Tuesday, January 11, 2011

I'm not Perfect, but I used to be a Prefect

Pieces of my Memories

Location: SK Ismail Petra 1
Year: 1996-1998 (Standard 4-6)


Semuanya bermula pada penghujung tahun 96.Masa tu aku darjah 4. Lepas je dapat result exam akhir tahun, Arwah Cikgu Hasnah tanya aku samada aku minat tak untuk jadi pengawas bagi sessi tahun depan dan seterusnya. Masa tu aku agak pemalas sket, tapi result aku paling ok dalam class tu. Aku pun berfikir sejenak. Jadi pengawas ni mesti leceh, kena datang awal, kena jadi skema, kena buat macam-macam kerja pulak. Aku yang agak pemalu masa tu memang taknak jadi pengawas ni. Tapi bila aku pandang je muka Arwah, aku jadi macam sukar untuk katakan tidak pada tawaran tu, lalu aku setuju jela.

Bila naik darjah 5, aku dapat naik class no 1 sebab result ok. Maka bermula la tugas aku sebagai pengawas. Masa tu jugakla aku start pakai tie sampaila masuk U. Aku dapat tugas paling senang. Tunggu loceng berbunyi pastu ambik nama student yang datang lambat. kalau time perhimpunan plak, aku lepak je kat belakang. Rupanya rilek jugak jadi pengawas ni. Dahla terlepas kalo ade spot-check sebab kami pengawas ni la yang tolong selongkar barang-barang student lain. haha.

Namun suatu hari aku terkena jugak. Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah nasib aku masa cikgu buat spot-check rambut budak-budak lelaki. Ingatkan aku terlepas, tapi aku pun kena jugak potong rambut oleh cikgu disiplin yang baru masuk skolah aku tu. ceh.

Naik darjah 6, aku dapat tugas lain. Kena jaga class budak darjah 5. Pagi-pagi kena lepak class dorang, pastu suruh dorang bersihkan kelas dengan kawasan dekat-dekat class dorang. Tapi yang hampehnya aku dapat class budak paling nakal. Dahla pasangan aku pun pengawas lelaki jugak. Pengawas lain dapat pasangan lelaki-perempuan untuk jaga 1 class. Tak semangat betul aku jadinya.huhu.

Arwah Cikgu Hasnah... (aku yg sedang posing ala2 model tu.haha)
Walaupun seseorang itu PREFECT, namun dia pun tak mungkin terlepas dari buat silap sebab manusia ni memang tak PERFECT...


Azwan: Al-Fatihah untuk Arwah Cikgu Hasnah...

x

2 comments:

-JuvItArs- said...

salam bro.. arwah cg hasnah ni ajar bm ke?? asl die mnggl ek?

aku rs mcm prnh nmpk je cg ni.. myb cg skolh aku jgk..tp aku tk bljr ngn dia..

Azwan Aziz said...

aah dia ngaja BM...

dia meninggal sebab sakit diabetis kot.. x ingt sgt.. dh lama jgk.. taun 2006 or 07..