Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Monday, August 30, 2010

Rindu Menggamit Lagi (Chapter 7-9)

Chapter 7

    ‘You looks so beautiful today tonight sweetie,’ pujiku sebaik sahaja melihat buah hati pengarang jantung yang dah aku tinggalkan selama seminggu. Sememangnya pujianku ikhlas kerana dia betul-betul kelihatan amat menawan malam ini. Bangga betul aku dapat awek macam ni.
    ‘Wan ni ngada-ngada tau. Mana ada cantik, Hani dressing biasa-biasa aje,’ balasnya tersipu-sipu. Alah taktik orang pompuan. Nak naïf konon. Padahal dalam hati nak suruh puji lagi. Macam la aku tak tahu.
    ‘ Wan ikhlas puji ni… For you…’ aku menghulurkan jambangan bunga ros yang kubeli tadi padanya. Dari dulu lagi aku tahu dia memang sukakan bunga ros. Nak mengorat kena buat research dulu.hehe.
    ‘Thanks, emm kita nak pergi mana malam ni? Tanyanya sambil tersenyum lagi. Mana ada pompuan tak senyum bila dapat bunga.
    ‘Naik la dulu sayang. Tak surprise la kalau beritahu awal-awal,’ jawabku sambil membuka pintu kereta.
Lebih kurang 30 minit kemudian, kami tiba di restoran yang telah kutempah.
    ‘Ok sayang, this is where we will have our dinner tonight,’kataku separuh riak.
    ‘Wah cantiknya tempat ni. Mesti mahal kan? Kita dinner kat restoran biasa jelah. Tak payah membazir duit.’ Inilah antara sifat yang aku suka pasal Hani. Dia memang berjimat cermat.
    ‘Alah takpelah sesekali kita habiskan duit kat restoren mewah. Bukannya selalu. Lagipun ada surprise yang menunggu Hani kat dalam tu.’ Aku meyakinkan dirinya. Memang tidak dapat dinafikan restoran ni memang mewah. Nak makan kat sini pun kena buat tempahan seminggu lebih awal.
    ‘Sebaik sahaja melabuhkan punggung, aku membuat pesanan yang sesuai dengan selera kami berdua. Hani Cuma mengikut apa yang aku order.
    ‘Hani nak tau tak, Wan rindu sangat-sangat kat Hani, 7 hari tak jumpa rasa macam 7 tahun’ aku memulakan bicara.
    ‘ Amboi dah pandai guna ayat-ayat manis sekarang ye, belajar dengan siapa ni? Balasnya sambil tersenyum menampakkan sebaris giginya yang tersusun cantik.
    ‘ Ish, Wan cakap betul ni Hani. From the bottom of my heart,’ kataku sambil meletakkan tapak tangan di dada.
    ‘Wan ni ada-ada aje tau nak buat Hani gelak,’ katanya sambil tergelak kecil. Senangnya hatiku melihat dia gembira.
Sebaik sahaja selesai makan, seperti yang telah aku rancangkan, aku meminta waiter membawa hadiah yang telah kusediakan untuk Hani. Sejurus kemudian dia tiba membawa bungkusan hadiah tersebut.
    ‘This is for you my dear, buah tangan dari Australia. Bukalah.’ Dia sedikit terkejut melihat bungkusan tersebut.
    ‘Apa dia ni Wan? Dia bertanya sambil senyum tak lekang di bibirnya. Sukala tu.
    ‘Bukalah tengok sendiri,’ aku tetap mahu berteka-teki denganya. Tak surprise la kalau aku beritahu awal-awal. Perlahan-lahan dia membuka bugkusan itu. Sebaik membuka kotak berwarna biru itu, dia mengeluarkan sebuah music box yang aku beli dekat Australia.
    ‘Cantiknya wan,’ kegembiraan terpancar di wajahnya. Rugi pulak aku tak rakam.hehe.
    ‘Cuba on suisnya,’ kataku untuk menambahkan kegembiraanya.
    ‘Eh tak nak lah Wan. Nanti menggangu orang lain pulak,’ ujarnya separuh risau.
    ‘Takpe, pihak pengurusan restoren ni dah bagi kebenaran’. Itupun sebab aku dah bayar. Kemudian aku mengambil music box tersebut lalu membuka suisnya. Sepasang kekasih sedang menari diiringi bunyi muzik yang cukup mempesonakan. Terasa bangga dengan diri sendiri kerana pandai memilih hadiah. Aku tengok Hani bukan main gembira lagi.
    Tanpa kami sedari, kami menjadi tumpuan pengunjung lain. Tiba-tiba kedengaran tepukan dari mereka. Malu pulak rasnya, tapi terpaksala aku control macho. Aku bangun mengucapkan terima kasih kepada mereka.
    Aku menghantar Hani pulang kurang 5 minit dari pukul 12. aku tak boleh lewat sangat kerana ada urusan yang perlu aku selesaikan sebaik sahaja tiba di rumah nanti. Sesuatu yang cukup membuatkan aku pening kepala.

Chapter 8

    Suatu pagi yang tenang, tapi ketenangan ini akan berakhir dalam masa beberapa minit sahaja lagi kerana ada suatu perkara baru yang akan berlaku.

11.30 pagi...

    'Hani jom keluar lunch dengan I hari ni,'Ish tak habis-habis la dia ni.Dari dulu lagi aku dah tolak dengan cara elok.Nak jugak masuk line lagi.Tak kuasa aku nak layan.Nak guna ayat apa lagi la nak bagi dia faham yang aku ni takde langsung perasaan kat dia.Agaknya aku kena guna bahasa Jepun kot.
    'Sorryla Arie aku tak boleh keluar dengan kau la hari ni. Aku da hal,'Aku terpaksa menipu lagi. Masuk kali ni dah entah berapa kali aku mencari alasan untuk menolak pelawaannya. Aku tak mahu memberi apa-apa harapan kepadanya. Lagipun aku sekarang dah berpunya, cuma budak-budak pejabat ni belum tahu siapa orangnya.
    'Sudahlah Hani, kalau dah tak sudi tu cakap jela tak sudi. mentang-mentanglah kau sekarang couple dengan CEO syarikat besar, orang macam aku ni kau dah tak pandang,'Terkejut aku mendengar kara-kata Arie.Siapa CEO yang dimaksudkan?
    'Apa kau merepek ni Arie? Aku takde kenal mana-mana CEO pun la. Kau salah orang ni.' Agaknya Arie ni saja je nak kenakan aku kot, jadi dia buat-buat cerita la nak bagi aku confuse.
    'Merepek? Habis tu siapa lelaki yang datang jemput kau semalam? Lelaki yang naik kereta Satria GTi biru tu? Arie menyoalku dengan senyuman sinis.
    'Dia cuma eksekutif Pemasaran la. Mana mungkin dia tu CEO,'Aku cuba menjelaskan kepadanya. Mana mungkin Wan CEO. Arie ni buat lawak tak bertempat sungguh.
    'Kau ni memang tak mengikuti perkembangan semasa la Hani.Kau pernah dengar kau cerita tentang CEO rahsia Solid One Corps.? Tak seorang pun tahu siapa dia termasuk Ahli Lembaga Pengarah syarikat tu.Tapi sejak minggu lepas ada khabar angin di Internet yang mengatakan buah hati kesayangan kau tu dalah CEO syarikat tu,' Panjang lebar Arie menerangkan kepadaku.Bagiku kata-kata Arie memang tak masuk akal. Takkan Wan akan menipu aku?
    'Mesti kau tak percaya kan? Apakata kau tanya buah hati kau tu sekarang?hehe,' Arie berlalu dengan ketawa mengejek yang amat menyakitkan hati. Perasaan aku tiba- tiba menjadi tidak menentu. Betulkah Wan menipu aku? Kenapa dia harus menipu aku? Bagaimana pula kalau dia hanya ingin mempermainkan hatiku? Bertalu-talu persoalan bermain di mindaku.
    Untuk tidak mengusutkan lagi fikiranku, aku segera menelefon Wan, tapi malangnya dia tidak dapat berjumpa denganku pada tengahari ini.Ada mesyuarat katanya.Wan, kenapa dia dapat berjumpa denganku pada saat-saat begini.Aku amat memerlukannya sekarang.

Chapter 9

    Debaran dihatiku masih tidak dapat aku tenteramkan,lalu aku mengajak Ann untuk menemanku lunch.Nasib baik dia tak keluar dengan Lan hari ni.
    'Kau rasa betul ke berita ni Hani? Entah-entah si Arie tu saje je nak sakitkan hati kau kot,' Ann membuatku bertambah kusut.
    'Aku tak tahu lah Ann.Tapi hati aku rasa tak tenteram sangat bila Arie cakap macam tu.Aku takut la Ann,'Aku berterus-terang dengan Ann.Sememangnya tiada rahsia antara kami.
    'Alah nak takut apanya.Kalau betul dia tu CEO, untung la kau.Dapat kawin dengan orang kaya.Mungkin dia tu jenis low-profile, jadi malas nak menunjuk-nunjuk dekat orang,'Ann menambah lagi. kau cakap senanglah Ann.Tapi aku yang kena menghadapi semua ni. Macamana aku nak berdepan dengan dia sekiranya dia benar-benar CEO Solid One Corps.? Syarikat tu antara syarikat multinasional yang terbesar di Malaysia.
    'Rileks la Hani, nanti malam ni kau call la dia, slow-talk dengan dia.tanya dia betul-betul.Jangan fikirkan sangat hal ni. Kita belum tahu lagi berita ni betul atau tidak.kebanyakan berita yang tersebar di Internet bukannya boleh percaya sangat,' Ann berusaha untuk menenangkan hatiku.Betul jugak katanya. Berita di Internet bukannya betul sangat pun.
    'Okey, jom kita pergi window shopping nak tak? At least kau boleh lupakan masalah kau tu kejap,'Ann memberi cadangan.Bagus jugak cadangan Ann tu.
    'Okey, jom' aku terus bersetuju.

    Shopping dengan Ann memang memenatkan.lepas satu-satu kedai yang dia nak masuk.belinya tidak.Sampaikan kedai barangan bayi pun dia nak masuk.katanya suka tengok barang bayi.Comel-comel je.dah kemaruk nak kahwin agaknya kawan aku sorang ni.
    'Ann jom la rehat jap.Kau tak penat ke dari tadi lagi berjalan?' Ann ni memang jenis bersemangat bila masuk bab-bab shopping ni.Macamana la agaknya si Razlan tu boleh tahan bila datang shopping dengan dia.   
    'Yelah-yelah,mari duduk dekat bangku tu.kau ni baru jalan sikit dah penat,macamana nak masuk marathon,'Balas Ann. Bila masa pulak la aku cakap nak masuk marathon.Ann ni memang suka merepek yang bukan-bukan.kadang-kadang sunyi jugak aku bila dia tak ada.
    Tiba-tiba mata aku terpandang satu pasangan yang kelihatan bahagia.si perempuan sedang sibuk memlih baju untuk si lelaki.Teringat pulak aku dengan buah hatiku.tapi jantungku seakan terhenti apabila aku terpandang wajah lelaki itu.Wajahnya saling tidak tumpah dengan Wan.Mana mungkin lelaki itu adalah Azwan? bukankah dia mengatakan bahawa dia sedang bermesyuarat? Atau inikah 'mesyuarat' yang dia maksudkan?
    'Hani kenapa dengan kau ni? kenapa muka kau pucat tiba-tiba ni? Aku tak mampu untuk bersuara.aku hanya menunjukkan kearah pasangan itu.Ann juga nampak terkejut.
    'Oh My God,Hani Wan ke tu? Ann bertanya dengan nada separuh menjerit.
    'Aku tak tahu Ann, aku tak tahu,'Aku mula rasa macam nak menangis.Air mata dah bergenang di kelopak mata.
    'Tenang hani, cuba kau call dia sekarang,'Betul juga kata Ann. Hanya dengan cara ini aku boleh mendapatkan kepastian.Aku gagahi juga untuk menelefonnya.Mataku masih lagi tidak dapat kualihkan dari pasangan itu.sebaik sahaja deringan kedengaran, aku dapat melihat dengan jelas, lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket seluarnya.jadi memang sah lah dia adalah Azwan,kekasih hatiku yang telah aku letakkan sepenuh kepercayaan kepadanya.
    Lalu aku terus berlari untuk segera beredar dari situ.aku tidak menghiraukan orang ramai yang melihat dengan pandangan pelik.Mereka tidak mungkin memahami keperitan hati ini.Aku juga tidak lagi menghiraukan Ann yang mengejarku dari belakang. Aku merasakan dunia ini kelam.tiada lagi pelangi indah.Yang kelihatan hanyalah awan mendung yang berarak menutupi segalanya. 


Mengapa ada dusta
Tika cinta melanda sukma
Tika setia diombak resah
Masihkah ada bahagia

Mengapa ada dia
Tika rindu padamu saja
Tika restu untukmu jua
Akhirnya aku yang merana

Mengapakah aku diluka
Derita kerana sebuah cinta
Yang sekian lama kita bina
Inikah sumpah setiamu
Terhadapku setia selalu
Ke akhir hayatmu
Ternyata palsu

Kuterima semua ini
Sudah kehendak takdir Ilahi
Berakhirlah semua kini
Episod cinta ini...
Menjadi sebuah memori