Saturday, January 8, 2011

Bang, ade jersi KFCM tak?

Disebabkan demam Piala Suzuki masih ada, dan demam Liga M bakal bermula, maka adik aku mengajak aku ke suatu tempat yang penuh dengan jualan jersi segala jenis pasukan yang glamer-glamer di dunia ni. Maka aku pun tanpa berfikir panjang terus setuju untuk mengikut beliau. Salah sorang sepupu aku turut serta dalam perjalanan mencari jersi nih.Nasib baik jugak sebab cuaca hari tu agak baik dari hari-hari sebelumnya.
Tempat yang aku maksudkan ialah Rantau Panjang. Bagi orang kelate, sure la tau tempat ni yang juga merupakan sempadan Kelate- Thailand. Tempat ni memang terkenal dengan barang-barang murah sebab duty-free.Macam-macam barang ade, daripada baju-baju, pinggan mangkuk sampaila ke hiasan pengantin pun ada jugak. Harga plak berbeza untuk setiap pelanggan. Bergantung pada kehebatan skill seseorang itu untuk tawar-menawar harga. Kadang-kadang boleh dapat sampai separuh dari harga asal.

Berbalik pada tujuan asal aku, aku nak cari jersi Malaysia.Maklumla pasukan Harimau Malaya kan tengah glamer sekarang.haha. Kami pun masuk ke sebuah kedai.

"Abe, jersi Malaysia ado dok? (Abang, jersi Malaysia ade tak?)" Tanya adik aku pada brader tuan kedai tu.

"Abih stok dik, loni laku jersi malaysia.(abis stok dik, sekarang ni laku jersi malaysia). Balas brader tu.

Adeh abis stok la pulak.Tak sangka aku populariti pasukan Malaysia dah meningkat sampai jersi pun dah habis stok.lalu kami pun ke kedai seterusnya. Agak sukar jugak la nak cari. nasib baik ade kat sebuah kedai yang dimiliki oleh seorang awek tomboy. Mungkin sebab kedai dia kat hujung sket, maka tak ramai yang datang. Kami memang bertuah, bukan aje dapat beli jersi malaysia, malah jumpa ngan awek Thai yang cun tahap artis Thai..(apekebende aku tulis ni?haha). 

sedang memilih yang mana berkenan dihati

Tiba-tiba aku bergurau dengan awek tomboy tu dengan bertanya " jersi keeper ade tak? saya minat betol ngn keeper malaysia si khairul fahmi tu"dia gelak je bila aku tanya camtu . manala ada jual jersi keeper.. kalo nak jugak kena mintak ngan apek la..haha


Macam-macam ada!

Kreatif tak restoran ni?

Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.Kami pun segera berambus dari situ sebab takut-takut terjadi banjir plak.kang takleh balik jadi leceh plak...


Tak sabar nak beli jersi baru The Red Warriors...hehe
Credit to www.userun.net
Azwan: Harap-harap TRW terus mara tahun ni...

No comments: