Thursday, February 21, 2013

Dari Sinar Mata 26

Lagu Merindu Tanpa Kata berkumandang di speaker laptop. Sesuai benar dengan jiwa aku sekarang ni yang sedang merindu namun tidak mampu berkata kerana empunya diri yang dirindui tidak mahu berhubung lagi untuk 3 bulan seterusnya. Termenung aku memandang bulan. Malam ni bulan purnama, sungguh cantik. Tapi aku pandang bulan nampak Lia. Ah sudah aku sudah parah.

Lepas jumpa Lia aku dengan Mirul berjalan sekitar Langkawi. Ye la kan dah datang jauh-jauh takkan nak balik camtu je. Kenala beli barang sikit untuk family. Karang ada yang mintak nanti susah pulak. haha. Tapi Mirul je yang shopping sakan, aku cuma beli sikit untuk family je. Lagipun aku masih terfikir tentang syarat yang Lia bagi tu. Tu bulan tu lama. Tapi orang cakap pejam celik pejam celik dah 3 bulan. Tu orang yang cakap, tapi aku yang nak melalui ni camne?



Tiba-tiba ada orang ketuk pintu, kacau betul la orang nak layan sentimental.

"Boleh masuk tak" kepala je yang masuk, badan dia masih diluar bilik. Aku dah agak dah. Takde orang lain dah yang suka masuk bilik aku ni kecuali Fina.

"Masukla"

"Jauh menung nampak, dah sampai bulan ke" Terus dia bagi sedas kat aku dengan sengihan nakal dia tu.

"Lagi sikit la nak sampai, Fina la yang kacau," aku layankan aje.

"Mana hadiah Fina"

"Hadiah apanya? Birthday lambat lagi kan?" Apekehal budak ni mintak hadiah tiba-tiba ni?

"Yela aritu pergi Langkawi kan? mana buah tangan untuk Fina?"

"Laa kan dah beli Daim tu"

"Daim je? ingan orang budak kecik ke nak kasi buah tangan gula-gula je?" dia buat muka merajuk

"Dahtu nak apa? minyak gamat?" aku dah tergelak

"Along ni berkira tau, paling kurang bagila burung helang sekor tau"

"Ala Langkawi tu bila-bila masa la boleh pergi, bukan jauh pun. Ni sebenarnya nak apa? Takkan la masuk sebab nak mintak buah tangan je?"

"So how's Langkawi?"

"Macam tu jugak, ada lagi la patung helang besar tu"

"Bukan tu la maksud Fina apecite Along dengan kak Lia?" Terkejut aku dengar soalan tu. Macamana dia boleh tahu? Rasanya aku dah buat cerita baik punya untuk cover hal ni? Adik aku ni secret agent ke ape?

"Along pergi atas urusan kerja la,"

"Takpayah nak sembunyi la Fina dah tau awal-awal lagi," dia sengih lagi

"Mana Fina tau? Fina mengintip Along eh?"

"Adalah, mana boleh bagitau. Along ceritalah apa yang jadi kat sana?" Fina ni kan pandai la korek rahsia orang.

"Along dah jumpa dia dan dia dah maafkan Along,"

"Baguslah macam tu, tapi kenapa yang Along termenung lagi ni? Rindu eh?"

"Tapi ada syarat la, Along tak boleh hubungi dia langsung dalam tiga bulan ni sampai dia habis study"

"SMS pun tak boleh?"

"Langsung tak boleh"

"Takpela Along tak payah hubungi dia. Gunakan masa ni untuk prepare barang kahwin, cukup 3 bulan Along terus pinang dia," Fina dah gelak besar.

"Ooo nakal eh, meh sini nak bagi hadiah sikit," aku terus cubit Fina. Suka benar dia boleh mengenakan aku. Tapi aku beruntung ada dia. Walaupun dia manja, tapi dia tak pernah menyusahkan aku. dia jugak la banyak bawa bahagia pada kami sekeluarga.

bersambung...

Aku baru je dapat semangat untuk sambung balik cite. Dah setengah tahun kot tangguh huhu. Mintak maaf semua. Harap masih ada yang sudi untuk baca sampai habis. Aku akan cuba sedaya upaya update seminggu sekali. Insya-Allah moga dipermudahkan...




~ hidup jangan mudah putus asa ~

No comments: