Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Friday, February 21, 2014

Nyamuk dan Semut

Ini malam tadi punya cerita

Sedang aku asyik dok usha newsfeed Facebook yang dipenuhi bermacam cerita dan info yang kadang-kadang buat aku gelak sorang-sorang dan kadang buat aku rasa nak unfriend je orang tu, tiba-tiba tumpuanku terganggu oleh satu bunyi semcam berdesing di telinga kananku. Pada mulanya aku buat tak tahu kerana tengah seronok membalas komen, namun gangguan itu muncul lagi. Aku terus rasa panas hati.

Aku pandang ke kanan, nampak seekor nyamuk bersaiz sederhana sedang terbang rendah berdekatan aku. " Celaka punya nyamuk, berani kau mengganggu konsentrasi aku menelaah facebook," marahku dalam hati. Dengan satu jurus serangan pantas, aku berjaya membunuh nyamuk tersebut. Aku tersenyum puas. Bangkai nyamuk tu masih berkeadaan sempurna. Lalu aku mendapat satu idea. Aku letakkan bangkai nyamuk tu atas meja sebagai pengajaran kepada nyamuk-nyamuk lain supaya jangan cuba mengganggu masa lapangku. Biar diorang tak berani nak datang dekat sebab dah nampak akibat yang menimpa member diorang kerana cuba mengganggu aku. Aku tersenyum lagi. Bernas jugak idea ni.


Aku kembali menyambung aktiviti menelaah facebook sambil sekali sekala menghirup nescafe 3-1 rich yang kaler hijau tu. Namun selang beberapa minit tumpuan aku kembali terganggu. Entah dari mana datang seekor semut menuju ke arah bangkai nyamuk tadi. Dia macam usha-usha bangkai tu.Mungkin nak check samada nyamuk tu masih hidup atau dah mati. Kemudiaannya dia berlalu pergi. Pada hematku, mungkin dia tak berminat dengan bangkai nyamuk tersebut. Yelah nyamuk suka yang manis-manis je, dan aku rasa nyamuk tu tak manis langsung. Pandang pun dah tak manis, apatah lagi rasanya kahkahkah.

Namun sangkaanku meleset sama sekali. Dia kembali dengan membawa dua lagi member semut yang lain. Rupanya dia tak larat nak bawak sendiri bangkai tu. Aku terpesona melihat kerjasama semut-semut tu. Mereka bertiga bergandingan mengangkat bangkai nyamuk tu ke sarang mereka. Kagum aku dengan disiplin dan kerjasama semut ni. Walaupun setahu aku haiwan tidak dikurniakan akal untuk berfikir macam manusia namun mereka masih lagi mempunyai sifat-sifat yang patut manusia contohi.

Ini kisah benar, kalau tak percaya cubalah sendiri di rumah haha.




~ Apa ni Bro? tak sentimental langsung cerita ni? kahkahkah~

No comments: