Monday, November 8, 2010

Lelaki Kelate & Cincin...

PERINGATAN: ENTRI INI MUNGKIN TIDAK MENGANDUNGI FAKTA YANG TEPAT.IANYA HANYA PANDANGAN DARI SUDUT KACAMATA PENULIS. HARAP MAKLUM.



Mula-mula aku pun tak perasan, sehinggalah pada suatu hari ade seorang gadis (Namanya dirahsiakan) bertanya kepadaku, "kenapa ek budak lelaki kelate suka sangat pakai cincin?" Eh ape jenis soalan ni? Manalah aku tahu. Lalu aku memandang ke jari sendiri, memang aku pakai cincin.

Ni cincin kedua yang aku ada setelah yang pertama hilang... sob sob...
Aku pun menjawab soalannya dengan soalan jugak.( mesti dia bengang...haha). "Kenapa awak cakap camtu?" Dia tak menunjukkan reaksi marah sebaliknya menjawab dengan senyuman "sebab dah ramai sangat lelaki kelate yang saya jumpa pakai cincin.ada yang pakai sampai dua2 belah tangan," terkejut gak aku
dengan jawapan itu. Lalu aku menyedari memang kebanyakan lelaki kelate suka pakai cincin. Kenapa ek?

Kalau mengikut kisah aku, ianya datang dari ayah aku yang mempunyai banyak koleksi cincin. Sejak kecik lagi, aku memang selalu tolong bersihkan cincin2 dia. Aku penah mintak, tapi dia cakap aku kecik lagi untuk pakai cincin.lalu pakai hari lahir aku yang ke-17, aku mintak sekali lagi.Masa tu dia bagi sebentuk cincin kat aku.memang cantik. Kaler maroon... kalo kena cahaya, akan nampak bintang 8 jalur kat pertama cincin tu. Tapi sayangnya cincin tu hilang masa aku kat UUM... misplace ke apa memang aku tak jumpa2 sampai la aku tamat belaja. sayang memangla sayang.. tapi nak wat camne... Pastu, ayah aku bagi lagi sebentuk cincin... kaler biru pulak (gambar diatas).. tapi yang ni murah je. alasanya aku tak pandai jaga, so bagi yang murah-murah jela..arghhh...

Berbalik kepada perbualan aku dengan gadis itu, aku pun tak dapat nak explain kat dia kenapa kebanyakan lelaki kelate suka pakai cincin. Bagi aku mungkin sebab dah jadi budaya. Dan mungkin jugak sebab cincin murah je sekarang. berlambak ada jual kat pasar malam.haha.... Mungkin jugak memakai cincin dapat menunjukkan kelelakian lelaki itu....hahaha...

sekadar gambar hiasan.. ambik kat mistishop

No comments: