Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Wednesday, November 23, 2011

Cerita Pasal Kahwin

Semalam aku ke KB Mall sebab mak aku suruh gi ambik dia punya spek (cermin mata) yang ditempah minggu lepas. Sebenarnya aku malas nak gi sana, tambah-tambah musim hujan macam sekarang. Rasa nak drive tu sangatlah malas. Tapi rupanya ada something yang telah diaturkan oleh DIA yang MAHA MENGETAHUI. Rupanya yang kerja kat kedai spek tu kawan lama aku. Kawan sejak Form 2 lagi. Dulu agak rapat la. Tapi lepas dah bawak haluan masing-masing ni, jarang dah jumpa.

Last sekali aku jumpa dia, tahun lepas. Masa tu aku menghadiri wedding dia. Jumpa sekali lagi dah ada  anak pun. Rasa ketinggalan pulak aku ni. Haha.


"Apecite sekarang Wan? Agak-agak bila nak dapat nasi minyak awak ni?" Soalan ni jugak yang ditanya.

"Nantila dulu, belum jumpa calon.hehe" 

"Awak tu yang memilih sangat," Ambik kau sebijik. haha

"Bukan memilih, cuma belum jumpa yang serasi,hehe" 


Perbualan pasal kahwin ni dah jadi macam rutin je kalau jumpa kawan lama sekarang. Aku rasa macam budak-budak lagi padahal kawan-kawan aku dah jadi mak bapak budak pun. haha. Aku pun sama je dengan mereka. Ada jugak impian nak kahwin, nak ada keluarga sendiri. Cuma masa je belum tiba. Tipulah kalau aku kata aku sikit pun tak jealous bila tengok kawan-kawan upload gambar kahwin, gambar anak dekat FB. Ada jugak rasa tu dihati.

Soal jodoh ni bukan kita yang tentukan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Kadang-kadang Allah takkan bagi apa yang kita mahu, Dia akan bagi apa yang terbaik buat kita. Sekarang dah masuk musim cuti sekolah. Maka ramailah yang ambik kesempatan ni untuk buat majlis kahwin. Tapi kalau kena time hujan lebat, memang jadi  tak best la majlis tu nanti.huhu.


"...Dijemput Azwan & Pasangan ke majlis perkahwinan kami..."

Ni nak perli aku ke apa? hahaha



~ Tahniah pada semua bakal pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka ~

3 comments:

dear anies said...

jodoh x menanti tp perlu dicari...
semoga berjumpa dgn yg sesuai di hati

Azwan Aziz said...

Thanks Khairin :)

Cik Puan iLa said...

Dengan segala hormatnya saya menjemput En.Azwan dan pasangan..ekekeke.. ;p