Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Wednesday, December 12, 2012

Di Saat Aku Mencintai Mu 2

Sambungan dari bahagian 1

Suatu malam aku dapat sms dari dia. Masa tu aku tengah merenung bulan purnama. Kalau orang tak kenal aku, mungkin dia ingat aku nak bertukar jadi serigala jadian., padahal aku tengah merenung masa depan. Tengok bulan nampak dia. Ah sudah...

Sms dia berbunyi begini.


- Saya tak tau la nak pakai baju warna apa esok, ada cadangan tak dear? -

Yang part depan tu aku tak kisah sangat. Yang buat aku rasa nak pitam sikit bab "dear" tu. Setahu aku dear tu macam sayang dalam bahasa melayu kan? Sejak bila dia pandai nak sayang-sayang dengan aku ni? Ni yang buat aku lemah ni. Tapi pengalaman kecewa 4 tahun lepas membuatkan aku payah sikit nak percaya atau perasan lebih-lebih. Entah-entah dengan orang lain pun dia panggil dear jugak? manala tau kan. Aku selalu dengar budak perempuan ni suka panggil sayang sesama sendiri pun ada. Tapi kalau lelaki sama lelaki yang panggil sayang memang aku bagi penerajang la. haha.

Aku pun balas

- Cuba pakai purple, saya rasa sesuai dengan awak - 

Aku saja je cakap purple sebab aku suka purple. Manala aku tau fesyen apa sesuai dengan dia, aku ni budak business bukannya budak fashion. haha

- Ok esok saya pakai purple, thank dear :) -

Dear lagi. Boleh tak lena tidur aku malam ni. Aku malas nak perasan dia suka aku, tapi aku rasa macam dia suka aku. Masak aku camni. Aku ni dalam fobia lagi dengan kekecewaan dulu. Kalau boleh aku nak jumpa dia dulu baru fikir soal sayang menyayang ni. Tapi kalau hari-hari main sms sayang-sayang camni mau aku sangkut jugak ye dak? Buntu pulak rasanya. Baik aku layan lagu Bila diri disayangi - Ukays dulu sebelum tidur.

Pagi esoknya aku terjaga sebab ada bunyi sms masuk. Biasalah penganggur memang tidur lewat bangun lambat. Biasanya aku menyumpah sesiapa yang ganggu aku pagi-pagi tapi bila tengok nama sender, aku senyum sendiri. Dia yang hantar sms. Eh mms sebenarnya. Bila aku open je, ada pic dia dengan serba purple. Sumpah aku cakap aku tergamam seketika. Biar betul? Masa tu aku rasa macam bermimpi. Aku cuba ketuk dahi, terasa sakit. Memang aku di alam realiti. Apa yang boleh aku katakan masa tu jugak aku dah jatuh cinta. Aku sebenarnya malas nak jatuh cinta bila tengok gambar, nanti orang cakap aku ni memandang paras rupa pulak. Tapi orang melayu selalu cakap dari mata turun ke hati kan?

Caption dalam pic tu - Ok tak dear?-

Segera aku reply

-Cun sangat Dear-

Dia balas dengan smiley je. malu la tu.hehe. Aku rasa macam dah terjebak di alam percintaan la pulak. Rasa happy ada, rasa cuak pun ada. Aku rasa macam tak bersedia tapi rasa nak bercinta. Aku memang paling malas nak layan perasaan dalam dilema ni. Aku sebenarnya malu nak bercinta dengan dia sebab aku still menganggur, dia pulak dah kerja. Lelaki memang ego.haha

Selang seminggu dia bagitau aku dia dapat kerja kat KL. lagi la jauh nak jumpa. Yang dekat ni pun tak sempat nak jumpa lagi. Dia bagitau dia berat hati nak tinggalkan family dia. Aku pulak cakap baik pergi je Kl sebab tu kerja lagi baik dari yang sekarang, lagipun ni la masa nak belajar berdikari. Akhirnya dia terima cakap aku. Dia pergi ke Kl untuk kerja baru, lalu tinggalllah aku sendiri yang still jobless. adess

Selepas tu aku jadi tempat dia mengadu, macam-macam masalah dia hadapi masa mula-mula ke Kl. Susah nak pergi kerja, housemate tak best, kerja penat dan macam-macam lagi lah. Aku jadi pemberi semangat untuk dia. pernah jugak dia tanya bila aku nak kerja, aku cuma jawab belum ada rezeki. memang dah banyak yang aku apply tapi belum ada jawapan je.

Bila tiba hari raya, dia ajak aku beraya ke rumah dia, ada open house katanya. Alamak macamana ni? Aku memang nak sangat jumpa dia. Tapi aku segan pulak bila nanti parent dia tanya aku kerja apa, takkan nak jawab menganggur? malu la beb. Nak mengorat anak dara orang, kerja pun takde, sape nak bagi ye dak?. Buntu aku seketika. Akhirnya aku menolak ajakan dia dengan alasan cousin aku kahwin pada hari tersebut. Mungkin orang akan cakap aku ego, tapi itulah prinsip aku. Aku harus betul-betul bersedia kalau nak serius dengan dia.

Selepas cuti raya, dia balik semula ke Kl. Aku perasan dia macam berubah sikit. Dah kurang sms tak macam dulu. Aku beranggapan dia sibuk dan penat. Yelah orang kerja, aku goyang kaki je kat rumah. Manalah nak sama kan? Tapi kadang-kadang rasa rindu tu ada jugak. Rindukah aku? huhu

Akhirnya saat yang ditunggu dah tiba. Aku dapat surat temuduga kat KL. Kebetulan tarikh temuduga tu sehari awal dari tarikh birthday dia. Suratan atau kebetulan? Itu aku tak tahu. Aku tersenyum sendiri. Mungkin ini rezeki dan jodoh datang serentak. Aku bercadang nak buat surprise untuk dia, jadi aku ke KL tanpa bagitau dia pun. Rasa tak sabar jangan cerita la. Dua debaran serentak. Pagi Jumaat aku menghadiri temuduga. Entah macamana perasaan aku nak gambarkan. Aku yakin tapi macam ada sesuatu yang tak kena. aku ketepikan perasaan tu jauh-jauh.

Malamnya aku cadang nak ajak dia keluar esok. Rasa berdebar jugakla. Tapi disebabkan masa awal lagi maka aku usha FB la kejap. Tapi rupanya aku yang bakal terima surprise. Terus hilang senyuman aku yang dari minggu lepas tak hilang. Apa semua ni? Dekat news feed aku keluar "Orchid is in relationship with someone" What the heck? Biar betul? Kenapa semua ni jadi ketika aku yakin dia adalah orangnya yang bakal menjadi suri hidupku? Aku cuba send sms kat dia sebab aku tak cukup yakin nak call dia. Dia tak reply. sampai tengah malam aku tunggu dia masih tak reply. Malam tu memang aku rasa kosong. Kosong sekosong-kosongnya. Nampaknya episod duka ni sekali lagi berulang.

Esoknya aku terus balik kampung. Dalam perjalanan aku masih berfikir. Siapa yang bersalah. Memang aku tak pernah meluahkan kerana aku belum cukup yakin. Mungkin saja dia sudah puas menunggu aku, Mungkin saja dia bukan jodoh aku. Apa yang mampu aku lakukan adalah cuba sedaya upaya lupakan dia, dan berdoa moga dia berbahagia walau dengan siapa dia bersama. Sesungguhnya Jodoh itu misteri yang hanya Allah yang tahu...


Mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
Disaat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku...

Menyendiri lagi, menyendiri lagi
Disaat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Disaat aku terbangun dari tidurku...

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu...
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta...


(Smoga engkau kan mengerti)
(Tentang perasaan ini)
(Maaf ku telah terbuai)
(Akan indahnya cinta)

(Maaf sungguh ku tak bisa)
(Untuk kembali padamu)
(Maaf ku telah terbuai)
(Akan indahnya cinta)

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta...


#rasa-rasa ni cite betul ke rekaan? hehe

it hurts damn much



* Sebenarnya aku memang meluahkan perasaan aku pada dia 6 bulan kemudian tapi aku malas nak cerita. hehe *


~ tak lari gunung dikejar ~

No comments: