Setiap kali terpandang bangunan tinggi dan besar-besar yang tersergam indah, aku pasti kagum. Aku kagum dengan kesungguhan manusia yang menciptanya. Aku kagum dengan keunikan senibinanya. Aku kagum dengan daya tarikannya.
Aku kagum dengan Arkitek yang mampu mencorakkan sebuah binaan yang indah dan unik.
Aku kagum dengan Jurutera yang mampu mengarahkan pembinaan binaan itu.
Namun aku lebih kagum pada Buruh Binaan yang mampu merealisasikan binaan itu daripada sekeping lukisan dari seorang Arkitek. Mereka yang melaksanakannya. Mereka yang mahir dan berani melakukannya. Mereka juga yang membanting tulang di terik matahari untuk menjayakan binaan itu. Tapi siapa yang mendapat nama?
Ya, pasti Arkitek yang mendapat nama atas hasil kesungguhan mereka mencorak sebuah binaan. Juga Jurutera yang penat lelah mengarahkan projek binaan itu. Dan tiada siapa yang akan memberi sedikit penghargaan buat 'Tukang pencipta". Kata mereka, itu sudah menjadi tanggungjawab mereka sebagai pekerja, jadi tiada apa perlu dibangkitkan.
Seharusnya kita sedar, semua ini tak akan terhasil tanpa penat lelah mereka, tanpa kemahiran mereka, tanpa kesungguhan dan keberanian mereka.
Buat semua Buruh Binaan, entri ini khas untuk anda kerana Aku kagum dengan mereka...
11 comments:
kagum dgn ciptaan Tuhan yg anugerahkan akal fikiran yg baik kpd mereka.:)
Btol tu cik ila... semuanya datang dari Dia yang Maha Berkuasa... :)
btol tu. setuju sgt2. kudrat buruh ni kalau kita try buat apa yg diorang buat, mmg xmampu buat punya
Dawa: tu la, kdg2 kita xnmpk jasa orang2 blakang tabir ni..
memang kagum pon..!
x ramai brani kerja tempat tinggi ni..
byk lagi pekerjaan yang org pandang serong..
contohnya.. pekerja kutip sampah..
klo xde mereka.. sape la yang nak buat kerja2 tu..
syafiq: btol tu bro.. aku sendiri pon kdg2 pndg rendah kat org.. tp xsedar akan jasa2 org2 mcm tu...
tau xpe. best gila bila tengok bangunan tinggi2 ni. haisshh.
:) teruja. wow!
Cikgu saya dulu slalu cakap kita kena hargai org yg mcm ne. Pengutip sampah, buruh kasar dll. hehehe..tanpa diorg ne, xadanya bangunan tinggi2 tu, sampah bersepah..
cherish even the smallest things...
it could lead to even greater good...
huhu...
minta izin share link.
thanks
dyah: teruja jugak...hee :)
siti: memang org jarang nmpk jasa2 mereka ni
lyla: so true..hee :)
fahriku: diizinkan...tq.. :)
Post a Comment