Friday, January 28, 2011

Ada Apa Dengan Persaingan?

"...Seriously aku tak suka persaingan..."

Walaupun ayat diatas berbunyi seperti kata-kata seorang loser, namun perlukah aku kesah dengan tanggapan orang lain? haha. Sedari kecik, aku memang jenis yang agak pendiam. Kalau ada yang nak berebut sesuatu, memang aku bagi je tanpa memberi sebarang tentangan.Sebabnya? aku malas nak pikir banyak. Buat sesak otak aku je. Daripada aku bersaing untuk merebut satu benda, baik aku cari sesuatu yang sama nilai ataupun lebih bernilai.

Persaingan melibatkan tenaga. Aku paling malas nak keluarkan tenaga aku untuk perkara yang remeh temeh. Bukan aku mudah mengalah, cuma malas nak tambah masalah. Walaupun aku dah expert bab stress management, namun kepala otak aku tetap gagal berfungsi sepenuhnya andai aku mengalami stress. Baik aku jauhkan diri dari sebarang masalah-masalah yang membawa stress padaku..

"Takkan lu nak lepaskan macam tu je bro? Tak sayang ke?"

Sayang memangla sayang, tapi kalau dah buat sesak kepala otak, takde gunanya jugak kan? Dia ada mata, dia ada otak.. Dia boleh nampak aku siapa, dia boleh pikir seberapa baguskah aku...kalau aku dah tak cukup bagus dimatanya, takkan aku nak merayu-rayu.. gua bukan mat leleh nak merayu-rayu ni...

"BMW : Best Man Win"

Memang betol, tapi kalau dia dah nampak yang tu best dimatanya, takkan aku nak kemukan hujah bahawa aku the best? siapa aku untuk bagi markah dan katakan aku the best? Biasala kalau dah cantik, pasti ramai yang tengok, ramai yang berkenan. Dalam aspek BMW ni yang paling penting effort dan bagaimana kriteria yang boleh dikatakan BEST. Meskipun ada yang kata akulah the best, tapi kalau dia nampak yang lain the best, apa aku nak buat? 

"Macamana Lu nak bisnes kalau malas nak bersaing?Lingkup la lu bro kalau asik mengalah je..."

Ye, dalam bisnes semuanya perlu bersaing, perlu berebut. Sampai ada yang main bomoh semata-mata nak bagi laris bisnes dan lingkupkan pesaing. Tapi pada aku, semuanya terserah pada kita. Andai kita bagi servis bagus, produj bagus, pasti customer puas hati. Tak payah promosi pun dia pasti datang lagi. 

"Tapi persaingan pun ada yang sihat bro..contohnya bersaing nak dapat no 1 dalam kelas.."

Iyala tu. memang sihat pun.. kalau dah sihat sangat kenapa mesti bersaing? bila dah nama bersaing, mesti wujud elemen bertanding, elemen nak jadi no 1, elemen pentingkan diri, elemen hasad dengki.. jadi sihat lagi ke tu? lainla kalau persaingan lumba lari..memang sihat la sebab berlari...haha..

Ni pandangan personal aku. harap maaf andai ada yang tak setuju. aku cuma manusia biasa...

So Troublesome....

Gua Tak Emo, Gua Kecewa Je...

x

4 comments:

Luffy said...

hidup memang kejam! kejam memang hidup!




#ehsamelah

Cik Ila said...

mengalah tak bererti kalah..
sbnrnya kita dh menang bila mengalah tu,kite menang sabar...
kdg2 hidup kena redha juga...:)

Azwan Aziz said...

luffy: lu punya bahasa mcm lan bagero la..haha

cik ila:kdg2 xsbr jgk... cmnila jdnya...hehe.. redha dengan ketentuan Ilahi..

faiz said...

kie mesti cuba sedaya-upaya besaing ngan org lain..