Friday, April 29, 2011

Aku nak menulis, tapi...

Dah agak lama rasanya aku tak menulis cerpen, dah lama jugak idea-idea yang ada dalam kepala aku ni tak diluahkan. Rasa macam sakit hati pun ada jugak bila aku tak mampu nak menulis segala idea-idea yang kadang-kadang datang mencurah-curah tanpa mampu aku bendung.huhu.

Sejak bulan 11 tahun lepas, aku dapat 1 idea baru. Idea yang aku rasa boleh buat siri panjang dan mungkin boleh tulis novel. Namun pada masa tu aku tangguhkan dulu atas sebab-sebab tertentu. Tapi aku sentiasa berniat dalam hati, suatu hari nanti aku pasti menulis lagi. Namun sampai ke hari ni aku masih tidak menulis. Memulakan sesuatu memang susah. Ditambah dengan keadaan diri aku sekarang yang agak tidak bermotivasi.. (korang boleh agak kenapa aku macam ni bila korang baca 2,3 post aku yang sebelum ni).

Aku ada jugak menulis sedikit cerita merapu, awak yang langgar saya dulu dan gadis bertudung merah. Aku pun ada niat jugak nak sambung kedua-dua cerita ni walaupun pada mulanya aku sekadar menulis mengikut imaginasi suka-suka.hehe.





Doakan aku supaya ada masa untuk menulis lagi... :)

1 comment:

Diyana said...

Amin..sy nantikan :)