Tuesday, January 4, 2011

Pieces of my Memories: Study di Bangunan tak Siap!

Location: MJSC Kota Putra
Year: 2002 (Form 4)

" Saya takleh study awal-awal, nanti saya lupa"

Itulah antara prinsip yang aku dan geng aku pegang zaman sekolah dulu (sampai masuk U kot..haha). Padahal ia sekadar alasan malas nak study sebenarnya.hehe. (Kepada yang masih study, sila jangan ikut prinsip diatas,hee).

Disebabkan prinsip ni la, aku and the geng menghadapi masalah besar time nak exam. Masa tu tiba-tiba je warden asrama jadi strict. Dulu ok je kalo lampu tak tutup sampai pagi pun, tapi tiba-tiba dia suruh lights off pukul 11.30. Disebabkan kami ni jenis study last minute, maka haru la kami seketika. Nak buat camne ni? study tak abis lagi, tapi lampu dah kena off? aku bukannya ada mata laser macam superman. Arghhh!!!

Tiba-tiba salah sorang member aku bagi cadangan, "apakata kita study kat bangunan tak siap tu...?" sambil menunjukkan kearah bangunan asrama budak junior yang tak siap lagi.Disebabkan dah takde pilihan lain, maka kami pun setuju dengan cadangan yang macam kurang masuk akal tu sebab sekarang dah pukul 12tengah malam, bukan tengahari.

Berbekalkan semangat all 4 one, one 4 all, maka kami pun menyusup masuk ke bangunan yang dah nak hampir siap tu.Bangunan tu ade 4 tingkat rasanya. Kami naik sampai tingkat 2 je. Mula-mula melangkah masuk pun aku dah seram. Gila betol la keje ni. Aku rasa muka masing-masing memang dah cuak, namun disebabkan dalam gelap, maka tak perasan sangat la.

Bila dah sampai tempat yang dituju, maka kitorang pun mula la study dengan berbekalkan lampu suluh. Dah mcam zaman jepun pulak rasanya.haha. Namun tiba-tiba kami diganggu makhluk halus. Memang sangat mengganggu perhatian kami. Lama kelamaan kami pun tak tahan dengan gangguan makhluk halus tersebut. Lalu kami pun membuat keputusan untuk balik semula ke bilik sebab memang tak tahan dengan gangguan makhluk tersebut yang membuatkan kami menjadi gatal-gatal.

"Celaka punya nyamuk!" kata salah sorang member aku yang bengang dengan makhluk tersebut.haha.

Bila dah sampai bilik masing-masing, kitorang terus je tido. Esoknya kitorang jawab exam cam biasa. Result tak payah tanya la berapa. Hahaha!

Ni la rupa bangunan tu.Tapi yang ni dah siap jadi Aspuri pun..haha


Moral of the story: Study la awal-awal! hahaha

5 comments:

Cik Ila said...

sokong2..
mne leh study awl2..nnti lupa..
cik ila punye trademark pn sama cmtu gk dlu..
pastu pulun la last minute.haha

Azwan Aziz said...

kalo last minute sempat xpela, kalo dh xsempat mmg haru btol...haha

nam5wym said...

hahaha,
mmg tu 1 penyakit study awal, but at least leh jupe makhluk halus tu,,, cerammm!

rose sensei said...

hahah..tp mmg best la blaja last minit..lagi best kalu buat esaimen last minutes cm zaman uni dulu...sbb, time last minute tu la..esaimen ade yg gempak gilerr...

Azwan Aziz said...

nam5wym: memang seram...hahaha

cikgurose: esaimen last min mmg gempak sbb masa tu la idea dtg mcm hujan...hehe