Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Wednesday, November 10, 2010

Kenapa Aku Menulis...?

Kenapa aku menulis? soalan yang mungkin biasa aku tanya pada diri sendiri. Kadang-kadang aku sendiri pun tak tau kenapa aku menulis. Yang aku tahu, dengan menulis, aku dapat menzahirkan sesuatu yang tidak dapat direalisasikan. Ayat aku pun dah berterabur.haha

Aku mula menulis masa darjah 4 kot. Masa tu Arwah cikgu Hasnah (Yang jd cikgu BM aku selama 3tahun) suka sangat suruh tulis karangan. Tiap-tiap hari mesti ade homework tulis karangan.Sampai kadang-kadang aku tiru je dalam buku contoh karangan.haha. Tapi dalam aku tak sedar, banyaknya aku menulis karangan menyebabkan aku dapat menulis dengan baik. (Setakat ni rekod aku sentiasa A dalam BM..huhu). Idea dan pengolahan ayat pun makin baik atas hasil menulis yang banyak.Masa tu jugak aku mula minat membaca novel (pengaruh kakak-kakak aku).Daripada novel jugakla aku dapat membina ayat2 cinta+jiwang.hahaha.

Masuk form 2, aku mula menulis diari. Tapi diari aku panjang. kalo korang baca cite Cinta Bazar Ramadhan, macam tu la lebih kurang bentuk diari aku.siap ada dialog lagi.hahaha.Kadang-kadang tim bosan, aku akan mengenang kembali saat-saat itu dengan membaca balik diari2 lama aku tu yang sememangnya tersimpan rapi.hee..

After form 5, aku mula teringin untuk menulis cerpen.ideanya datang daripada kisah cintaku yang direjek seorang awek masa form 5 dulu..haha.. aku suka menulis sebab aku dapat merealisasikan impian aku.dah tulisan aku, sukati aku la nak tulis ape kan?hehe. Dan masa tu la lahirnya Kembali Merindu... bila mendapat feedback yang bagus daripada pembaca2 kat syok.org, aku mula semangat nak tulis lagi... dan aku buat sambungan kembali merindu dengan tajuk Rindu Menggamit Lagi...  juga mendapat feedback yang bagus. Life kat U buat hidup aku kelam kabut seketika..lama aku berhenti menulis.Diari pun dah lama tak tulis.Dan kekecewaan aku dalam percintaan telah melahirkan cite Tiada Lagi Cinta yang buat ramai orang menangis.haha..

One more thing, ade gak yang tanya aku, kenapa setiap episod cite aku tu ade lirik lagu? well lagu tu sebenarnya membangkitkan mood.Aku memang takleh menulis tanpa dengar lagu (kecuali tengah exam la..huhu).dalam lagu ade cerita, dan cerita itulah yang aku cuba untuk smpaikan.

sekarang aku tgh pikir satu projek baru.. tajuk dah dapat, tapi jalan cite masih kabur...haha.Mungkin ambik masa untuk menyiapkannya sebab aku ni sangat malas menaip.huhu.







Please do leave some comments. I'm really appreciate it.. :)

No comments: