Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Sunday, January 9, 2011

L for Love, L for Lie

Entri ini bukanlah mengenai lagu Rihanna LOVE the way you LIE, coz i never LOVE the way you LIE.

" Saya tipu awak sebab saya sayangkan awak, saya taknak awak terluka"

Boleh terima ke alasan camni? Sape yang tak sakit hati atau terluka bila dapat tahu kena tipu? Ianya akan lebih sakit bila dapat tahu kita ditipu daripada tahu kebenarannya dari awal. Malah mungkin kesakitan itu berganda-ganda jadinya. Lalu siapa perlu dipersalahkan? Mestila orang yang menipu tu bersalah. Tapi kalau dia tipu untuk kebaikan kita plak camne?

Seringkali dalam setiap perhubungan, kita mengharapkan yang terbaik. kasih setulus ikhlas, jujur dan setia sepenuh hati. Namun siapa mampu menduga hati manusia? Hati manusia sering berubah. Hati manusia mudah tersentuh, mudah jua melupakan, dan mudah juga menjadi alpa. Bila masuk bab tipu-menipu, ianya tetap sukar untuk ditafsirkan kenapa. Seribu alasan mungkin hadir untuk menutup sebuah penipuan. Seribu alasan boleh diberi, namun siapa dapat menipu hati sendiri? Sedikit sebanyak pasti terkesan dihati bila menipu.

Lebih memeritkan bila menipu sekeping hati yang tulus, mengharapkan balasan cinta yang ikhlas, namun hanya kepuraan yang diberi. Adilkah situasi ini padanya? mampukah dia menahan diri tatkala mengetahui kebenarannya? Pasti ia suatu yang sukar, bahkan mungkin membawa impak yang buruk padanya. Lalu mampukah si penipu bertanggungjawab?



It's better to know the truth even it's hurts...


Azwan: "me" from 4 years ago...

4 comments:

Miss Izah Mohamed said...

berkata benarlah walau sepatah kata.. klu kebenaran tu akan mbuatkan org perit, teruskan.. better perit skrg dr rase perit selepas tu.. mmg bgnda2 peritnya

Azwan Aziz said...

Btol 2 miss izah...

Unknown said...

kisah lama tak pyah la duk ingt2 lg jo.buat sesak jiwa jek

Azwan Aziz said...

Bukan nak ingat, tapi teringat...hehe