Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Tuesday, April 22, 2014

Gymnasium

Baru-baru ni aku sedikit terkejut apabila terpandang cermin sesudah selesai acara mandi. Aku mendapati perutku sudah berubah, semacam berubah saiz berbanding dahulu. Namun aku tak endahkan semua itu. Mungkin hanya perasaan aku sahaja, aku cuba sedapkan hati sendiri. Tapi ada satu kejadian aneh menyusul selepas itu. Ketika aku cuba untuk zip seluar, aku terasa semacam ketat luar biasa daripada biasa. Apakah tanda ini semua? Aku seakan tidak mampu menerima hakikat bahawa perutku sudah maju kehadapan persis perut pemain bolasepak terkemuka Malaysia iaitu Mat Yo. 

Aku menjadi panik. Seharian aku tidak mampu fokus pada kerja sampaikan nak ke pejabat, tapi aku termasuk parking ke KB Mall. Kepala ku kusut. Aku mula memikirkan kemungkinan-kemungkinan negatif. Semuanya menakutkan. Aku semakin panik. Lalu aku membancuhkan secawan Nescafe 3 in 1 Rich yang berwarna hijau. Kusedut aromanya yang luarbiasa kaw. Sejurus selepas aku menghabiskan secawan nescafe dalam one shot, aku mendapat satu idea.


Aku harus bersenam. Ya aku harus bersenam. dan untuk bersenam aku kena pergi gymnasium atau orang muda-muda cakap pergi gym. Bila aku pergi gym, bukan saja aku dapat kempiskan perut, malah aku dapat membina badann ala-ala Salman Khan. Pasti ramai gadis-gadis bakal terpikat dengan ketegapan badanku nanti. Aku tersenyum sendiri memikirkan kemungkinan itu.

Namun senyumku tidak lama. Tiba-tiba datang satu suara berbisik. 

"Bila badan kau berketul macam Sazali Samad nanti, mesti baju-baju dan seluar kau yang slim fit tu tak muat, kena beli baju baru, tak ke membazir?"

Ah betul jugak kata-kata tu. Aku ni dahla tak banyak mana pendapatan, kena bayar hutang PTPTN lagi, nak saving untuk majlis kahwin yang tak tahu bila lagi. Takkan aku nak membazir? Lalu aku batalkan saja niat untuk ke gym dan terus layan rancangan Ke Korea Ke Kita sambil makan keropok segera.

Sekadar gambar hiasan, jangan marah brader hehe

~ ada tak sesiapa boleh bagitau aku cara nak kempiskan perut tanpa perlu bersenam? kehkehkeh ~

No comments: