Thursday, January 20, 2011

Andai mampu kumiliki

Selepas aku melawat blog SoMe FueL FoR YoUr EnGiNe , tiba-tiba aku terasa nak menulis sesuatu pasal kereta

Selepas aku berjaya mendapat lesen kereta dan motosikal sekaligus pada umur 18 tahun, aku mula berjinak-jinak dalam dunia permotoran ni. Mas tu jugakla aku curi-curi drive kereta Abah aku. Disebabkan Abah aku bimbang aku calarkan atau kemekkan keretanya, maka dia pun belikan sebuah kereta Datsun 120y untuk aku. Kalau eksiden pun tak kisah sangat sebab kereta memang dah buruk pun katanya. Aku yang tengah gila nak drive masa tu layankan je walaupun kereta buruk. Asalkan boleh jalan. Sementara menunggu untuk masuk matrik, banyak kali jugak aku bawak kereta tu jalan-jalan bersama kawan-kawan yang sama-sama takde keje masa tu. *haha*.

Bila aku dah meningkat dewasa (kereta Datsun tu pun dah dijual), aku mula mengenali banyak kereta-kereta yang hebat-hebat di dunia. Walaupun kereta-kereta buatan Eropah seperti BMW dan Mercedes nampak hebat, namun aku lebih berminat pada kereta buatan Jepun. Salah satu kereta yang aku minat ialah Mazda RX-7. Aku jumpa kereta ni masa layan anime Initial D. Kereta ni memang sangat memikat, walaupun aku hanya tengok dalam versi kartun je.huhu. Syamsul Yusoff bakar je sebijik RX-7 ni dalam Evolusi KL Drift 2.huhu

Cun kan???
.
Selain kereta ni, aku jugak sangatla meleleh air liur bila terpandang Nissan Skyline R34.  Kereta ni pun ada dalam anime Initial D jugak. Bila tengok aje rekaannya yang menggerunkan, pasti orang yang drive kereta ni nampak sangat cool dan hebat.hehe.

Nampak garang dan kebal

Namun dalam realiti hari ni, aku rasa tak sesuai la kalau bawak kereta ni. Dengan keadaan jalan kat Malaysia yang banyak lubang ni, bikin rosak je kalau beli kereta mahal-mahal. Tapi aku tetap berhajat untuk beli kereta ni. Honda Civic Type-R.hehe







Ni semua angan-angan aku jela buat masa sekarang sebab nak bayar down payment Saga BLM pun belum tentu aku mampu.hee


Aku: Apa guna kereta power kalau speed limit 60Kmj je...haha

9 comments:

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

Nissan skyline sangat cooooollll........

Azwan Aziz said...

hanim: sgt cool kn? tapi xmampu nk beli..huhu

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

ye lor, hanya mampu tengok je..

Cik Ila said...

eeeee...cantiknye kereta2 ni..memikat hati...

Na Ima Aim said...

note last ko ckp kat sape, keta ape? bkn aku kan.huhu.jamm manjang weh.ape bleh buat...

Azwan Aziz said...

cik ila: mmg memikat hati..harganya juga memikat...hehe

naima:bukan kt ko la.. aku tensen sebab byk kali kena speedtrap... dh beratus duit aku melayang..huhu

aleen aiden said...

halin da 20lebey xbuat lesen lagi ape citer.arghh!jeles!hu3

Azwan Aziz said...

aleen: xde lesen lagi ke? segera la gi wat lesen.. jgn drive kalo xde lesen..nnt kena saman..hehe

MoneyMakerGroup said...

Golf gti best gak...