Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Friday, August 27, 2010

Rindu Menggamit Lagi (Chapter 1-3)

Kembali Merindu Musim 2

Chapter 1

'Wan, kau dah jelaskan hal sebenar kat Hani tak?'Razlan memulakan bicaranya sebaik sahaja waiter tadi mengambil pesanan kami.
'Hal sebenar? Hal apa pulak ni Lan?'
'Laa kau ni, hal tentang kau la.Kau kan dah hilangkan diri selama 7 tahun. Tiada seorang pun antara kami yang tahu kemana kau menghilangkan diri.Tiba-tiba aje kau muncul dan minta aku dan Ann aturkan pertemuan kau dengan Hani.Takkan Hani tak tanya kemana kau pergi selama ni? Ann pun asyik desak aku suruh tanya kau kemana kau menghilang,' Panjang lebar penjelasan Razlan. Aku cuma ketawa kecil mendengar kata-kata Razlan tu.

'Kau ni tak pernah berubah-ubah la Lan.Dari dulu lagi cepat risau. Relax la Bro, kalau Ann tanya, kau cakap je aku sambung belajar kat Australia. Aku dah beritahu Hani macam tu,'dengan selambanya aku menjawab.
'Sambung belajar? kenapa kau tipu dia Wan? Lambat laun dia akan tahu jugak hal sebenar, masa tu nanti lagi susah Wan kau nak jelaskan.Aku bukan apa wan, dah la 7 tahun kau tunggu dia,aku takut hubungan korang takkan kekal lama hanya kerana rahsia kau ni,'Razlan masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan aku.

Aku mengeluh mendengar kata-kata Razlan tu. 'Aku tahu Lan, tapi sekarang bukan masanya untuk Hani atau sesiapa saja tahu hal itu. Bila dah sampai masanya nanti, aku akan beritahu dia jugak.'jawabku mendatar.

'Emm kalau dah itu keputusan kau, aku tak boleh nak cakap apa-apa lagi. Aku cuma nak mengingatkan kau aje.Harap-harap masa kau jelaskan nanti dah tak terlambat.'
'Terima kasih Lan, Aku tahu kau la sahabat yang paling memahami aku dari dulu lagi,' lega aku mendengar kata-kata Razlan tadi.Masa tu akan tiba juga suatu hari nanti...

Chapter 2

"Hari ini kau datang riang, tersenyum buat ku senang. Kau hias dirimu membuat hati bertambah sayang... Tapi wajahmu semalam muram, mengapa? dewi mengapa? Mungkinkah aku yang bersalah...Cubalah dewi katakan...."

Aku menyanyi-nyanyi lagu Hari ini Dan Semalam mengikuit rentak yang dimainkan kat radio. Liriknya betul - betul mengingatkan aku pasal peristiwa semalam...

Dari jauh aku dah ternampak Hani duduk sorang-sorang. Nasib baik takde yang mengorat. Hehe... Semakin aku mendekatinya, semakin aku dapat melihat muka masam mencuka umpama mangga yang dijeruk 3 bulan. Alamak habislah aku. Macamana aku nak pujuk awek aku kali ni...Buntu-buntu... Takpe..buat macam biasa dah la...

