Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, April 24, 2014

Pesta Buku Punya Cerita

Semasa aku dalam perjalanan ke Bank petang tadi, aku merasa agak hairan kerana tiba-tiba macam ramai orang dekat area Padang Perdana. Aku menjangkakan ada Sukan Rakyat ataupun Hari Sukaneka antara Sekolah, namun jangkaanku meleset. Yang ramai tu bukan bertumpu di padang tapi di Dewan Jubli Perak. Secara kebetulan aku ternampak banner yang memberitahu bahawa Pesta Buku Kelantan sedang berlangsung di dewan tersebut. Aku buat macam biasa je sambil menyumpah brader kereta depan yang bawak kereta macam orang hilang arah hidup, sekejap kanan, sekejap kiri, sekejap tengah. Dahla cuaca panas.

Setelah selesai urusan di bank aku tiba-tiba terfikir untuk usha Pesta Buku tersebut. Dah berapa lama aku tak mengunjungi Pesta Buku. Macamana la agaknya rupa Pesta Buku tahun 2014 ni ye. Disebabkan perasaan ingin tahu tersebut aku segera ke sana. Mujurlah masih ada parking. Mungkin sebab hari pertama dan hari orang bekerja maka tak ramai yang datang. Selesai memarkir kereta sesedap rasa, aku melangkah ke dewan dengan perasaan berdebar-debar macam nak pergi ambik result SPM. Sampai je depan dewan aku tengok ramai budak-budak sekolah siap dengan uniform lagi. Ada yang lepak, ada yang terus baca buku yang baru beli, tak kurang juga yang bermain kejar-kejar dengan member. Mereka memandang aku macam alien yang baru turun dari Planet Marikh. Terasa segan pulak aku. Ingat orang tua tak reti nak datang Pesta Buku ke woi?


Sebaik saja melangkah masuk aku cuba usha-usha mencari makhluk yang seangkatan dengan aku. Macam takde je. Awek pun takde, yang ada cuma awek-awek penjual buku mewakili syarikat penerbitan masing-masing. Ada yang tersenyum manis bila terpandang aku, namun mereka silap orang. Ini Azwan Aziz la, takat senyum camtu takkan membawa makna (haha). Aku round-round dewan. Hati aku macam hampa gila. Tapi bila melihat budak-budak sekolah yang beruniform dan ada sesetengah yang pakai blazer (tak panas ke?), aku teringatkan zaman aku sekolah rendah dulu. Dulu aku memang suka follow trip pergi Pesta Buku ni. Bukan saja dapat ponteng sekolah secara halal, malah dapat naik bas ramai-ramai. Padahal jarak sekolah dengan dewan ni tak jauh mana pun. 10 minit dah sampai agaknya. Sampai sana round-round, tengok-tengok, ambik barang yang orang kasi percuma macam penanda buku, lepas tu keluar. Buku tak beli pun. Aku beli keropok dan air pastu lepak tepi tangga haha. Begitulah ceritanya setiap tahun pun.

Berbalik pada Pesta Buku tahun ni, aku sangatlah kecewa kerana tiada perubahan pun. Sama je macam 20 tahun lepas (tua betul aku). Kebanyakan buku yang dijual adalah buku latihan je. Kalau nampak budak perempuan kerumun tu mesti tempat jual novel. Cliche. Yang tak sama ada satu tempat jual buku novel indie dari Lejen Press. Yang ni lain sikit. Aku ada jugak terpandang sorang budak perempuan tengah belek-belek buku 50 Cara Mengayakan Rambut Anda. Maju budak-budak sekarang haha.

Lebih kurang 20 minit, aku keluar dewan. Sekali lagi aku dipandang oleh budak-budak yang lepak depan tangga. Aku buat muka kerek... kahkahkah



Jadi anda tunggu apa lagi? Serbu la segera haha

~ Membaca Amalan Mulia ~


No comments: