bila masa nak bertolak ke penang nanti. Aku akan pastikan sedalam mana perasaan cintanya padaku biarpun aku harus terjun dari jambatan Pulau Pinang tu. Eh biar betul aku ni....?

Dinamik

Biar Putih Tulang

Langkah terhenti
Degup jantung berderai
Terus menanti seribu tahun lagi
Rela aku begini dalam suasana yg sepi
Walau tersembuyi di malam gelap gelita

Mendung hadiri bumbung telah kubina
Yakin diriku tahu engkau menjelma
Terbakar dalam hujan
Mustahil bagi diriku
Banjir dalam kemarau
Takdir yang akan memastikan

Hajat di hatiku ingin mencapai bintang
Biar beribu batu
Daya aku tak mampu

Patah pujangga biar putih tulang
Jangan putih mata dan kecewa
Biar pun hilang kemana pun jua
Namun semangat ku tetap bersamamu




No comments: