Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Saturday, April 19, 2014

Orang Gila dan Bekas Kekasih

Dalam daerah tempat tinggal aku ni, ada seorang orang tak siuman atau bahasa standard orang ramai panggil orang gila. Pada aku dia ni tidaklah gila meracau mengacau orang tak tentu hala, cuma keadaan dia yang tidak terurus sangat seperti orang lain yang biasa-biasa. Aku tak pernah pun tengok dia kacau orang.

Ada satu perkara yang unik pasal dia ni. Sepanjang hampir 12 tahun aku tinggal di sini, mati-mati aku ingat dia ni berjantina perempuan sebab dia memang sentiasa pakai baju kurung (tapi selalu tukar tau) dan rambutnya panjang persis seorang perempuan original. Baru tahun lepas aku mengetahui kebenaran bahawa dia sebenarnya berjantina lelaki. Aku dapat tahu dari sorang akak kat office aku yang kebetulan tinggal di daerah sama dengan aku. Terus aku tepuk dahi selepas mengetahui kebenaran yang aku hampir tidak percaya pada awalnya. Lupa nak cerita dia ni dah tua, dalam 50an kot. Tapi setiap hari dia keluar ke bandar naik basikal. Entah apa tujuannya aku kurang pasti sebab aku jarang mengambil tahu hal masyarakat. Aku serahkan tugas tu pada YB sebab tu memang kerja dia, bukannya muncul dekat-dekat nak mengundi je.


Berbalik pada cerita tadi, pada tahun lepas, ketika aku dalam fasa lovey dovey dengan bekas kekasih aku yang kebetulan jugak sama daerah dengan aku, kitorang selalu sangat bergayut. Kadang sampai 6 jam. Maklumla pakai celcom X2 yang dapat call rate 28sen 10minit, mana nak terasa kan. Macam-macam topik kitorang borak dari topik romantis sampailah ke topik mengarut tahap sampah. Pada suatu malam, entah macamana boleh keluar topik pasal orang gila ni. Disebabkan dia lagi lama menetap kat daerah ni, maka dia lebih mengenali beliau berbanding aku yang baru je pindah dan jarang ada di rumah. Katanya sewaktu sekolah rendah, dia pernah dikejar oleh orang gila tersebut kerana mengejek dan mempermainkan beliau. Orang tak gila pun marah kena ejek inikan pulak orang gila lelaki yang berjiwa perempuan sensitif. Berterabur dia lari pabila kena kejar. Sampai hari ni dia takut mengenangkan peristiwa itu. Aku gelak secara kecil-kecilan kerana takut hatinya terguris. Leceh beb nak memujuk awek ni. Tapi sebenarnya aku memang tak tahan nak gelak. Nakal jugak bekas kekasih aku ni rupanya.

Pagi tadi sewaktu aku dalam perjalanan ke tempat kerja, aku ternampak orang gila tu mengayuh basikal menuju ke bandar. Entah kenapa tidak semena-mena aku teringatkan bekas kekasih aku dulu dan ceritanya dikejar orang gila tersebut. Aku tersenyum pahit.

Apa punya celaka hidup aku tengok orang gila pun boleh teringatkan bekas kekasih?


~ Tu aku belum cerita bab tengok Ironman, boleh pulak teringatkan bekas kekasih kahkahkah~

2 comments:

Cik Puan iLa said...

Saya pulak,ingatkan bekas kekasih bila tiba hari jadi saya,sbb ktorang bufday sama..tahun je lain.Sob3x.

Takpelah,apa2 pun,semua tu kenangan. ;)

Azwan Aziz said...

@Cik Puan iLa: itulah kan, kenangan ni kadang2 muncul saat kita tak jangka pun. Biarlah ia tinggal sebagai kenangan je sebab waktu dahulu memang dah tak boleh nak ubah :)