Monday, January 17, 2011

Haruskah diriku menanti keajaiban...?

Hidup tak selalunya indah,
tak selalunya ada pelangi,
kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada.
kadang-kadang... bilamana malapetaka tu datang,
terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo,
rasa macam dah tak mampu nak bangkit,
rasa macam dah tak mampu nak hela nafas..

-rooftop rant by hlovate-


Kalau nak diikutkan, dah banyak kali aku mengeluh.bukan diri ini tak tahu nak bersyukur, malah aku amat2 bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. tapi kadang2 bila berfikir tentang masa depan yang masih kelam tak bercahaya ni, aku jadi tak tentu arah. seringkali aku berharap sesuatu yang susah untuk dimengertikan oleh orang sekeliling. aku manusia biasa, aku punyai impian, aku punyai harapan. Tipulah kalau aku kata aku langsung tak jealous dengan kawan2 yang dah punyai sesuatu yang dapat mereka banggakan. malah sentiasa aku bayangkan aku dah ketinggalan jauh ke belakang. masih lagi menoleh masa silam yang bahagia kerana takut untuk hadapi masa hadapan yang belum tentu dapat memberi kebahagiaan yang serupa.

Terkadang aku takut untuk moving forward kerana bimbang tidak mampu untuk menghadapinya. mungkin aku dah termasuk dalam golongan yang takut nak hadapi kenyataaan bilamana hidup tak lagi seindah impian.. reality bites, it hurts more than what people can see...if i have to choose, i will choose to be a kid forever...

Bekas rakan sekerja dulu penah cakap "awak kena keluar dari awak punya comfort zone, try to be more independent.." masa tu aku hanya mengangguk..mengiakan dalam hati tentang sebaris nasihat tu... namun bukan suatu yg mudah untuk berubah.. mungkin aku dah mula hilang keyakinan diri... mungkin juga azwan yang dulu telah terkunci di suatu sudut dan melahirkan the another side of azwan yang tak mampu hidup sendiri...

Seringkali aku berkata kalau... kalau lah aku kaya, kalaulah aku itu dan ini... semuanya angan2 yang indah2 belaka... seolah dunia ini boleh diubah dengan hanya bermimpi...akhirnya aku sedar. realiti bukanlah seperti novel atau movie yang ade happy ending, ia suatu yg unpredictable... sesuatu yang harus aku usahakan agar tercapai hajat dihati...

atau haruskah diriku menanti keajaiban...?


Tak perlu kau berlari
Mengejar impian tak pasti
Hari ini juga mimpi
Maka biarkan ia datang
Di hatimu...









Live well or Live Hell... you choose...

5 comments:

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

everybody has a past. everybody lives a present. and everybody deserves a future-hlovate

Azwan Aziz said...

hanim: minat gak ek hlovate?

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

minat! 1st time baca novel hlovate, terus jatuh cinta.. =)

Azwan Aziz said...

novel mana yg 1st skali baca?

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

semestinya aA+bB.. pastu terus beli yang lain-lain.. =)