Thursday, May 5, 2011

Bermula Dari Bawah

Interview aku bersama beberapa orang responden mengenai apa yang mereka faham tentang "Bermula dari bawah".

"bermula dari bawah ni maknanya naik slow-slow macam naik tangga" - kak azimah, pengusaha kedai makan

"lebih kurang macam gua pecut masa race la bro, mula dari gear bawah dulu" - Kerol, mat rempit sejati

"macam nak beli kereta la, kena bayar down-payment dulu" - Ismail, jurujual kereta

"gua stat melukis dari bawah ke atas" -Fendi, pelukis jalanan

"melentur buluh biarlah dari rebungnya" - tanpa nama


Dalam banyak-banyak pendapat diatas, aku tak tahu mana satu yang paling betul. Bagi aku konsep bermula dari bawah ni ada baik buruknya. Yang baiknya, dapat banyak pengalaman dan tak mudah kena tipu di kemudian hari. Yang buruknya, kena buat kerja setaraf orang bawahan biarpun ada kelulusan yang lebih tinggi. 

Sesetengah orang cakap, ada pengalaman barula boleh jadi hebat. Tapi bagi aku pengalaman boleh cari, tapi nak dapat sekeping ijazah bukan senang. Paling kurang 3 tahun dok Universiti, ribuan duit kena habiskan.

Apa motif entri kali ini? entahla...haha



Don't simply judging me if not really know who the real me...

3 comments:

RIAN said...

ada sesetengah pengalaman tu dapat dengan duit jugak. ^_^

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

Motif? Err....luahan sama ada bermula dari bawah tu bagus ke tak?? Kot! Hehe..

Cik Ila said...

pengalaman tu yg penting.hehehe :)