Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Sunday, January 19, 2014

2014: Sebuah Permulaan

Hari ini, di kedai-kedai kopi, di pejabat-pejabat, di sekolah-sekolah dan tak lupa juga di ruang siber rakyat Kelate sibuk memperkatakan tentang First Match untuk Liga Super bagi musim 2014 semalam. Rata-rata peminat tegar The Red Warriors agak berpuas hati dengan keputusan semalama sebab menang 2-1 menentang Sime Darby FC yang datang berkunjung ke Stadium keramat kami di Kota Bharu.

Dalam puluhan ribu penyokong yang hadir, aku salah seorang antara mereka. Aku awal-awal dah beli tiket kerana aku dah jangka mesti penuh stadium punya untuk first game ni, orang kata sebagai "Pembuka Gelanggang". Secara peribadi aku sangat teruja untuk menyaksikan game kali ni. Pertama sebab ni first game, dah lama sangat rehat semenjak Final Piala Malaysia bulan November tahun lepas. Kedua untuk menyaksikan sendiri kekuatan pasukan Kelantan yang baru kerana untuk musim ini boleh dikatakan 80%adalah muka baru termasuk kembalinya Ghaddar ke bumi Kelate setelah perpindahan besar-besaran pemain musim lepas. Dalam hati aku ada dua rasa teruja dan takut pada masa yang sama. Teruja kerana Forkey Doe menyertai Kelate (dia antara striker yang power bagi aku) dan takut harapan hanya tinggal harapan.


Tahun ni masalah sikit nak ke stadium sebab tempat parking biasa yang aku guna dulu dah ditutup maka aku terpaksa mencari tempat parking yang agak jauh. Demi TRW kugagahi jua. Tahun ini juga aku bertukar partner ke stadium. Dulu aku sering bersama Apih, sepupu aku tapi dia dah berhijrah ke KL demi mencari duit untuk kahwin (haha). Tahun ni aku bersama adik bongsu aku, Azhan yang baru tamat SPM dan sedang menghabiskan beras di rumah. Lepas  Maghrib aku masuk stadium, bola-bola jugak, solat jangan lupa. Hampir 70% tempat dah penuh. Aku duduk tempat biasa. Nasib baik tak ramai yang duduk situ. Sambil tunggu game start aku usha-usha gak penyokong yang datang. Makin ramai pun golongan awek yang datang. Aku sebenarnya tak berapa berkenan kalau kaum awek ni datang. Kalau datang dengan ayah takpe lagi, ni datang dengan balak pulak. Bukannya aku nak jeles, tapi macam tak elok pulak rasanya.

Tiba-tiba datang sorang pakcik duduk sebelah aku bersama cucunya. Aku sempat borak dengan dia. Cucunya tu umur 8 tahun. Ceria je dia datang tengok bola dengan atuk. Aku teringat kat anak saudara aku. Tahun ni dia dah 5 tahun. Kalau dia tak sakit mungkin aku boleh bawak dia sama-sama tengok bola dengan aku. Rasa sebak pulak tiba-tiba. Nasib baik pakcik tu banyak modal nak borak, Dia memang otai punya penyokong. Dah lama dia datang stadium ni. Away game pun dia selalu pergi. Respek aku dengan dia. Bila game start je, kitorang sama-sama analisis game sambil mengutuk sekali sekala haha. Kelate yang bermula garang hampir berputih mata apabila pintu gol dibolosi seawal minit ke-7. Terdiam kami seketika. Maruah This Is Kota Bharu harus dipertahankan apatah lagi ni pembuka tirai 2014. Nasib baik Ghaddar menjadi penyelamat dengan menjaring dua gol termasuk satu gol penalti. Masa penuh Kelate 2 - 1 Sime Darby. Lega sikit rasanya haha. Nak tido pun boleh mimpi indah.

Harapan aku untuk pasukan The Red Warriors agar dapat kekalkan prestasi terbaik. Tunjukkan pada semua bahawa kita masih berbisa walau sedang membentuk pasukan baru. Biarkan kita tetap menjadi salah satu gergasi bola sepak Malaysia.

#GomoKelateGomo
#SelamanyaTheRedWarriors



~ Bangkitlah Wira Merahku, Kelate sampai Mati ~

No comments: