Friday, December 7, 2012

Di Saat Aku Mencintai Mu

2010

Saat kegelapan dalam hidup aku. Tiada kerja, tiada duit, dan tiada awek. Yang ada cuma segulung ijazah yang entah masih laku atau tidak. Setiap hari aku bangun dengan harapan akan berlaku keajaiban. Dapat kerja, duit masuk pastu bolehla nak tekel awek ye dak? Namun harapan tinggal harapan. Kalau asyik nak berharap tanpa usaha manala nak dapat. Hidup makin bosan. Cilake betol. Kalau ada awek boleh jugak dibuat bergurau senda ke apa. Ini pandang dinding je. pandang cermin nampak diri sendiri yang makin serabai. 

Pada suatu hari Dahlia call tanya khabar aku. Aku cakap macam biasa, still menganggur, still single. Dia bantai gelakkan aku. Ceh taula dia dah dapat kerja. Haritu macam aku jugak. Then dia tiba-tiba serius. Dia nak carikan awek untuk aku. Kesian tengok aku katanya. Ni yang paling aku lemah bila ada orang kesiankan aku. Tapi aku terima je cadangan dia. Dia bagi FB sorang kawan dia. Bila aku view je ada gambar bunga orkid je. Ni orang ke bunga? adoi malas betul. Nak kena add dulu baru boleh tengok tuan punya badan. Atas recommendation Dahlia, aku add jugak awek bunga ni. Manala tau tuannya secantik namanya. 


Selang 2 minit je dia terus approve. Adakah sebab profile pic aku yang hensem? haha gile perasan. Rupanya Dahlia yang suruh dia approve aku. Aku start usha photo album dia. Boleh tahan la. Ok next step aku komen kat status dia. Dah lupa pasal apa tapi respon dia positif. Sejak hari tu aku selalu berbalas mesej melalui FB. Kadang-kadang kitorang chatting bila sama-sama online. Dia banyak cerita problem kat aku. Aku layankan je sebab dah memang kepakaran aku bab kaunseling ni.

Seminggu sebelum birthday aku, aku beranikan diri mintak nombor phone dia. Dia cakap boleh bagi dengan syarat aku bagi aku punya dulu. No hal sekarang jugak aku bagi. Tiba-tiba handphone aku berbunyi. Nombor tak kenal. Rupanya dia yang hantar mesej kat aku. Malam tu kami ber-sms sampai aku tertido. entah apa yang kami borakkan pun aku dah tak ingat. Yang aku tahu sejak hari tu kami semakin rapat walaupun tak pernah bersua muka. Sedikit demi sedikit aku mula mengenalinya. Dia sebenarnya baru ditinggalkan kekasih. masih dalam mood sedih kot. Tapi dia cakap aku pandai hiburkan hati dia. aku senyum je.

Suatu hari, dia call aku. Dia menangis. Aku tiba-tiba panik. Apekehal pulak ni? adoi janganla nangis. Aku suruh dia bertenang dan ceritakan apa yang jadi. Dia cakap tadi dia accident. Sekarang ada kat hospital. Aku terkejut giler. Janganlah apa-apa jadi kat dia. Dia cakap dia ok cuma mak dia ada hentakan sikit. Tu yang dia nangis. Aku sedaya upaya tenangkan dia. Akhirnya dia tenang selepas doktor yang check mak dia cakap mak dia takde apa-apa. Suspen betul. Tapi kejadian tu buat aku rasa satu macam perasaan. aku rasa risaukan dia, aku sayang dia ke? ke dah jatuh cinta? adeh aku belum jumpa dia lagi la. Takkan dah jatuh cinta kot?


Bersambung kehkehkeh... jangan risau cite ni ade 2 part je...



~ biarkan aku menjaga perasaan ini ~

2 comments:

NMH said...

bila nak publish novel! kekeke

Azwan Aziz said...

belum mampu lagi nak tulis novel hehe