Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Monday, November 1, 2010

Juaro Milik Kito...

AMARAN: ENTRI INI MUNGKIN MENYAKITKAN HATI SESETENGAH PIHAK. DIHARAP FANS N9 TIDAK MEMBACA KERANA IA MUNGKIN MENYEBABKAN ANDA MENYEPAK BARANG2 DIHADAPAN ANDA. HARAP MAAF.

Kawe malah nok kecek banyok, semo ore tau belako doh, The Red Warriors jadi JUARO PIALO MALAYSIA 2010 sekaligus mencipta sejarah pertamo kali Kelate jadi juaro. Tahniah la... player2 kelate semo kemah-keming belako..biso-biso belako (walaupun 1st half napo nerves sikik).

Sesungguhnya perjalanan ke Final bukanlah mudah. Banyak dugaan dari pihak-pihak yang cuba menjatuhkan kelate seperti semua yang dilakukan oleh kelate serba tak kena dimata mereka. Tidakkah mereka sedar Fan2 kelate (yg dikatakan ganas dan sangat fanatik) yang telah menaikkan semua bolasepak malaysia? kerana kami satu-satunya kelab penyokong yang sentiasa membanjiri stadium tak kira di SSM4 ataupun luar kelate. Tindakan pihak2 tersebut sebenarnya nak membunuh bolasepak malaysia.

Berbalik kepada game final semalam, kunalan layak digelar pelakon terbaik.setiap kali game N9, mung nok jatuh di kotak penalti. taktik murahan sunggoh la..ciss... Kepada ref (yg konon2 world class) nampak sangat la berat sebelah. bila player kelate jatuh, buat2 tak nampak je. kalo N9 jatuh sikit je ko nak tiup wisel...ciss lagi... pastu ade plak desas-desus kelate menang sebab aidil injured, abis player N9 lain takde kaki ke? takleh nak defend? defend kelate azizi pun takde la..tapi ade lagi player lain yang boleh defend...

Bagi aku, kelate memang menang bergaya. menang atas usaha yang sangat gigih sebab ref yang berat sebelah tu memang takkan bagi can kelate nak menang.. tengok je chanturu kena tolak kuat gile kat kotak penalti, tap dia biar je...aku sangat2 puas ati dengan game semlam... Piya, ko memang hero, Hai-O, dah tebus balik kemenangan, Khairul fahmi, goalkeeper ade class...

Apapun aku bersyukur pada Allah kerana memberi kejayaan ini kepada kami pihak yang teraniaya. Kebenaran terserlah jua akhirnya...aku rasa nak menangis pon ade (tengok bola pun tetap sentimental..haha) jumpa lagi bola musim taun depan plak...semoga momentum ini dapat terus dikekalkan...


"...Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo..."


 



 

No comments: