Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Sunday, January 30, 2011

Antara Mimpi, Maruah dan Piala Sumbangsih

Makluman: Entri ini mungkin mengguris hati sesetengah pihak. Harap maaf andai ada yang terasa.



Ini semalam punya cerita. Akibat terlalu excited untuk menantikan pertemuan sulung Kelate VS Selangor, aku telah mengalami satu mimpi buruk. Aku bermimpi Kelate telah tewas ditangan Selongor dengan keputusan 2-0. Aku yang tersedar secara tiba-tiba terasa panas hati. Ah mimpi selalunya terbalik, aku cuba menyedapkan hati sendiri.Namun aku tetap tidak tenang kerana rekod permainan Kelate dalam 2,3 perlawanan persahabatan agak buruk.

Malam menjelma jua.Seperti biasa aku akan lepak kat kopitiam sepupu aku bersama sepupu-sepupu yang lain. Walaupun terasa nak ke shah alam, namun terpaksa aku batalkan atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. Tepat jam 8.50 malam, game bermula. Aku dah mula berdebar-debar. Bagi aku ni bukan setakat perlawanan bola, ni perlawanan yang menentukan maruah Kelate. Banyak pihak yang cuba menjatuhkan Kelate disaat kami mula bangkit. Untuk berita penuh mengenai komplot menjatuhkan Kelate boleh tengok kat KelantanFA.com.

Ternyata Kelate bermula garang dengan sokongan beribu lautan merah. Aku pulak rasa jeles sebab tak dapat bersama di stadium untuk bagi sokongan. Dalam minit ke-7 Kelate mendapat sepakan penalti sebab pemain Selangor menjatuhkan pemain Kelate dalam kotak penalti. Sepakan penalti tu mudah disempurnakan oleh Nor Shahrul Idlan yang memberikan gol pertama buat pasukan Kelate. Permainan nampak seimbang sebab Kelate hebat di bahagian pertahanan, manakala Selangor pulak hebat di bahagian serangan. Namun Kelate mendapat peluang sekali lagi untuk menjaringkan gol bila Piya menyempurnakan sepakan percuma terus ke gawang Selangor. Keputusan penuh Kelate menang 2-0..Rupanya mimpi aku betul-betul terbalik.hahaha.

Kelantan akhirnya berjaya membawa pulang Piala Sumbangsih Buat pertama kali. Kemenangan ni memang sangat bermakna buat The Red Warriors dan seluruh rakyat Kelate.Walaupun dilanda pelbagai kontroversi sejak bermula tahun 2011, namun kami tetap dapat buktikan bahawa kami tetap mampu terus hebat, biarpun tanpa pemain hebat yang telah keluar dari pasukan Kelate.

Aku rasa kelakar jugak dengan komen K.Devan (coach selangor). Katanya Kelate dapat gol percuma je malam ni. Memang tak dinafikan kalau menang dengan gol penalti memang la tak glamer. Tapi gol Piya tu bukan senang nak buat. Selangor pun dapat banyak sepakan percuma depan pintu gol. Tapi ada ke yang terus masuk macam Piya? takde kan? dah kalah terima jela..hahaha..Yang lebih kelakar bila tengok muka ketat orang-orang besar yang banyak bantu Selangor dan jatuhkan Kelate bila Kelate diumumkan KELATE JUARA. Kami gelak beramai-ramai kat kopitiam tu. kahkahkah!



Khairul Fahmi aka Apex diumumkan sebagai Man of The Match.. Memang dia patut dapat. Kalau dia takde, banyak jugak la gol selangor dapat.huhu. Tahniah2..


.:. Ingat pesan Tok Guru Nik Aziz: kalau rasa kita dianiaya, berdoa dengan Allah kerana Allah Maha Adil. DIA pasti tunjukkan keadilan, kalau bukan sekarang pun, di akhirat kelak pasti dibalas jua...

1 comment:

merahitujambu said...

insyaALLAH..hanya tuhan tempat kita meminta