Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, February 21, 2013

Dari Sinar Mata 26

Lagu Merindu Tanpa Kata berkumandang di speaker laptop. Sesuai benar dengan jiwa aku sekarang ni yang sedang merindu namun tidak mampu berkata kerana empunya diri yang dirindui tidak mahu berhubung lagi untuk 3 bulan seterusnya. Termenung aku memandang bulan. Malam ni bulan purnama, sungguh cantik. Tapi aku pandang bulan nampak Lia. Ah sudah aku sudah parah.

Lepas jumpa Lia aku dengan Mirul berjalan sekitar Langkawi. Ye la kan dah datang jauh-jauh takkan nak balik camtu je. Kenala beli barang sikit untuk family. Karang ada yang mintak nanti susah pulak. haha. Tapi Mirul je yang shopping sakan, aku cuma beli sikit untuk family je. Lagipun aku masih terfikir tentang syarat yang Lia bagi tu. Tu bulan tu lama. Tapi orang cakap pejam celik pejam celik dah 3 bulan. Tu orang yang cakap, tapi aku yang nak melalui ni camne?

Monday, February 18, 2013

Salahkah Aku Mencintaimu?



Memang terkadang ada sesuatu hal……..
Yang tak pernah kita sedari bahawa cinta itu kuat,
Cinta tak mengenal perbezaan,
Walau kekadang perbezaan membuat kita goyah...
Semoga kau disana menyedari bahawa "aku ada untukmu",
Biarlah malam menjadi saksi pilu nya,
Hatiku disini tanpa ada yang mahu mengerti aku,
Bahkan sampai saat ini pun.

Cinta sejati adalah cinta dimana
kau tidak mungkin meninggalkan dan melupakan orang yang kau cintai...

Friday, January 4, 2013

Status FB Setengah Tahun Kedua 2012

Macam biasala aku nak senaraikan status fb aku untuk tahun lepas punya, saja suka-suka :)


"...bukan hidup namanya kalau tiada dugaan..." (Wed, 01 Aug 2012 00:35:45 GMT)

"...langit takkan selamanya cerah..." (Thu, 02 Aug 2012 00:34:00 GMT)

"...dugaan bulan puasa - aircond kereta rosak..."
#lari bajet raya gua (Sat, 04 Aug 2012 14:16:03 GMT)

"...kau yang terindah..." (Tue, 07 Aug 2012 13:36:55 GMT)

"...rindu pulak zaman gua dapat kad raya berguni-guni dulu..." (Wed, 08 Aug 2012 00:22:07 GMT)

Tuesday, January 1, 2013

Pahit Manis 2012

Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk aku masih bernafas sehingga ke hari ni. Dah bertambah tahun Masihi. Macam biasa aku akan buat sedikit review pencapaian aku untuk tahun lepas (2012), suka duka yang aku lalui sepanjang 2012 yang panjang masih sekejap saja dirasakan. Umur yang meningkat dari 25 ke 26.

Aku mulakan dari sudut kerjaya dulu la. Tahun 2012 aku tukar department. Job scope lebih kurang sama je sebenarnya tapi lebih kena dengan diri aku la. Tak naik pangkat dan tidak jugak turun pangkat. Gred masih lagi sama cuma nama jawatan je lain. Tu jela aku cite pasal keje sebab aku tak suka sangat cite pasal kerja haha.

Wednesday, December 12, 2012

Di Saat Aku Mencintai Mu 2

Sambungan dari bahagian 1

Suatu malam aku dapat sms dari dia. Masa tu aku tengah merenung bulan purnama. Kalau orang tak kenal aku, mungkin dia ingat aku nak bertukar jadi serigala jadian., padahal aku tengah merenung masa depan. Tengok bulan nampak dia. Ah sudah...

Sms dia berbunyi begini.