    'Hai Hani..lama sampai?' Sapaku dengan selambanya .
    'Haa baru nak sampai..Org dah tunggu sejam kat sini tau. Wan pegi mana tadi? Ni mesti kes bangun lambat lagi! Terus aku di semburnya...Nasib baik awek aku. sabar jela.
    'Wan bangun awal lagi, cuma time nak datang sini tadi ada traffic jam pulak sebab ada accident. tu yang buat lambat sikit..' bersungguh-sungguh aku bercerita dengan harapan Hani akan percaya. takkan aku nak cakap sebab aku bangun lambat. Nanti tak pasal-pasal cancel plak date hari ni.
    'Ye la tu.Wan ni selalu tau buat Hani tertunggu-tunggu,' Dia masih lagi tarik muka masam tu. Dia fikir dia punya tunggu je, yang aku dok tunggu dia 7 tahun tu takde pun nak merajuk macam ni..Tiba-tiba aku dapat satu idea...
    'Hani, cuba pandang wan kejap,' aku memulakan strategi memujuk.
    'Kenapa nak suruh hani pandang Wan plak?' masih nak main tarik tali dengan aku ni. Seksanya nak pujuk kaum hawa ni...
    'Ala pandangla sini kejap,' aku masih terus berusaha. Nak memujuk ni kena sabar beb. Lalu dia memandang kearahku.
    'Laa baru wan perasan..selama ni tak perasan pun,' Tiba-tiba dia menggelabah.
    'Kenapa Wan? Ada apa-apa yang tak kena ke kat muka Hani ni?,' Biasalah orang perempuan ni mudah gelabah bila kita tegur bab muka ni.
    'Kenapalah wan tak perasan selama ni ek?,' aku masih lagi berteka teki dengannya. Seronok la pulak.hehehe
    'Ada apa Wan? Cakaplah betul-betul,'Kelakar pulak aku tengok awek aku ni.
    'Takde apa-apa la Hani.Muka Hani elok je macam biasa, cuma nampak lagi comel  bila Hani merajuk,' aku dah tak dapat nak menahan ketawa lagi. dan sebagai balasannya, satu cubitan berbisa hinggap di lengan kananku.
    'Adoi! sakitlah,' aku mengaduh kesakitan akibat cubitan berbisa hani tadi.
     'Padan muka, sape suruh main-main dengan Hani lagi. Kan dah kena,'
    'Yelah-yelah, Wan mintak maaf okey. Semalam kata nak shopping, jomlah pegi sekarang. Kang habis pulak barang kat sini...,'
    'Wan ni kan, tak habis-habis nak kenakan hani,' dan sekali lagi aku terpaksa menahan cubitan dari awek kesayanganku itu....

Chapter 3

    Hari-hari yang aku lalui semakin indah, malah boleh dikatakan hidupku sekarang amat bahagia disamping dia. Dia telah menemukan aku dengan sesuatu yang tidak pernah aku rasakan. Malah kadang-kadang aku amat menyesali masa lepas kerana pernah menolak cintanya pada suatu ketika dahulu. Mujurlah cintanya padaku amat kuat sehingga memberi kekuatan padanya untuk menungguku selama 7 tahun lamanya. Bagiku itu adalah suatu pengorbanan yang tidak mampu aku balas.
    Azwan, nama itu membuatku kembali tersenyum. Mengingatkan keadaannya suatu ketika dahulu membuatku tertawa sendirian. Terlalu jauh perbezaannya antara dia 7 tahun dahulu dengan dirinya yang kukenali sekarang. Dia yang suatu ketika dahulu tidak lekang dengan kata-kata puitisnya berubah menjadi seorang yang lebih santai. Malah dia juga selalu mengusikku. walaupun kadang-kadang aku agak terasa dengan gurauannya, tapi aku tetap menyukai unsur humor yang terdapat pada dirinya. Dia juga sudah pandai memujuk dengan kata-kata yang bisa membuatkan mana-mana wanita seolah berada di awang-awangan.Mungkin inilah yang dipanggil kematangan menuju kedewasaan.
    Tetapi pada masa yang sama, seringkali kegelisahan bertandang di lubuk hatiku. Aku merasakan dia seolah-olah merahsiakan sesuatu dari pengetahuanku. Kadang-kadang aku menafikan saja tanggapan buruk yang bermain di mindaku, tetapi ianya sukar ditepis. Bila kubertanya, dia sedaya-upaya cuba untuk mengelak. Bagi seorang wanita yang jiwanya sensitif, aku tidak dapat mengelakkan fikiranku daripada memikirkan tanggapan-tanggapan yang membuatkan hatiku tidak senang lagi...
    Setiakah dia padaku?

No comments: