Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Wednesday, February 12, 2014

Cliche


cliché or cliche  is an expression, idea, or element of an artistic work which has become overused to the point of losing its original meaning, or effect, and even, to the point of being trite or irritating, especially when at some earlier time it was considered meaningful or novel


Dalam bahasa melayunya Cliche ni bermaksud sesuatu yang digunakan secara berulang sehingga hilang keasliannya. Aku ni suka memerhati. Terkadang aku sanggup lepak sorang-sorang kat shopping complex dan perhatikan gelagat manusia yang lalu-lalang. Aku suka perhatikan trend masayarakat kerana kebanyakan masyarakat di Malaysia suka meniru. Ikut Trend katanya. Tapi bila semua orang lakukan perkara yang sama akan jadi cliche pulak.

Sebagai penggemar novel (walaupun sebenarnya dah agak lama aku tak baca novel disebabkan kekangan masa), aku suka masuk survey kedai buku. Aku ke bahagian novel. Dari pemerhatian aku, kebanyakan novel melayu yang terdapat di pasaran sekarang sangatlah cliche. Dari tajuk dah dapat agak jalan ceritanya. Malah ramai penulis yang suka menggunakan tajuk yang hampir sama. contohnya, Suami Aku Ustaz, Suami aku Playboy, Suami aku Pilot, dan macam-macam jenis suami lagi. Mungkin trend sekarang penerbit mahukan sesuatu yang fresh dan terkini, tapi bagi aku kalau nak bersaing perlulah cari kelainan supaya orang tahu trademark seorang penulis.

Jalan cerita pun cliche jugak. Kebanyakannya berkisarkan kahwin paksa, perkahwinan diaturkan keluarga, hero kaya raya, heroin paling cantik di alam semesta, bergaduh sebab orang ketiga, watak jahat selalu bernasib baik, mak mertua kejam dan banyak kali cliche yang biasa sangat kita tengok dalam drama melayu. Dan banyak jugak scene moden yang keterlaluan antara hubungan lelaki dan wanita. Sampai suatu saat aku terasa bosan untuk baca novel melayu lagi. Satu-satunya penulis yang mampu bagi aku semangat untuk terus baca novel melayu adalah Hlovate. Penulis misteri yang berjaya lari dari cliche novel biasa. Malah banyak pengisian dalam novel-novel tulisan beliau.

Aku bukanlah penulis hebat, sampai ke hari ini aku tak berjaya terbitkan satu novel pun. Aku bagi pendapat dari sudut pembaca. Aku mahukan suatu kelainan yang mampu membuatkan novel-novel melayu diangkat ke peringkat antarabangsa. Terserah pada anda untuk menilainya.

Sekian,




~ awak akan bertemu yang lebih baik (cliche sangat kahkahkah) ~

1 comment:

Shaze Alma said...

Isi yang bagus. Akak suka, dik. :)